Free blog ping

Wednesday 9 May 2012

Keluar dari kepompong...



Perjalanan yang panjang, perit lagi perlahan
melalui lorong sempit dan gelap-gelita
lorong tempatku mengumpul resah dan gelisah
lorong tempatku berteleku merenung diri
lorong tempatku memohon taubat dan pengampunan
lorong tempatku sucikan jiwa dan rohani
lorong tempatku menangis, merayu dan merintih
lorong tempatku berdoa dan membina pengharapan
lorong tempatku mengutip semula kekuatan yang hilang
lorong tempatku bangkit dan membina keazaman
lorong tempatku membina kepercayaan yang ada kalanya hilang dan pudar
lorong tempatku sujud dan pasrah
aku redha..

biarpun perjalanannya sukar dan perlahan
sakit dan meletihkan
aku tidak boleh mengalah
atau berputus asa

memang kadangkala aku ingin menangis
dan mengeringkan seluruh airmataku
namun
mampukah ia menghilangkan resah
mampukah ia menghilangkan kesedihan
mampukah ia mewujudkan dunia baru yang indah untukku?
jawapannya tidak mungkin

perubahan hanya akan berlaku apabila aku BERTINDAK
..................................................................................

Jiwa manusia memang selalu kacau. Jiwa Kittypun tidak terkecuali. Dah namanya manusia....
Kitty selalu yakin apabila berada dalam kesulitan pasti ada cahaya di hujung perjalanan. Yakin bahawa Allah   Maha Mengetahui jiwa setiap hamba-hambanya... dan ujian yang diberikan sudah diukur mengikut tahap kemampuan mereka sendiri..

Hidup Kitty ni bagaikan ulat dalam kepompong yang tiba waktunya untuk melihat dunia luar. Manakan dapat terbang menjadi rama-rama yang cantik jika tidak dipaksa melalui lubang kepompong yang sempit!

Sudah sampai masanya Kitty campakkan perasaan gundah gulana Kitty itu ke luar jendela.

(Dengan nada amat-amat ceria...)
Hi... Selamat datang pagi yang indah dan ceria...
Selamat datang matahari...
Selamat datang Chiko (kucing peliharaan anak Kitty)
Selamat datang burung-burung...
Cabaran hidup mesti disambut

Salam sejahtera untuk semua! Peace be upon you. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh...
Expecting another great and meaningful day!




Kalau Suka LIKE le..

2 comments:

  1. indah kata2 semangat yg merangsang jiwa...mmg amat2 memerlukan tatkala jiwa dan semangat agak semakin pudar...semoga...beroleh kekuatan untuk terus bangun dan berjuang hingga ke garisan penamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pasti akan bertemu jalannya..

      Delete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping