Free blog ping

Thursday 3 May 2012

Bangkitkan semangat...



Assalamualaikum and Great Morning!

Selalu Kitty disoal apa yang great sangat mengenai pagi ni? Bukan ke setiap pagi sama saja seperti pagi-pagi lain? Malam berganti siang. Gelap bertukar terang dan matahari akan memancarkan cahayanya. Itupun kalau cuaca cerah. Jika mendung ataupun hujan, lambatlah sang matahari akan muncul!

Pada Kitty setiap hari adalah hari yang baru. Tidak satu pagipun yang sama. Mungkin seseorang itu berasa setiap pagi itu hampir sama saja keadaannya... tiada apa yang berubah. Dia masih lagi bernafas. Kalau Kitty, bangun pagi pasti terfikir sarapan apa yang perlu dibuat sebagai alas perut atau bekalan anak-anak ke sekolah. Nampak aje sama. Hakikatnya berbeza.

Cuba tengok tarikhnya. Semalam dan hari ini, tarikhnya pasti tak sama. Tengok cuaca pula? Sama macam semalam, mendung, cerah ataupun hujan? Bangun tidur pula, jam berapa? Bangun awal, bangun tepat apabila bunyi loceng berdering ataupun terlewat bangun? Mood sendiri, suami ataupun anak-anak pula macam mana? Semuanya pasti tak sama kan? Yang rasa sama sebab kita masih lagi bernyawa...

Sebelum kita melelapkan mata malam tadi, kita sudah mengucapkan selamat tinggal pada semalam. Semalam tidak akan datang lagi. Sudah menjadi sejarah. Bagaimanakah semalam yang kita tinggalkan? Adakah ianya lebih baik daripada kelmarin? Bagaimana pula hari ini? Adakah ia lebih baik daripada semalam?

Sengaja Kitty bangkitkan persoalan ini untuk mengingatkan diri Kitty. Hati wanita seringkali dipengaruhi perasaannya. Mengingatkan itu, Kitty malas nak layan vitamin M besar yang tiba-tiba aje datang. Apa yang Kitty buat, pejamkan mata, buat stretching (ala-ala angkat tangan dan mengeliat gitu), senyum lebar-lebar, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan (buat tiga empat-kali), asak minda berulang-ulang dengan kata-kata positif - this is another great day for me to accomplish great things! 


Kata-kata itu hanya contoh aje. Kita cakap aje apa-apa yang baik. Bila mood down, Kitty akan kata pada diri I am great. Bila pandang cermin rasa tak cantik, Kitty akan cakap, I look awesome! Bila bila berdepan dengan trafic jammed sedangkan ada appointmen, Kitty akan cakap sendiri berkali-kali: The road is clear.I arrive on time. Begitu juga bila nak cari tempat parking. Minda Kitty dah membayangkan mesti ada tempat kosong untuk letak kereta. Setakat ni, Alhamdulillah. Apa yang Kitty buat itu memang tidak mengecewakan.

Changes starts with an I.  For things to change I must change first. Itulah kata-kata Sifu Kitty, Fiona Tahir dan Dr Lawrence Walter Eng yang selalu Kitty ingat. Lagipun dalam Islam sendiri sudah mengajar kita untuk bersangka baik. Ada ayat dalam Al-Quran yang menyebut: Aku (Allah SWT) adalah sebagaimana yang hambaku sangkakan (Maaf tolong perbetul, jika salah). Kita tidak boleh mengubah orang lain tetapi yang pasti kita boleh mengubah diri sendiri!

Adios!
Happy Working... Enjoy the beautiful day!



Kalau Suka LIKE le..

No comments:

Post a Comment

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping