Free blog ping

Friday 4 May 2012

Apa itu kewartawanan?

Ini masa Kitty ke New York bersama Datuk Siti Nurhaliza yang jadi duta Maybelline masa tu. Photographernya, Ikram  Ismail.
Comelkan Siti?

Untuk adik-adik yang meminati penulisan dan dunia kewartawanan. Sengaja Kitty nak kongsi kerjaya idaman yang pernah Kitty ceburi...

Pada Kitty dunia kewartawanan adalah satu dunia yang asyik, penuh cabaran dan sentiasa berdepan dengan kejutan. Dunia kerjaya yang perlukan kebijaksanaan berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai, berpengetahuan, bijak mencungkil rahsia, perlukan daya tahan, komitmen, disiplin tinggi serta mampu bekerja di bawah tekanan.

Dunia kewartawanan sentiasa membuatkan Kitty teruja. Diri  berasa amat amat istimewa kerana menjadi orang pertama mendapat maklumat sebelum disebarkan dan dibaca oleh orang lain! Bukan setakat daya tahan diperlukan, seseorang itu juga perlu kreatif menulis. Pendekatan penulisan perlu menarik. Berpengetahuan luas dan bijak bermain bahasa.

Seorang wartawan harus mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Bijak menyoal berasaskan prinsip 5W dan 1H(Who, What, Where, When, Why and How). Berpandukan prinsip ini, semua persoalan akan terjawab dan pemberitaan menjadi lengkap.

Pengalaman Kitty lebih kepada penulisan rencana khususnya rencana mengenai wanita dan kekeluargaan, fesyen dan kecantikan. Ketika di Majalah Jelita (editornya Rohani Pa’Wan Chik) tugasan yang paling Kitty suka adalah membuat rencana mengenai sesuatu topik yang dijadikan tema bulanan. Biasanya kami bekerja advance dua bulan untuk cari bahan. Untuk tema biasanya perlukan lebih 10 rencana. Apalagi bersilatlah kami menemubual, buat kajian dan penyelidikan supaya rencana yang dihidangkan kepada pembaca, padat dan tepat.

Biasanya untuk menyiapkan penulisan Kitty ambil masa lebih seminggu. Otak diperah sungguh-sungguh mengikut sub topik berkaitan. Kena fokus untuk siap. Dan bila siap, rasa sungguh lega… dan juga pening-pening lalat! Otak memang akan jadi tak betul. Biasanya dua tiga hari lepas siap hantar tugasan, Kitty rehatkan kepala. Bukan rehat tak buat kerja! Masih kena buat tugasan, kena cover assignment macam-macam – pelancaran kosmetik, album baru, tengok wayang,  pertunjukan fesyen ataupun jemputan pihak hotel untuk promosi makanan! Brurp! Memang Kitty akan sendawa, kenyang!

Kitty bermula buat majalah di Majalah Nona (Karangkraf) sebelum ke Jelita. Dua-dua majalah ini banyak keistimewaannya. Kitty anggap Nona, majalah orang kaya kerana di dalamnya banyak dipenuhi kisah-kisah selebriti, orang kaya dan ternama, datin-datin dan VIP. Tapi taklah semua cerita datin-datin ataupun anak-anak raja saja! Ia turut diimbangi kisah-kisah masyarakat yang terpencil dan terpinggir, fesyen, masakan, tips-tips kecantikan dan rencana-rencana kesihatan serta kekeluargaan.

Keistimewaan jadi wartawan? Memang banyak.... nanti Kitty cerita lain kali ye..



Kalau Suka LIKE le..

No comments:

Post a Comment

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping