Free blog ping

Sunday 6 May 2012

Sentiasa dalam kenangan...

Apabila mereka sudah tiada baru kita rasai, pemergian mereka adalah satu kehilangan... Masa tidak boleh diputarkan kembali dan yang tinggal hanya kenangan...

Al-Fatihah untuk Atuk Ramlah dan Embah Kimin yang memanja dan membesarkan Kitty... Pakcik-makcik dan saudara-mara dan adik Kitty, Muhammad Taufik... juga anakanda kedua Kitty, Muhammad Saifuddin..

Al-Fatihah juga untuk kedua-dua arwah ibu dan bapa mentua Kitty...

Dari kiri: Arwah ibu mentua, Hjh Kamisah, arwah nenek, Tok  Ramlah (Tok Melah). Kanan sekali emak Kitty, Sahinah. Sengaja Kitty tak crop gambar emak kerana gambar ini diambil ketika pertunangan Kitty (ages ago) Kitty doakan semoga emak dan bapa panjang umur dan sihat walafiat selalu.

Arwah Abah Elias (bapa mentua)
"Ya Allah.. Ya Tuhanku.. Ampunilah dosa-dosa mereka, kasihanilah mereka dan ringankanlah penderitaan mereka. Kau luaskan kubur mereka, terangilah dengan cahaya rahmatMu. Dan berikanlah mereka kesejahteraan dan berada dalam dakapan kasih sayangMu. Kau cucurilah rahmatMu ke atas roh mereka dan tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang beriman dan orang-orang yang Engkau kasihi.
Amin.. Ya Rabbalalamin..."

Kalau Suka LIKE le..

No comments:

Post a Comment

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping