Free blog ping

Wednesday 30 May 2012

8 tips cepat dapat Earnings..


Salam Satu Malaysia..
Rasanya Kitty bukan orang yang paling tepat untuk bagi tips sebab Kitty pun baru je sebulan buat blog ini. Banyak lagi perkara yang Kitty tak tahu dan harus dipelajari.  Tapi kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana earning Kitty cepat meningkat, ini yang Kitty buat...

1. Buat satu blog yang Kitty suka tulis. 
Bila buat sesuatu yang kita suka, banyak benda yang kita boleh tulis. Matlamat Kitty untuk berkongsi pengalaman dan perkara yang baik-baik saja. Money comes later tapi kalau boleh jana duit lagi bagus...

2. Belajar ilmu blogging.
Kitty banyak belajar daripada otai-otai (mereka yang lebih awal buat blog ni Kitty anggap semuanya Otai...) - bagaimana nak buat blog, cara nak tarik hati pengiklan Nuffnang, macam mana nak banyakkan trafik dan macam-macam lagi. Kitty suka singgah atau buat blogwalking. Mana yang relevan, Kitty akan gunapakai..

3.Kandungan blog dan sasaran audiens
Kandungan blog dan tarikannya kepada audiens. Pengiklan mesti nak tahu siapa sasaran audiens... macam kita juga kan sebelum nak kahwin mesti nak tahu siapa dan bagaimana rupanya calon suami ataupun bakal isteri kan?.. Mana boleh main cekup dan tangkap muat aje...hehehe..

4. Penulisan yang ringkas
Ini sekadar pandangan Kitty sebabnya penulisan yang berjela-jela, jemu nak baca. Orang sekarang nak cepat, kalau boleh straight to the point. Jika boleh diselitkan humor lagi bagus..

5. Create curiosity pada tajuk
Heading yang bagus buat orang tertanya-tanya dan ingin tahu... Bikin gempak tapi mesti relevan dengan isi.

6. Promote, promote and promote
Pada Kitty yang ini memang sangat, sangat, sangat penting. Kena rajin promote blog terutamanya blog baru macam Kitty.. Bila ada entri baru, lima tempat ni Kitty mesti promote di facebook, innit Nuffnang, ping busuk, blogged.my dan blogr.my... (sorrylah Kitty masih tak pandai-pandai lagi nak buat link dengan web page ni..)

7. Post satu atau dua entri setiap hari..
Blog baru macam Kitty kena rajin sikit sebab orang belum kenal. Biasanya Kitty akan post sebelum jam 9 pagi. Sebelum tu, Kitty akan kaji trafik. Selalunya antara jam 9 ke 11 pagi trafik Kitty meningkat berbanding waktu lain, mungkin masa ni ramai yang dah settle di tempat kerja dan ada masa lawat blog..

8. Setiap entri mesti ada gambar
Gambar penting, mampu tarik perhatian. Kitty akan pastikan setiap entri ada gambar bersesuaian. Gambar buat rekaletak (layout) kita tampak menarik. Kitty ikut konsep majalah. Kadang-kadang kita beli majalah bukan saja kerana kandungannya tapi juga gambar-gambar yang ada di dalamnya...

Setakat ini itulah saja tips-tips yang dapat Kitty kongsikan... Rasanya bukan tips-tips baru. Ramai blogger yang sudah bercerita hal yang sama. Bagaimanapun, harap ia boleh membantu... Jika ada rakan blogger yang ingin berkongsi pandangan, Kitty amat alu-alukan...



Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 29 May 2012

Chocolate cheese cake (chilled)


Lama juga dah tak makan kek keju.. Ini antara kek kegemaran Kitty tapi taklah boleh makan selalu sebabnya takut naik berat badan dan bila terlalu kerap makan boleh jadi muak...

Tapi atas desakan anak gadis Kitty, kita orang pun buatlah Chocolate Cheese Cake ni... Mudah sebab tak payah bakar. Hanya perlu simpan dalam peti ais saja... Sebenarnya ini first time Kitty buat cheese cake... Tak favour sangat buat kek sebab selalu tak menjadi... (dalam erti kata lain tak berapa pandailah tu...hehehe..) Tapi kali ni buat jadi pulak... Kredit untuk sepupu Kitty di Jeddah yang beria-ia syorkan Kitty cuba resipi ni...

Rasanya memang sedap cuma Kitty buat terlebih manis (mana taknya timbang gula main agak-agak aje...hehehe..). Cuma kali pertama buat, Kitty tak boleh nak agak berapa besar.. lain kali kena guna loyang yang bersaiz sederhana...

Ini resipinya:

Lapisan satu - biskut base
120g biskut Oreo/tiger/digestive (Kitty guna biskut Marie je..)
70g mentega

1. Hancurkan biskut, cairkan mentega dan satukan dengan biskut. Kalau guna Oreo, buang krimnya dulu baru hancurkan.
2. Tekan dalam loyang ataupun apa-apa bekas yang suka
3. Sejukkan dalam peti ais.

Lapisan dua - cream cheese
250g cream cheese
120 gula castor
150g whipping cream
1 1/2 tabsp gelatin + 60 ml air panas

4. Biarkan cream cheese pada suhu bilik
5. Putar cheese dan gula hingga kembang
6. Masukkan whipping cream dan putar lagi
7. Campurkan gelatin dengan air panas (airnya mesti betul-betul panas ye... kalau tak susah gelatin tu nak larut)
8. Masukkan gelatin dalam adunan cheese dan tuangkan adunan itu atas base biskut tadi.
9. Simpan dalam peti ais 1 ke 2 jam hingga keras.

Lapisan 3 - Chocolate Mousse
250g whipping cream
1 tbsp esen vanilla
1 1/2 gelatin + 50ml air panas
50g serbuk koko + 80g gula ising dan satukan 1/2 cawan air suam, jadikan pes

10. putar whipping cream hingga soft peak
11. Satukan semua bahan dengan kaedah kaup balik
12. Tuang atas lapisan cheese tadi dan sejukkan dalam peti ais hingga mousse keras

Lapiran 4 - Chocolate ganache
35g serbuk koko
50 g gula kastor
150 g whipping cream
80gm coklat masakan
30gm butter

13. Satukan semua bahan dan masak double boiler hingga coklat larut
14.Tuangkan atas choc mousse tadi dan biarkan semalaman atau 8 jam


Kalau Suka LIKE le..

Wow! Dah ada earnings!

Earning Nuffnang minggu kedua

Earning minggu ke tiga


Sesuatu yang membuatkan Kitty rasa sangat teruja...

Minggu pertama buat blog, tengok Earning Nuffnang, sudah ada 15 sen.... Wah! Seronoknya! Tidak pernah rasa begitu gembira dapat (belumlah dapat lagi...) 15 sen! Selalunya bila basuh baju nampak duit sen-sen dalam poket setakat simpan saja, tiada apa yang nak dibanggakan sangat..

Minggu kedua... Tengok lagi Earning Nuffnang. Wow! Dah ada RM1.15 Banyak tu...hehehe.. Seronoknya tak terkata. Hati berbunga-bunga. Macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya..

Minggu ketiga. Tengok lagi Earning Nuffnang. Wow! Wow! Wow! Dah ada RM1.40 (makcik kayo! makcik kayo!) Tersangat-sangatlah seronoknya! Nampak ada peningkatan. Sungguhpun masih jauh lagi baru boleh ditunaikan, namun Kitty rasa bangga...

Nilainya memang kecil namun bukan RM yang menjadi ukuran. Fokusnya lebih pada kepuasan, menjadi pembakar semangat apabila mengetahui ada orang di luar sana yang membaca tulisan kita..

Betul tak teman-teman blogger?...
Kalau Suka LIKE le..

Sunday 27 May 2012

Kenapa orang kita tidak suka Sejarah?

Bertemu realiti dalam Doktor Umum..
Sengaja Kitty ingin mengajukan persoalan ini. Tidak ramai orang yang suka belajar sejarah terutama sejarah bangsa sendiri kerana ia umpama membuka pekung di dada. Cermin kehidupan bangsa masa lampau dan berterusan sehingga ke hari ini. Itu andaian ringkas Kitty.

Cermin buruk ataupun cermin baik sesuatu bangsa itu akan terserlah daripada sejarahnya. Sebenarnya jika dikaji sejarah bangsa ini, akan membuatkan kita lebih memahami kelompok-kelompok masyarakat dunia. Dapat melihat kekuatan, keistimewaan, kelebihan dan kekurangan mereka. Jika dibaca dengan minda terbuka, banyak yang boleh dicontohi, dipelajari, diteladani ataupun dihindari.

Kitty rasa terpanggil membuat entri mengenai sejarah bangsa ini gara-gara buku mantan PM kita, DOKTOR UMUM, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah lama Kitty beli buku ni tapi masih tidak dapat hendak meneruskan bacaan apabila terbaca mengenai sifat dan sikap bangsa sendiri...

'Sejarah sudah membuktikan ia guru terbaik. Sayang sekali anaknya tidak memberi perhatian. Pada awal abad ke-20, Raja-Raja Melayu tidak mendapat hasil yang sepatutnya kerana pengutip cukai Melayu menggelapkan hasil kutipan. Lalu datang seorang tauke Cina yang memberikan jaminan kepada Raja-Raja Melayu bahawa lebih banyak hasil cukai akan diperoleh jika beliau dibenarkan mengutip cukai...Lama-lama hak monopoli perniagaan candu, rokok, kutipan cukai dan sebagainya diberikan kepada tauke Cina kerana mereka menawarkan pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya keperluan melantik pentadbir Melayu semakin kurang...." (page 48, Doktor Umum)

Selepas membacanya Kitty rasa risau memikirkan nasib bangsa sendiri, nasib generasi masa depan terutamanya anak-anak Kitty... Membacanya Kitty jadi depress...Bagaikan membuka almari berhantu.. Kalau boleh nak dijauhkan dan dilupakan... Agaknya itulah hakikatnya kenapa kita sering melakukan kesilapan demi kesilapan berulang-ulang kerana kita tidak mahu belajar dan mengkaji sejarah...

Pada pandangan Kitty yang dangkal ini, perubahan bangsa boleh dilakukan jika bangsa itu sendiri tahu di mana ia harus bermula. Jika dia tahu kedudukan titik permulaannya di A mudahlah baginya untuk bergerak ke B. Tapi jika dia sendiri tidak tahu titik permulaannya, main ikut suka naik lori sedangkan tak tahupun lori tu nak tuju ke mana, habislah... Kerana dia membiarkan orang lain menguasai keadaan, bukan dirinya sendiri..

Kitty selalu nasihatkan anak-anak Kitty. Sebelum buat sesuatu itu fikirlah semasak-masaknya. Gunakan akal, jangan gunakan hati ataupun perasaan. Pengaruh emosi ini mempunyai kesan viral.. Buruk padahnya jika ikut suka-suka.. Senang cakaplah.. satu jari yang kita tuding menyalahkan orang lain, empat jari lagi tu tuding ke mana?

Siapa yang nak jawab?...


Kalau Suka LIKE le..

Saturday 26 May 2012

Menyambut ketibaan..

Saat ku buka jendela
angin sepoi-sepoi mesra menyapa
jaluran merah mentari bagaikan menari-nari
menyambut satu lagi ketibaan
hari yang indah berseri.

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat-Mu Yang Maha Esa
kerana aku masih lagi diberi peluang
untuk menikmati kehidupan ini..

apakah ada hari esok?
aku belum pasti..

tiada sesiapa yang dapat memastikan
bila ajal bakal menjemput
mungkin esok
mungkin hari ini
ataupun mungkin sedetik lagi...

dalam gementar aku pasrah
mengingatkan bekalan yang cuma sedikit..

antara rasa kerdil dan takut
aku memberanikan diri
mengembalikan semangat
menguatkan tekad
untuk melaksanakan tugasku
sebagai Khalifah Allah
di bumi ini.


Kittymuiza,
klang


Kalau Suka LIKE le..

Sushi 12 tengah malam

Sushi paling mudah..

Nak cari sushi jam 12 tengah malam? Mengidam apa? Ketika ini mana ada restoran sushi yang buka?

Memanglah tak ada tapi boleh buat sendiri..

Dulu Kitty kerap juga makan di Shushi King. Suka rasa wasabinya yang menyengak ke lubang hidung! Thrill gitu...Tetapi apabila ada bahannya mengandungi alkohol (sebahagian kicap yang digunakan), terus Kitty berhenti. Jadi, lama jugalah Kitty tak makan sushi...

Tengok makanan yang ada di dapur, tak berselera. Apalagi, ubahsuailah... Guna saja bahan-bahan sedia ada dalam peti sejuk. Tak sampai 15 minit, sushi siap untuk dimakan... Makan sushi 12 tengah malam...hehehe..

Bagi penggemar Sushi, Kitty tunjukkan cara mudah untuk membuatnya...

Bahan-bahannya:

1 pinggan nasi (Kitty guna saja lebihan nasi tengahari tadi)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar mayonis
tuna mayonis dalam tin (Kitty guna Ayam brand)
timun Jepun,dihiris panjang (Kitty tak letak sebab stok timun dah habis),
3 batang sosej (dimasak dulu)
beberapa keping seaweed (rumpai air)
kepingan keju (keju Cheesedale pun boleh)
wasabi (cari yang dalam tiub macam ubat gigi)
kicap Kikoman (cari yang tiada alkohol)

Caranya:
1.Satukan nasi dengan cuka dan mayonis dalam mangkuk dan gaul rata. Jika ingin rasa lemak-lemak sikit boleh tambah gula dan garam tapi Kitty tak letak sebab sudah ada mayonis.
2. Ambil sekeping seaweed dan ratakan adunan nasi tadi. Tekan-tekan biar mampat. (Kitty suka gulungan sushi yang kecil dan comel, so satu keping seaweed tu Kitty potong dua.)
3. Kemudian, letakkan tuna mayonis tadi, timun Jepun ataupun sosej (potong panjang - belah empat) dan gulung kemas.  Letakkan sedikit air pada hujung seaweed agar melekat. Siap. Boleh potong dan hidangkan.

4. Jika menggunakan kepingan keju: alaskan dulang dengan plastik dan ratakan nasi tadi. Letakkan hirisan sosej, timun dan gulung kemas. Letakkan kepingan keju di atasnya dan potong.

p/s: Sebenarnya anda boleh guna apa saja yang ada didapur untuk inti sushi ini. Kadang-kadang Kitty letak telur dadar yang dihiris nipis-nipis ataupun hirisan lobak. Adakalanya nasi itu Kitty kepal-kepalkan saja dan letakkan udang goreng tempura di atasnya. Guna saja apa-apa yang ada..

Untuk rasa menyengak, makan bersama wasabi dan kicapnya. Mudah saja kan?...

Ada sesiapa nak kongsi cara buat sushi?...
Kalau Suka LIKE le..

Friday 25 May 2012

Jangan kau jealous...


Jumaat yang santai. Tiada sebarang appointment, hanya sekadar jumpa teman di Shah Alam. Walaupun sama bidang kerjaya, kami jarang bertemu ekoran masing-masing sibuk dengan appointment sendiri. Hanya selepas closing sales baru ada waktu terluang dan waktu ini kami akan duduk berbincang mengenai perkara semasa, impian dan wawasan serta cabaran semasa dunia kewangan.

Kitty berasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan kerjaya ini. Bekerja hanya 2 atau 3 minggu sebulan, waktu kerja fleksibel - masuk kerja ikut suka, tak masuk pun tak apa sebab tak ada siapa yang nak marah; cuti ikut suka. Hari-hari cuti pun boleh.. tapi sendiri kena ingat... tak ada kerja tak ada gaji! Tak perlu nak menghadap muka bos ataupun nak mengampu bos untuk naik gaji!

Sudah 5 tahun Kitty bekerja sendiri (self-employed). Belum lagi masuk quadrum business owner ataupun investor. Tiada cita-cita pula ke arah itu. Hanya setakat suka bekerja sendiri. Bebas. Tidak terikat rutin kerja biasa. Apalagi perlu bersesak-sesak berjam-jam di jalan raya. Seboleh-bolehnya semua itu Kitty cuba elakkan..

Kadang-kadang ada kawan-kawan Kitty yang menelefon..."Ko kat mana ni?..."
"Rumah..."
"Tak keluar lagi?..."
"Hari ni tak keluar kot... saja nak lepak-lepak di rumah..."
"Seronoknya... ko bolehlah..."
"Ko pun boleh juga... kalau nak..."
"Aku tak beranilah... sekarang bukan senang nak dapat kerja... apalagi umur macam aku ni..."
"Ikut suka ko lah... ko yang pilih... Jangan jealous kalau aku boleh cuti hari-hari....hehehe..."

Kitty faham, tidak semua orang macam Kitty yang akan keluar dari Kepompong suasana yang tidak disukai. Tak kiralah di mana, rumah atau tempat kerja. Tapi ramai yang tidak sanggup berbuat begitu apabila berada di persimpangan. Sungguhpun tidak suka suasana tempat kerja (pilih kasih, politik pejabat, tikam belakang dsbnya...) ramai yang sanggup bertahan. Biarkan saja tanpa berbuat apa-apa. Nak cari kerja lain, sebilangannya malas kerana faktor usia. Ada yang tidak mahu berpindah kerja kerana perlu berhadapan dengan suasana baru - yang tidak pasti keadaan dan cabarannya.

Nasihat Kitty mudah saja.. nak cari duit bukanlah susah sangat (lihat saja bagaimana orang seberang yang sanggup bergadai nyawa nak datang ke negara ini). Bumi Allah ini sangat luas dan rezeki Allah itu melimpah-ruah, ada di mana-mana... Yang diperlukan adalah semangat dan kekuatan diri untuk berhijrah... Berhijrah tempat dan suasana dengan minda terbuka dan kesediaan menghadapi cabaran baru.

Bila bekerja sendiri, Kitty dapati banyak ruang-ruang dan peluang-peluang baru yang boleh diterokai... Apa-apa pun, persediaan perlu ada - mental dan fizikal. Yakin pada diri dan bergantung hanya kepada Allah.. Yakinlah bila kita berusaha, berdoa dan bertawakkal... insyaAllah pasti ada hasilnya...



Kalau Suka LIKE le..

Payung pelindung di Padang Mahsyar

Payung ini hanya setakat mampu menahan panas dan hujan di dunia saja..  
Assalamualaikum wbt di pagi Jumaat, penghulu segala hari...

Sekadar peringatan untuk diri Kitty dan perkongsian ilmu kepada mereka yang sudi singgah ke laman ini...

"Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesiapa yang ingin diringankan oleh Allah SWT ketika berdiri di padang Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah di malam hari dalam keadaan sujud dan berdiri kerana takutkan akhirat." (Ibnu Jarir, Tafsir ath-Thabari)

Sabda Rasulullah saw:
"Sedekat-dekat Tuhan dengan hambaNya pada malam hari yang terakhir. Oleh itu jika engkau dapat menjadi orang yang berzikir pada waktu itu, maka lakukanlah.
(Hadis riwayat Tirmidzi, An-Nasal dan Al-Hakim)

Sabda Rasullah saw:
"Barang siapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus salawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun."
(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Sebar-sebarkanlah...


Kalau Suka LIKE le..

Thursday 24 May 2012

Teman yang bernama perasaan


Bagaikan berada dalam balang kaca
yang lutsinar
yang berinci-inci tebalnya
tampak jelas di luar
namun diri terperangkap
dalam ruang yang sempit
melemaskan
terpenjara dan dipenjara
dalam kemahuan
kerana mengikut teman
yang bernama perasaan.

Balang kaca ini perlu ku robohkan
dan biarkan ia pecah berderai
menjadi serpihan-serpihan halus
dan tajam
biarpun tertusuk
ianya berdarah
tapi hanya seketika.

Akhirnya aku bebas
bebas...
sudah tiba masanya aku melangkah keluar
menghirup udara segar
menikmati keindahan sang mentari
rimbunan pepohon yang menghijau
sapaan lembut angin yang berhembus...

Alhamdulillah...
berkat kekuatanMu
akhirnya aku berjaya meloloskan diri
dari belenggu ikatan teman
yang bernama perasaan..
............................................................................
p/s:
Beginilah keadaannya bila sudah terlalu lama terperap di rumah...ish ish ish.. untuk memulakan sesuatu itu kembali memang terasa agak sulit. Namun apabila ada KEMAHUAN akan muncul SEMANGAT dan KEKUATAN untuk keluar dari keadaan.

Setiap penghijrahan akan diuji sama ada dengan suasana persekitaran ataupun perasaan individu itu sendiri. Keinginan yang tidak disusuli dengan TINDAKAN adalah suatu angan-angan yang sia-sia... umpama mengharap bulan jatuh ke riba...

ARGGHHHH... sudah sampai masanya untuk bersalin kulit... (macam ular la pulak....) dan pakai baju baru... dengan jenama solekan terkini bernama SEMANGAT BARU!...

SELAMAT DATANG KEHIDUPAN!...

kittymuiza
klang


Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 23 May 2012

Giving the best and expecting the best...





I do my BEST to expect the best from myself and get the best result in my life!

Kitty setuju sangat-sangat dengan kata-kata ini. Tidak kira siapa kita, apa pekerjaan kita, sudahkah kita berbuat sebaik mungkin, sehingga ke tahap maksimum? Ataupun kita hanya buat setakat ala kadar saja... janji buat?


Berkata memang mudah tetapi melaksanakannya memang payah. Kita selalu inginkan orang lain berubah kerana kita, jika mereka sayangkan kita. Contohnya, suami atau isteri, boy friend atau girlfriend tapi setakat mana perubahan itu.. Perubahan yang kekal atau hanya bersifat sementara?

Pada pengalaman Kittylah, janganlah kita mengharapkan orang lain akan berubah jika keinginan itu bukannya datang dari dalam diri mereka sendiri.. Dan wajarkah kita mengharapkan perubahan itu daripada orang lain sedangkan kita tidak berbuat apa-apa?..
.
Demand ourself to be the best, barulah kita boleh demand from others to give their best..

Cuba tanya pada diri, sudahkah kita memberikan yang terbaik sebagai isteri, anak, anak menantu, ibu atau bapa, pekerja, jiran, anggota masyarakat ataupun rakyat negara ini? Ataupun kita masih leka di zon selesa, orang lain yang perlu berubah demi kita?..

So, jangan jealous bila nampak orang lain hidup lebih baik... What you give is what you get.. Allah SWT itu Maha Adil...

Bagi sesiapa yang inginkan perubahan, mulakan dengan diri sendiri secara konsisten... Tak bolehlah duduk goyang kaki dan expect duit masuk gitu-gitu aje... Sendiri perlu bertindak. InsyaAllah tindakan perubahan yang baik itu akan menjadi seperti epidemik yang menular dan berjangkit pada orang-orang di sekeliling kita...

Do or do not! There is no try. And if you do something, do your best. - Power Living Attitudes by Dr Lawrence Walter Ng

p/s: Sekadar peringatan untuk diri Kitty. Changes has to start from myself. I am trying to be better day after day...Amin.
Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 22 May 2012

6 tanda hati yang sakit..

Hati yang sakit? Parah ni.. Ia perlukan rawatan segera.

Bagaimana untuk mengenali hati yang sakit?
1. Mudah tersinggung dan terasa
2. Mudah buruk sangka
3. Mudah menyalahkan orang lain
4. Mudah rasa tersisih
5. Mudah rasa kecewa
6. Mudah kecil hati

Jika ada kecil hati, pasti ada besar hati. Yang mana lebih sihat? Hati besar atau hati kecil? Jawapannya, kena tanya doktor jiwa...

Sudah semulajadi sifat manusia, ibarat kata orang siapa makan cili, pasti dia yang terasa pedas. Kadang-kadang tak berniat pun untuk mengguris hati sesiapa. Hanya sekadar untuk mengingatkan diri sendiri. Tapi itupun disalah tafsir sehingga boleh timbul salah faham... Jiwa manusia ini begitu rencam. Mudah terasa apabila skop pandangannya tidak diperluaskan.Mulalah rasa tersinggung, buruk sangka, kecewa, kecil hati, rasa tersisih dan menyalahkan orang lain..

Kenapa seringkali teguran itu dilihat sebagai sesuatu yang negatif, yang kononnya dilemparkan kerana 'tidak suka'? Kenapa tidak dilihat dari sudut membina, bahawa manusia ini adalah insan yang punya 1001 kelemahan, tidak sempurna dan perlukan insan lain dalam ruang sosialnya untuk mengingat dan memperbaiki diri. Bila sesuatu pandangan itu dilihat dari sudut negatif, maka kesan negatiflah yang akan timbul.

Gambaran paling mudah, cuba lukis gambar hati yang kecil dan gambar hati yang besar. Letakkan satu titik di dalamnya. Mana yang lebih ketara? Bayangkan jika hati yang kecil itu dipenuhi dengan begitu banyak titik-titik hitam, apa akan jadi? Semakin tenatlah jadinya...

Apa kata hati yang kecil itu kita besarkan. Besarkan dan besarkan (janganlah sampai meletup!) Besarkannya dengan berbaik sangka terhadap apa juga perkataan dan perbuatan, penuhkannya dengan cinta, kasih sayang dan kemesraan sehinggakan perasaan kasih itu membuak-buak dan melimpah-ruah.
Dengan itu celaan ataupun kritikan yang diterima itu hanya sekadar satu tititk hitam dalam hati yang kudisnya hanya bersifat sementara dan akan sembuh dengan berlalunya masa..

Itulah hati yang sihat..

Mari kita sebarkan CINTA... Kitty pasti cinta akan membuatkan hidup kita lebih ceria, wangi dan berbunga-bunga...

Salam sejahtera. Bertemu lagi...
Kalau Suka LIKE le..

Sunday 20 May 2012

Mee Bandung Sedap

Mee Bandung Sedap... rupa memanglah agak kurang tapi rasanya boleh tahan. Habis kuahnya anak Kitty hirup...

Lama sudah tak makan mee bandung. Susah nak dapat mee bandung yang betul-betul menepati citarasa. Selalunya bila balik Muar, Kitty akan singgah di restoran Manisah. Restoran ni memang terkenal dengan mee bandungnya tapi disebabkan dari Klang ke Muar tu jauh... Kitty buat ajelah sendiri. Tambahan pula si Wanita Cantik Kak Yam baru saja bagi resipi rahsianya..

Kak Yam ni buka kedai makan dan mee bandung antara mee utama yang dapat sambutan hangat. Masa berkunjung ke rumah Kak Yam itu hari, Kitty disajikan dengan mee bandung.. Memang sedap. Kalau jumpa makanan sedap Kitty memang tak malu nak tanya... Kak Yam pula tak lokek dan akhirnya terhasillah Mee Bandung Sedap...

Siap saja terus Kitty panggil anak-anak dan hubby makan. Suspense juga tengok reaksi mereka.. Seorang pun tak bersuara. Pengkritik terhebat, anak sulung Kittylah... Macam-macam soalannya... Kenapa tak bubuh tu? Kenapa tak bubuh ni? Kenapa cair sangat dan macam-macam lagi... Tapi hari ni dia diam saja. Cuma komplen kuahnya kurang pekat. Lain-lain kira ok.

Hubby Kitty pula senang saja nak tengok sama ada dia suka atau tidak makanan tu... Sedap, dia akan makan banyak. Kalau tak sedap, makan sikit..

Sesiapa nak cuba resipi Mee Bandung Sedap, ini resipinya...

Bahan-bahan
(Untuk 8 orang makan)

2 paket mee kuning (dicelur)
1 mangkuk cili kering, rendam dengan air panas dan dikisar
1 labu bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Setengah mangkuk udang kering (ditumbuk halus, boleh juga dikisar)
Telur (bergantung kepada bilangan orang yang nak makan)
Udang (asing kulitnya dan rebus)
3 tangkai sawi (asingkan tangkai dan daunnya, tangkainya diketuk-ketuk)
3 keping tauhu (potong kecil)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (Kitty ganti dengan stok ikan bilis)

Cara membuatnya:
Untuk membuat pes mee bandung.
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum dimasukkan udang kering.
3. Masukkan air udang (kulit udang yang direbus tadi dikisar halus bersama airnya dan ditapis) Masak sehingga pekat di atas api sederhana dan menjadi seperti pes. (Pes mee bandung ini boleh disimpan dalam peti sejuk ataupun disejukbekukan).

Untuk membuat kuahnya
4. Sendukkan pes mee bandung secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk. Didihkan. (Kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing.)
5.  Masukkan batang sawi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan.
7. Akhir sekali masukkan udang dan daun sawi. Tutup api.
8. Bila menghidangkan letakkan telur tadi.

Selamat mencuba...
Kalau Suka LIKE le..

Tips bergaya: Cara sembunyikan perut.



Dua gaya berbeza dengan hanya menggunakan celana palazo, skirt labuh dan tali pinggang. 

Apabila usia meningkat ataupun berat badan semakin bertambah, yang paling ketara pertambahannnya adalah pada perut, peha ataupun bahagian lengan. Itulah yang Kitty rasa. Saiz M sudah bertukar L. Bila sudah beli baju saiz L kena tukar lagi ke saiz XL (gara-gara tak jaga makanlah ni...hehehe..)

Blaus berpinggang sudah tidak boleh pakai sebab sendat di perut. Kalau perut yang lebih ketara daripada bahagian lain, memang pakai apa pun tak cantik! Keadaan ini yang selalu buat Kitty pening bila nak pakai baju. Bagaimana nak nampak cantik dalam keadaan banyak daging-daging berlebih dalam badan?


Of course lah.. ramai yang akan kata, diet, kuruskan badan. Memang patut pun jika berat badan berlebihan. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kandungan kolesterol. Kerapkan bersenam dan jaga pemakanan. Tips-tips begitu sudah lali Kitty dengar. Wajarpun diamalkan namun untuk pastikan tubuh kembali kurus mengambil masa yang agak lama.

Kitty tidak mempunyai kesabaran tinggi diet untuk kurus, apalagi bila menu sarapan paginya hanya oats... Macam mana dengan roti canai, nasi lemak, nasi goreng ataupun roti telur?... Itu baru saja sebahagian menu sarapan....

Berat Kitty ni macam yo-yo, bila banyak makan terutamanya makanan berkeju badan pun akan naik... bila banyak kerja mulalah tiada selera makan dan badanpun akan turun... Kalau turunpun taklah banyak mana, setakat 1 kg saja... lebih-lebihpun 1 setengah kg... bila naik sampai 2-3 kg... Itu sebabnya saiz baju makin lama makin besar... hahaha.. Alasan membeli, baju dah kecik... (tak nak mengaku yang badan makin besar...hahaha..)

Sebab tak tahan tengok duit asyik keluar saja dari poket untuk beli baju baru, Kitty ingin kongsi tips cara  Kitty sembunyikan perut. Selain penyelesaian mudah dengan berbaju kurung, Kitty mula lebih teliti memilih seluar atau blaus. Masa dulu Kitty suka pakai seluar yang agak fit dan berkaki kecil tapi sekarang Kitty suka pakai seluar straight cut dan palazo.

Jika pakai skirt labuh pula, Kitty suka skirt kembang payung suku bulatan ataupun skirt 6 panel. Kedua-dua jenis skirt labuh ini tidak terlalu kembang tetapi membuatkan bahagian punggung dan perut Kitty tampak kemas.

Dan yang paling utama, bijak mencari blaus sesuai. Kitty suka pakaian suai-padan yang mana satu blaus boleh dipadankan dengan seluar ataupun skirt dan mewujudkan beberapa gaya berbeza. Dalam almari pakaian Kitty mesti ada inner baju lengan panjang, jaket hitam, coklat atau kelabu, Skirt, hitam dan coklat. Selain itu ada juga beberapa helai blaus pelbagai warna serta blaus tanpa lengan yang panjangnya menutupi bawah punggung.

Bagi melengkapkan gaya, Kitty ada beberapa jenis tali pinggang, rantai panjang dan kerongsang. Kitty akan tentukan gaya apa yang ingin ditonjolkan hari itu. Jika ada temu janji dengan peringkat atas pengurusan (senior manager, CEO) Kitty akan pakai jaket bersama celana ataupun skirt labuh. Jika ingin bergaya smart kasual, Kitty akan pakai palazo, skirt atau celana dipadankan dengan blaus sepadan.

Oh ye... cara Kitty sembunyikan perut. Kitty suka pilih seluar palazo yang bahagian belakangnya bergetah dan bahagian hadapannya berzip. Sesuaikan dengan inner baju yang agak labuh. Inner itu boleh dimasukkan ke dalam celana ataupun dibiarkan saja. Untuk tampak lebih trendy, Kitty suka pakai tali pinggang, bukan di pinggang ye.. tapi ke bawah sedikit. Secara tak langsung tersembunyilah mana-mana bahagian perut yang ingin disembunyikan...

Pada Kitty, menggunakan tali pinggang adalah cara yang amat berkesan kerana ia mengubah titik tumpuan bukan lagi pada perut tapi pada tali pinggang. Mudah bukan?...






Kalau Suka LIKE le..

Saturday 19 May 2012

Wanita cantik..



Dua hari lepas Kitty jumpa seorang kakak ni. Kitty panggilnya Kak Yam. Umurnya 62 tahun. Pandai bergaya. Sungguhpun berbaju kurung, tudungnya sedondon dengan warna baju. Sesuai dan tampak harmoni sekali warnanya. Dan wajahnya, dijaga dan disolek rapi.

Yang membuatkan Kitty tertarik untuk bercerita mengenai Kak Yam ini adalah dia masih bersolek walaupun duduk di rumah. Kak Yam masih berbaju cantik, berbedak dan bergincu bagai... (tidak seperti Kitty yang  sekadar pakai t-shirt dan kain batik saja... ada masanya berbedak pun tidak apalagi bergincu!.. ish ish ish...)

Kitty memang tidak berapa suka bersolek. Tapi Kitty suka tengok wanita yang bijak bersolek. Nampak cantik dan bergaya. Apalagi bila dia mengenakan kasut tumit tinggi dan beg tangan sama warna. Pasti nampak anggun. Kitty pula bila bersolek pakai bedak asas, bedak kompak, alis kening dan mata, pemerah pipi, gincu... tu dah kira heavy... Pada Kitty cukup sekadar bedak asas dan bedak kompak, gincu (kadang-kadang saja... Kitty lebih suka pakai pelembab) sudah memadai...

Bila Kitty fikirkan kembali, wanita ni macam manapun masih kena bersolek. Rupanya rasa lain bila kita berikan sedikit tumpuan pada diri sendiri. Berhias cantik-cantik bukan saja untuk tatapan suami tapi sebenarnya adalah penghargaan kepada diri sendiri.

Tempias Kak Yam, melekat juga sedikit pada Kitty. Celak kening, celak mata, maskara dan gincu adalah kemestian pada Kak Yam. Pagi ni selepas mandi, Kitty bersolek ala kadar dan memakai celak mata. Nampak mata lebih besar dan cantik (hahaha... perasanlah tu..)

Memang betul pun cakap Kak Yam. Wanita perlu sentiasa kelihatan cantik. Kitty teringat arwah Tok Kiah Kitty yang sentiasa bersolek dan berbaju cantik walaupun berada di rumah. Tak pernah nampak Tok Kiah serabai dan serabut... Mak Chu Kitty pun terikut-terikut. Bangun pagi saja terus kemaskan diri, bersikat dan berbedak sejuk tapi tak mandi pagi... .hehehe..

Kitty ingatkan diri Kitty... kebanyakan wanita ni selalu mengutamakan orang lain... suami dan anak-anaknya dan dirinya adalah orang yang paling akhir. Wajarkah kita buat begitu? Siapa lagi yang akan menghargai diri kita jika bukan diri kita sendiri? Belailah diri kita dengan pergi ke spa ataupun ke salum. Rasa recharge... timbul semangat baru. Rasa Kittylah, jika kita hargai diri kita tentu orang-orang di sekeliling kita akan lebih lagi menghargai diri kita...

Tengok Kak Yam yang masih lagi bergetah dan cantik, Kitty pun ikut rasa teruja... Nak pergi carilah makanan tambahan... stok yang ada pun dah hampir habis...

Chao! Salam Ceria...







Kalau Suka LIKE le..

Friday 18 May 2012

Masa untuk senyum....


Konsistensi ataupun istiqamah. Sama saja maknanya.. tapi sukar untuk dilaksana. Manusia ini terutamanya wanita seperti diri Kitty lebih didorong oleh emosi... Adakala sukar untuk menangkis emosi yang melemahkan. Ada waktunya kecundang juga, walaupun otak berkali-kali memberikan alasan yang sangat-sangat munasabah.. Berlaku lagi peperangan jiwa...

Seketul daging bernama hati ini sering sekali berubah-ubah. Amat kompleks. Suka, duka, resah,
gelisah, teruja, marah dan macam-macam lagi perasaan, bercampur-gaul bagaikan rojak...(kalau rojak sedap juga dimakan...)Tengok saja daripada mana anginnya datang bertiup.. Adakah angin itu menyapa mesra, sepoi-sepoi bahasa ataupun keras dan ganas bagaikan ribut taufan? Perlu pula di selidik dari
mana puncanya...

Kitty selalu suka buat post-mortem (bukan mayat aje kena buat post-mortem...) Bila Kitty berada
dalam perasaan yang kurang menyenangkan, Kitty akan cuba siasat apa sebabnya. Kitty akan
selak lembaran demi lembaran peristiwa sehingga jumpa. Bila jumpa kuncinya, Kitty akan rasa
lebih tenang...

Cumanya bila terlalu diikutkan emosi, banyak perkara yang terbengkalai. Mulalah memberikan
alasan-alasan untuk menyedapkan hati. Kesannya tiada lagi konsistensi. Bagi yang bekerja sendiri
macam Kitty ni, konsistensi itu amat penting. Ada waktunya terasa sukar untuk merentasi denai
yang jarang dilalui. Hati perlu tabah dan semangat perlu cekal...

Apalah yang Kitty merepek pagi-pagi ni...

Membentuk sesuatu itu menjadi kelaziman memang payah.. tapi bila ia sudah menjadi sesuatu yang lazim, macam rutin pula, mulalah bosan...

Kebosanan ini tidak boleh dibiarkan berlaku... Jika tidak ia akan jadi kudis yang jika dibiarkan
akan bernanah.. dan jika terus dibiarkan akan merebak menjadi kanser... Perlu disuntik rasa ceria
dan gembira.. Perlu bersyukur kerana masih dianugerahkan kesempatan untuk hidup dan
bernafas...

Sudah tiba masanya kebosanan perlu berundur. Gantikan dengan senyum. Senyum. Senyum dan
terus senyum...Lebarkan senyuman... Tarik nafas dalam-dalam, lepaskan... dan kekalkan
senyuman... Bagaimana perasaan? Rasa berbeza bukan?

Senyuman buat hati ceria dan lebih bersemangat. Itu yang Kitty rasa. Walaupun masa tu memang
tak ada mood nak senyum (banyak cabaranlah tu...), Kitty saja paksa diri untuk senyum. Lama-kelamaan perasaan akan bertukar. Akan berlaku anjakan emosi. Emotional paradigm shift...

Jadi, banyakkan senyum...



A smile for you...




Kalau Suka LIKE le..

Thursday 17 May 2012

Nasi upih Tok Melah..


Nasi goreng. Ini antara menu sarapan pagi yang menjadi kegemaran keluarga Kitty. Paling mudah disediakan, sedap jika cukup bahan dan perasanya dan berkhasiat (semua taruk - sayur yang anak tak suka pun masuk!) dan terjamin kebersihannya.

Bila ada saja lebihan nasi semalam, Kitty tidak akan lepas peluang buat nasi goreng. Pertama sekali, tak elok jika membazir rezeki yang ada. Kedua tak payah fikir-fikir panjang nak buat sarapan apa. Kitty akan masuk apa saja yang ada sebagai ramuannya. Jika tiada sayur campur (lobak, kacang pis dan jagung) Kitty akan ganti dengan kacang panjang atau kacang buncis.

Kalau nak nasi goreng belacan, masukkan belacan. Nak makan nasi goreng ikan masin, masukkan pula ikan tenggiri jeruk tu. Nak eksperimen lebih sikit masukkan cendawan, potongan nenas. Nak nampak menarik, campurkan pula dengan hirisan sosej, bebola ikan... pendeknya boleh masuk macam-macamlah.... Gunakan saja sedikit kreativiti berdasarkan bahan atau rencah yang ada di rumah... Mudah sangat-sangat...

Asas ramuan nasi goreng Kitty mesti cili padi (kalau tak rasa pedas tak berapa jalan...), 2-3 ulas bawang putih dan udang kering ataupun ikan bilis. Tumbuk semuanya. Telur mesti ada. Setelah menumis bahan yang ditumbuk, masukkan bahan-bahan lain seperti hirisan sosej (atau apa saja bahan yang suka) kemudian pecahkan telur. Yang lain tu macam biasalah.... masukkan nasi, sayur campur dan garam... Adakalanya  Kitty akan masuk sos tiram ataupun stok ayam atau ikan bilis... Kitty pasti rasanya gerenti sedap!...

Bila bercerita pasal nasi, Kitty teringat nasi yang dibekalkan nenek Kitty, Tok Melah. Masa sekolah rendah Tok Melah mesti bekalkan Kitty dengan nasi untuk dibawa ke sekolah. Jam 4 pagi lagi Tok Melah sudah bangun menghidupkan dapur kayunya. Biasanya Tok Melah akan bekalkan nasi bersama ikan goreng (ada masanya rendah kerang... rendang kerang Tok Melah memang sangat-sangat sedap... nanti Kitty share ye...) menggunakan upih (pelepah pinang ataupun upih kelapa). Tok Melah akan bungkus nasi itu elok-elok dalam upih macam bungkus nasi lemak...

Dan yang paling Kitty tak boleh lupa apabila makan bersama kawan-kawan di tepi longkang belakang kelas.  Masing-masing akan keluarkan bekal. Semua tempat bekal mereka cantik-cantik kerana guna tupperware ataupun bekas plastik. Bekal Kitty hanya berbalut upih pinang... Memang ada terasa rendah diri...

Bila terasa rendah diri Kitty tidak lagi bawa bekalan ke sekolah. Tapi masih juga setiap hari Tok Melah bekalkan Kitty dengan nasi upih tapi Kitty sorok makanan tu bawah ancik-ancik (rumah orang dulu antara beranda dan rumah utama pasti ada ruang. Untuk menghubungkan akan dibuat tangga ataupun tempat pemijak). Balik sekolah, Kitty akan keluarkan bekal tu dan makan..

Satu hari Tok Melah dapat tahu.. Tok Melah marah. Kenapa Kitty sanggup tahan lapar kerana malu... Malu yang tidak bertempat. Biarlah mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Tak perlu nak ikut-ikut. Tapi itulah lumrah manusia.. selalu nampak rumput di seberang itu lebih subur dan menghijau... Mudah sangat terasa, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain...

Ketika itu Kitty tak faham...

Bila diingat kembali, nasi Tok Melah yang dibungkus upih berbau sangat harum dan tidak mudah basi... Dan yang paling penting, ia dibuat dengan penuh kasih sayang...

Sekarang jika ditanya pada anak-anak Kitty, tak seorang pun kenal rupa upih..  Banyak sungguh bezanya dulu dan sekarang...
Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 16 May 2012

Penangan Dong Yi..

Dong Yi... yang banyak memberi inspirasi
Jam 5 petang, Kitty sudah menghadap depan tv melayan siri kegemaran Kitty di TV8, Dong Yi. Bukan selalu sangat Kitty dapat peluang tonton tv waktu petang. Hanya sekali-sekala. Itupun jika kebetulan balik awal. Selalunya, sampai rumah dapat tengok hujung-hujung episod saja, jarang sekali yang dapat tengok satu episod penuh.

Pasal siri Dong Yi ni... sebenarnya Kitty pun taklah ikut sangat dari awal. Bila Kitty telefon adik perempuan Kitty petang-petang (bila driving sorang-sorang Kitty akan gunakan waktu tu untuk menelefon - mak, bapa, adik perempuan, adik lelaki ataupun kawan rapat... waktu lain jarang ada kesempatan bercakap panjang) mesti dia tengah tengok Dong Yi. Best sangat ke Dong Yi tu? Kitty pun cubalah cari waktu untuk tonton Dong Yi..

Sekali, dua kali tengok terus rasa nak tengok lagi...(mula ketagihlah tu...hehehe..) Sebelum ini pun, Kitty memang suka tengok drama Korea (sungguhpun pelakonnya bukanlah kenal sangat... nak ingat nama pun susah!). Kebanyakan cerita Korea ni jalan ceritanya menarik. Lakonan dan penghayatan pelakonnya, mendalam. Banyak bermain perasaan dan kamera angle. Itu yang buat Kitty jadi terkesima... hahaha.. Satu lagi, pelakonnya comel-comel... hehehe..

Kitty pernah beli CD drama Korea. Sanggup keluarkan RM100 lebih untuk beli CD tu. Tiga hari tiga malam, selagi tak habis, duduk melekat depan tv. Sanggup bersengkang mata tak tidur nak tengok kesudahan cerita... Lepas tu terus jadi zombie....hahaha... Sejak hari tu, Kitty nekad tak hendak lagi beli CD. Sungguh mengganggu kehidupan! Baik follow saja di tv...

Siri Dong Yi ni menarik sebab ia drama historical, 60 episod (banyak tu!...) Drama ini memang best dan mendapat 7 anugerah MBC Drama Awards Korea  2010. Nak tahu ceritanya, kena tengok sendiri....Kitty suka tengok budaya mereka, pakaian, adab dan pertuturan selain jalan ceritanya padat dan kemas. Ketara sekali keindahan budaya dan nilai ketimuran... Apabila menonton drama-drama Korea, Kitty dapat rasa mereka bukan setakat menjual cerita tetapi mempakejkan Korea itu sebagai satu produk antarabangsa...

Tidak hairanlah jika di mana-mana saja demam Korea... Anak Kitty sendiri peminat jenama Korea. Handphone, Samsung.Berkali-kali tukar handphone pun masih juga Samsung. Aircond, Samsung. Tablet, Samsung. Asyik-asyik Samsung....

Kitty pernah melawat lokasi penggambaran Dae Jang Geum (siri drama Jang Geum) ketika melawat Korea beberapa tahun dulu. Memang amat menarik, lengkap dengan segala kemudahan. Malahan lokasi itu dikekalkan dan dijadikan salah satu lokasi tarikan pelancong. Bukan setakat itu saja, lokasi itu turut menjadi tempat untuk beberapa siri drama Korea yang lain... Dalam erti kata lain, terus di manfaatkan sehingga sekarang...

Teringat Kitty mengenai istana dalam filem Puteri Gunung Ledang... Alangkah menariknya jika lokasi penggambaran itu turut dapat dijadikan tempat tarikan pelancong... Kitty yakin pasti ramai yang ingin melihat sendiri... Kalau ada kesempatan Kittypun nak tengok lagi... Sayang jika bangunan beratus ribu itu dibiarkan jadi tukun...

Di Jang Geum Theme Park



Ini emak Dong Yi... hehehe..


Kalau Suka LIKE le..

Wajarkah dilayan rasa terkilan?..

Tasik Lugano, Switzerland... Indahnya ciptaan Tuhan.. (gambar dari google.. mana nak ada sebab tak  pergi... kahkahkah..)

Inilah ole-ole dari kawan Kitty. Kitty memang suka kumpul T-shirt Hard  Rock. Kalau pergi mana-mana  T-shirt nilah yang Kitty mesti cari..  Tak dapat pergi dapat baju pun jadilah kan? kan? kan?

Ada juga sedikit rasa terkilan dalam diri Kitty sebab tahun ni tidak dapat bersama kawan-kawan melancong ke Milan, Nice, Monaco dan Lake Lugano. Empat negara tu dalam percutian lebih seminggu. Dari Milan, Itali pergi ke Nice, Perancis, lepas tu pergi ke Monaco, Monte Carlo terus ke Lake Lugano, Switzerland.Bukannya senang nak pergi sendiri...

Sepanjang tahun Kitty bekerja kerasttt bagi melayakkan diri untuk mengikut trip tu. Kena buat sales juta-juta RM lagi... Nak pergi sendiri tak tentu lagi. Tetapi tak taulah kenapa hati Kitty masa tu tekad tak mahu mengikut trip yang dianjurkan syarikat.

Masa pelancaran contest ni hujung tahun lalu, hati Kitty memang melonjak-lonjak sangat hendak pergi. Siap berjanji dengan kawan lagi, kami akan duduk sebilik macam tahun lalu tapi bila masing-masing dah layak, tiba-tiba Kitty tarik diri.. Anginlah kawan baik Kitty tu..

Nasib baiklah dia faham. Masa tu Kitty rasa sudah terlalu penat berjalan. Masa bekerja dulupun memang Kitty kerap ke luar negara (bukanlah melancong tapi bekerja ok...). Tak tahan nak duduk atas penerbangan berjam-jam sampai bengkak-bengkak kaki. Mengenangkan betapa siksanya keadaan itu terus hati Kitty jadi tawar... Malas nak pergi.

Tapi bila melihat mereka balik dan bercerita betapa bestnya shopping (apalagi kat Milanlah mereka habiskan   RM...) terdetik juga hati. Lupakanlah, hati Kitty memujuk...Wajarkah dilayan rasa terkilan? Ganti tempat yang Kitty pergi 1000 kali lebih best. Tiada tandingan. Bila sekali sudah pergi, terasa ingin pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... Tempat paling suci dan diberkati.

Bila Kitty renungkan kembali, ada hikmahnya. Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana. Ditutupnya satu pintu dan dibukanya pintu lain yang lebih untuk Kitty. Kitty rasa amat-amat bersyukur.. Biarpun hati ada terdetik tetapi rasanya memang itu sifat lumrah manusia. Tamak. Kalau boleh nak bolot semua. Tak cukup-cukup...

Sekadar mengingatkan diri Kitty, perjalanan kita di dunia bakal sampai ke garisan penamat. Bila waktunya belum dapat dipastikan lagi. Sudahkah kita bersedia untuk perjalanan yang lebih panjang, yang tidak boleh diputar balik masa, kehidupan yang kekal dan abadi....?

Subhanallah... Maha Suci Allah...

Assalamuailaikum dan great morning everyone...






Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 15 May 2012

Waktu kecil...



Suara anak bongsu Kitty membangunkan Kitty daripada tidur. Ahh.. rupanya jam 4.30 pagi. Masih awal lagi. Kitty cuba melelapkan mata semula. Setengah jam kemudian terbangun lagi apabila kedengaran bunyi azan (belum lagi masuk waktu Subuh. Muazin tempat Kitty selalu melaungkan azan sejam lebih awal. Alhamdulillah... selamat datang hari baru!...)

Memang sebelum tidur malam tadi, Kitty sudah setkan minda untuk bangun lebih awal daripada biasa. Kitty suka sekali menulis ataupun mengisi borang (begitulah apabila bekerja sendiri... nak ambil kerani tak mampu lagi...hahaha..) waktu awal pagi. Suasana senyap sunyi. Fikiran rasa tenang dan damai. Barulah tulisan cantik dan tiada kesilapan. Kitty memang elakkan mengisi borang waktu fikiran tengah kacau. Waktu itu, mesti banyak yang salah.. Padahnya, kena reject.. So, kena pastikan, it has to be correct at anytime...

Teringat masa kecil-kecil dulu. Jam 5 pagi memang sudah kena bangun untuk bersiap ke sekolah. Tak kiralah bagaimana keadaan cuacanya pagi tu.. biarpun sejuk selepas hujan, mesti kena mandi dan gosok gigi. Kitty selalu sediakan sebaldi air atas rumah. Kalau tidak kena turun mandi di kolam hadapan rumah. Kitty memang tak suka mandi kolam waktu subuh sebabnya dekat dalam kolam tu selalu ada ular air berenang-renang. Memanglah tak bahaya tapi takut dan geli.... eeeee....

Mandi kolam hanya bertemankan lampu pelita yang hidup terkedip-kedip. Bila angin bertiup kuat, padam. Masa ni yang buat Kitty gelabah. Jalan-jalan dalam gelap bukan nampak apa benda. Sebabnya ada satu lagi binatang yang Kitty amat-amat tak boleh nak tengok rupa parasnya... Sikatak. Kitty masih terasa-rasa lagi katak yang penyet Kitty pijak.. kesian katak tu... agaknya dah jadi arwah masa tu...hehehe..

Rasanya kampung Kitty yang paling lambat dapat bekalan air paip sebab dipisahkan oleh sungai... syok aje tengok rumah kawan-kawan seberang sungai yang ada air paip dan letrik. Kitty masih lagi gunakan air perigi dan air hujan untuk minum. Untuk bekalan letrik Tok Kimin ada generator tapi hanya setakat jam 10 malam saja. Tidur, gunakan lampu pelita minyak tanah..

Masa sekolah rendah Kitty memang suka membaca. Setiap hari Kitty akan pinjam satu buku cerita di perpustakaan sekolah. Kitty suka baca kisah-kisah dongeng yang akhirnya mesti tulis... the prince and the princess live happily ever after.., siri Enid Blyton (betul ke nama tu?), siri detektif Harry...., novel kanak-kanak dan juga komik-komik. Setiap hari Kitty akan pinjam sebuah buku dari perpustakaan. Hari-hari macam tu....

Kitty akan bawa masuk pelita dalam kelambu untuk baca sampai habis. Peringatan: membaca dalam kelambu menggunakan pelita minyak tanah amat membahayakan. Anda mungkin terbakar apabila terlelap. Syukur, keadaan itu tidak pernah berlaku pada Kitty. Sebelum tidur Kitty akan keluarkan pelita dan letaknya jauh sedikit dari kelambu.

Kenapa tidur nak pakai kelambu? Mestilah kena pakai. Nyamuk banyak... mana boleh tahan tidur kena gigit nyamuk! Bunyi ngeng ngeng ngeng nyamuk itu saja dah mengganggu...

Dan satu-satunya yang Kitty tidak boleh lupa, esoknya sebelum pergi sekolah mesti korek lubang hidung dulu.. Setiap pagi itu yang mesti dibuat. Bukannya nak buang tahi hidung tapi nak buang jelaga (asap) pelita! Bayangkan kalau terlupa nak buang dan terus pergi sekolah.. kahkahkah..mesti jadi bahan ketawa.

Yang Kitty paling ingat waktu ini, arwah nenek Kitty Tok Melah akan selalu menemani Kitty membaca. Sekejap-sekejap dia akan datang dan duduk dekat pintu. Menengok keadaan Kitty. Mungkin dia takut Kitty terlelap dan terlupa untuk keluarkan pelita. Kitty dapat rasakan kasih sayangnya yang sentiasa memerhatikan Kitty dari jauh...





Kalau Suka LIKE le..

Monday 14 May 2012

Tutorial Fried Ice cream....



Enak sangat....

Sebuku roti dapatlah 7 atau 8 ketul.. Anak bongsu Kitty merungut-rungut tak cukup!

Dua hari ni, Ahad dan Isnin, Kitty memang teramat sibuk. Ahad sibuk fizikal- membeli barang basah untuk kegunaan dapur seminggu sementara Isnin pula sibuk mental. Sepanjang hari ini minda Kitty sibuk memikirkan banyak borang yang perlu diisi; sibuk berfikir bagaimana caranya untuk menghadapi dan mengendalikan perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberi; dan sibuk melayan saudara yang berjinak-jinak nak bercinta semula... Ish ish ish!

Orang baru nak bercinta ni pelikkan, excited semacam! Kadang-kadang pening kepala nak layan...jangan pula ada yang terasa... hehehe...

Menjelang petang semuanya kembali tenang. Dapatlah Kitty menghadap laptop semula. Menulis bagaikan satu terapi bagi Kitty. Buat sesuatu yang kita suka bukan kerana terpaksa. Mungkin sebab itu agaknya sehingga sekarang Kitty tidak mampu untuk siapkan buku atau novel walaupun tahu novel dan tulis buku memang boleh buat duit.... (What ever lah... mungkin itu hanya alasan Kitty saja kenapa tak siapkan novel. Sorry lah Saadiah dan Ali daripada Karangkraf...hihihi... My thousand apology...)

Kali ini Kitty nak kongsi cara bagaimana buat fried icecream (aiskrimgoreng lah tu...hehehe...) Ikut saja tutorial bergambar ini. Kitty yakin semua ahli keluarga akan suka... Ranggup di luar sejuk di dalam. Sebenarnya dah lama Kitty nak upload fotonya dari entry yang sebelum ini tapi tiada kesempatan.

Dah baca entry sebelum ini? Klik Sini! Jika belum..

1.  Skup aiskrim atas roti.


2.  Tutup dengan sekeping lagi roti dan tekan menggunakan acuan bulat atau  egg ring.


3. Kitty rapatkan tepinya supaya aiskrim tak terkeluar.


4. Masukkan dalam plastik berasingan dan simpan dalam freezer  semalaman.

5. Esoknya, goreng kekuningan.


Resipi kredit kepada sepupu Kitty, Liza. Thanks Liza. Nak cuba kuih-muih yang lain pulak...



Kalau Suka LIKE le..

Saturday 12 May 2012

Lempeng kasih suami...


Bila my hubby keluarkan bakat terpendamnya.. Kitty memang sangat-sangat suka sebabnya boleh cuti masak! hehehe..
Sarapan pagi - lempeng kelapa dan sambal sardin

Otak masih berfikir apa yang ingin dibuat hari ini. Sarapan pun belum disediakan lagi. Nak makan apa agaknya? Semalam dah buat puding roti. Sebelum tu sarapan roti nan. Sebelum tu lagi nasi goreng, roti pita, roti telur... roti, roti, roti...Roti oh roti... Minggu ni memang minggu roti...

Di dapur, bunyi ketung ketang ketung ketang sudip berlaga dengan kuali. Ini mesti kerja hubby Kitty. Apalah agaknya yang dimasaknya pagi ni? Kitty dah dapat agak menerusi bau harum tepung... Mesti lempeng...(Hubby Kitty bab buat lempeng ni memang pakar. Kalau dia ke dapur waktu pagi... mesti tiga resipi ni - lempeng, cucur bilis ataupun nasi goreng!..)

Kali ini hubby Kitty masak lempeng kelapa. Hmmm... sedap baunya! Dah lama sangat tak makan lempeng kelapa. Selalu makan lempeng tepung aje cicah kari. Pagi ni cicah sambal sardin yang Ika buat semalam. Hubby Kitty cicah gula aje...

Bila bercerita bab makan ni Kitty teringat dekat arwah nenek Kitty sebelah bapa, Tok Kiah. Bersarapan di rumah Tok Kiah macam kenduri. Semua anak-anak dan cucunya akan duduk bersama sama ada untuk makan pagi, makan tengahari atau makan malam. Makan mesti sama-sama.

Untuk sarapan biasanya jenis goreng ataupun rebus. Tak kiralah menu apa pagi tu... lempeng, goreng pisang masak atau goreng pisang muda, nasi goreng, ubi rebus, goreng ubi, pisang rebus... Kalau pisang rebus mesti ada kelapa parut, manis atau masin. Ubi rebus pula sama ada dicicah dengan sambal bilis ataupun makan bersama ikan masin. Memang sedap sangat!

Yang membuatnya sedap sebab ada pencicah atau sambal. Ikan bilis akan ditumbuk bersama bawang merah, belacan dan cili padi kemudian ditumis. Tambah air asam, garam dan gula sikit. Memang cukup rasa tapi pedas...  Bila makan mesti meleleh-leleh air hidung Kitty tapi Kitty tetap tak tak boleh nak berhenti...

Dapat bersama seperti ini, selalunya selepas kenduri. Semua anak-cucu Tok Kiah dan Tok Ali akan balik berkumpul sehari-dua sebelum balik semula ke rumah masing-masing.

Kerja Kitty pagi-pagi, kait bunga cempaka yang kembang pagi. Kami (sepupu-sepupu) akan berlumba untuk dapatkan siapa yang paling banyak. Bunga itu akan diserah pada Tok Kiah yang akan diletakkan di dalam bilik tidurnya.

Kitty suka masuk bilik tidur Tok Kiah dan Tok Ali. Sudahlah semerbak harum bunga cempaka, cantik pula tu! Bilik Tok Kiah macam bilik pengantin! Kelambunya warna pink dengan ropol-ropol. Katilnya, jenis besi bertiang tinggi. Tidak ada siapapun yang dibenarkan masuk, apalagi melompat-lompat di atas katil!

Kamar tidur Tok Kiah dan Tok Ali adalah bilik larangan. Pintunya selalu tertutup. Kitty suka curi-curi masuk. Sekejap-sekejap, tak boleh lama-lama. Dan lagi, barang-barangnya tak boleh diusik.. Kalau usik, Tok Kiah mesti tahu...

Seingat Kitty, Tok Kiah dan Tok Ali sangat loving. Ke mana-mana mesti berdua naik vespa. Tok Kiah akan pakai cantik-cantik, lengkap bersanggul dan berkebaya pendek. Tok Ali pula, kemas dan segak. Pasangan yang sangat mesra.

Kitty masih kecil (ketika tulah... sekarang dah besar gedabak!...) dapat rasa Tok Kiah memang amat memanjakan Tok Ali. Makan-minum, pakaian dan penampilan, semuanya dijaga rapi. Kehadiran anak-anak menjadi pelengkap dan membuat hubungan mereka semakin erat.

Itulah kisah cinta Tok Kiah dan Tok Ali. Cinta orang dulu-dulu yang masih berbekas di hati Kitty...
Kalau Suka LIKE le..

Friday 11 May 2012

1/2 jam di Syurga = 43 tahun di dunia

Sekadar satu perkongsian...

RIWAYAT HIDUP BAPA MANUSIA

Nama: Adam 'Alaihissalam
Diciptakan setelah Asar  :  Hari Jumaat (mengikut hari dunia)
Dimasukkan ke Syurga :  Hari Jumaat
Tinggal di Syurga  :  1/2 jam lebih sedikit - 43 tahun di dunia (mengikut ukuran tahun dunia)
Kahwin dengan Hawa  :  Hari Jumaat, di Syurga
Maharnya    : 3 kali berselawat kepada Rasulullah SAW
Diturunkan ke dunia   : Hari Jumaat, di India
Tinggi tubuhnya waktu turun   Kepalanya dilangit, dua kakinya di bumi
Tinggal di dunia  : 957 tahun
Wafat   : Hari Jumaat, berusia 1000 tahun
Kuburnya   : Di sebuah gunung di India
1 Jam di Syurga  : 83 tahun 4 bulan (mengikut ukuran tahun dan bulan di dunia)
1 Hari di Syurga  : 1000 tahun (mengikut ukuran hari di dunia)

Dipetik daripada risalah susunan:
Tgk Hanafiah Ma'awiyah
Dayah Terpadu Al-Madinatuddiniyah syamsudduha
Aceh..



Kalau Suka LIKE le..

Thursday 10 May 2012

Duit, duit, duit...


Selalu sangat Kitty diaju persoalan ini. Ramai yang tanya macam mana nak cari duit; buat duit, tambah duit, simpan duit, kembangkan duit tapi tak ada pula yang tanya macam mana nak habiskan duit! Hahaha.. Rasa Kitty, bagaimana nak habiskan duit, buang duit, licinkan duit semua orang tahu. Tak perlu nak tanya ataupun cari petua. Boleh dikatakan semua pakar termasuklah diri Kitty hehehe...

Sebenarnya ada banyak tempat boleh simpan duit sama ada dalam bentuk tunai ataupun bukan tunai. Kita boleh simpan dalam akaun simpanan biasa, akaun semasa, akaun simpanan tetap (fixed deposit), Tabung Haji, KWSP, ASB, Saham Amanah, Saham Koperasi, ataupun Bursa Saham.

Simpanan dalam bentuk bukan tunai pula adalah seperti perak, emas, hartanah yang masing-masing punya kelebihan dan kekurangannya.

Tiada Risiko

Simpanan yang tiada berisiko adalah simpan duit dalam akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, Tabung Haji dan ASB kerana nilainya dollar to dollar (masuk seringgit keluarpun seringgit).

Simpanan di bank atau mana-mana institusi perbankan mempunyai perlindungan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dengan had perlindungan maksimum pendeposit RM250,000. Hanya 99% pendeposit dilindungi sepenuhnya. (Rujuk laman web PIDM)

Maknanya jika seorang itu menyimpan RM500,000 had maksimum perlindungannya hanya RM250,000. (Rujuk jadual pengiraan PIDM). Jika berlaku kegagalan institusi kewangan, insurans akan membayarnya RM250,000 aje... Baki RM250,000 lagi tu... burn!

Akaun simpanan biasa kadar keuntungannya memang tersangat rendah. Biasanya orang guna untuk kegunaan harian - masuk gaji, cucuk ATM ambil gaji. Kadar pulangannya teramat-amatlah sedikit. Cuba tengok akaun masing-masing. Beberapa sen aje sebulan yang masuk?

Akaun simpanan tetap memberi pulangan antara 3 ke 4 % setahun untuk tempoh tiga, enam bulan, setahun ataupun tiga tahun. Tiga atau empat peratus itu perlu dibahagi dengan 12 bulan dan itulah anggaran sebulan pulangan. Jika simpan 3 bulan darablah peratus pulangan itu dengan 3. Tapi jika jumlahnya juta-juta boleh negotiate dengan bank untuk dapat pulangan lebih tinggi sikit... (Juta-juta RM tu Kitty mana ada... tapi kalau juta rupiah bila-bila saja... hahaha)

Simpanan dalam akaun Tabung Haji boleh memberi anggaran pulangan antara 4 ke 5 peratus setahun. Yang menariknya pulangan itu sudah ditolak zakat. Jadi penyimpan tidak perlu lagi membayar zakat simpanan bila menyimpan dalam Tabung Haji.

Pulangan ASB lebih tinggi anggaran 7 ke 9 peratus. Pulangannya diberi setiap akhir tahun. Pengiraan pulangannya secara pro-rata berdasarkan berapa bulan disimpan.

Cukuplah dulu ye... Nanti Kitty sambung lagi mengenai simpanan yang boleh memberikan pulangan tinggi...



Kalau Suka LIKE le..

The other half...


The other half of me goes to work without a smile
He just close the door behind him
and say goodbye
no hug and kisses as always
nor bright cheerful face
and this makes me wonder
why the sudden change.

Have I done something wrong
that has bruised his ego
stir his feelings
or broke his heart?

I try to ponder
what have I said and done
unreeling the day before
and the day before
there might be something
which I didn't know.

After much thought
what it is and however it might be
I just let it be.
I will not dug
I will not ask.

I also do have my moments
when I am so prickly and untouchable
and he just let it pass..

As for me
I have made a vow to myself
today  is another wonderful day that shouldn't be waste
life is about riding the roller coaster that goes ups and downs
just hang on to your seat
and ENJOY each moment that passes by...

------------------------------------------------------------------

Have another awesome and wonderful day...
Peace be upon you..
Sign off now...
Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 9 May 2012

Bagi tempoh


Pagi tadi cuaca jiwa Kitty suram dan hampir hujan renyai-renyai. Tengahari, sudah mula membakar terik! Dan petang ni agak lembut dan redup. Selesa sebab angin bertiup sepoi-sepoi.

Bukan apa, Kitty rasa sedikit panas hati. Kalau sudah berbulan-bulan, nampak sangat servis tu lousy dan tidak boleh dipercayai... Kitty dah siap panggil towing-truck untuk pindahkan kereta Kitty tu kat bengkel lain. Takkan nak biarkan dan tunggu berbulan-bulan. Kitty rasa dah berlumut dan hampir tumbuh janggut! Selama ni dok sabar... tunggu dan tak henti-henti menunggu...

Namun kesabaran ada had dan batasnya. Menunggu perlu ada satu tempoh tertentu. Tak boleh tanpa noktah..
Bila Kitty dah mula bertindak barulah mengelabah.. Boleh pula panggil orang buat diagnose... Kalau tak tersadai macam tukun... Ish ish ish, geramnya!

"Lama dah kak kereta ni siap... tak buat diagnose aje..." Kata seorang pekerjanya.
Lagi la hati Kitty terbakar. Dahlah buat kerja lambat-lambat, kena bayar pula macam gaji manager.. memang sangat-sangat tak puas hati.

Fikir nak tolong bangsa sendiri. Tapi bila diberi kepercayaan, buat cincai-cincai... Tak suka. Sangat-sangat tak suka!

Lesson for today. When you take some action, you are in control of the situation. Do not go off hand...
(talking to myself..) Ingat tu Kitty....
Kalau Suka LIKE le..

Keluar dari kepompong...



Perjalanan yang panjang, perit lagi perlahan
melalui lorong sempit dan gelap-gelita
lorong tempatku mengumpul resah dan gelisah
lorong tempatku berteleku merenung diri
lorong tempatku memohon taubat dan pengampunan
lorong tempatku sucikan jiwa dan rohani
lorong tempatku menangis, merayu dan merintih
lorong tempatku berdoa dan membina pengharapan
lorong tempatku mengutip semula kekuatan yang hilang
lorong tempatku bangkit dan membina keazaman
lorong tempatku membina kepercayaan yang ada kalanya hilang dan pudar
lorong tempatku sujud dan pasrah
aku redha..

biarpun perjalanannya sukar dan perlahan
sakit dan meletihkan
aku tidak boleh mengalah
atau berputus asa

memang kadangkala aku ingin menangis
dan mengeringkan seluruh airmataku
namun
mampukah ia menghilangkan resah
mampukah ia menghilangkan kesedihan
mampukah ia mewujudkan dunia baru yang indah untukku?
jawapannya tidak mungkin

perubahan hanya akan berlaku apabila aku BERTINDAK
..................................................................................

Jiwa manusia memang selalu kacau. Jiwa Kittypun tidak terkecuali. Dah namanya manusia....
Kitty selalu yakin apabila berada dalam kesulitan pasti ada cahaya di hujung perjalanan. Yakin bahawa Allah   Maha Mengetahui jiwa setiap hamba-hambanya... dan ujian yang diberikan sudah diukur mengikut tahap kemampuan mereka sendiri..

Hidup Kitty ni bagaikan ulat dalam kepompong yang tiba waktunya untuk melihat dunia luar. Manakan dapat terbang menjadi rama-rama yang cantik jika tidak dipaksa melalui lubang kepompong yang sempit!

Sudah sampai masanya Kitty campakkan perasaan gundah gulana Kitty itu ke luar jendela.

(Dengan nada amat-amat ceria...)
Hi... Selamat datang pagi yang indah dan ceria...
Selamat datang matahari...
Selamat datang Chiko (kucing peliharaan anak Kitty)
Selamat datang burung-burung...
Cabaran hidup mesti disambut

Salam sejahtera untuk semua! Peace be upon you. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh...
Expecting another great and meaningful day!




Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 8 May 2012

Mak ni lebih sayang siapa?..



"Ma ni... asyik suruh Ika aje... Wan tu... tak buat apa-apa pun!"

"Akir taulah... Farhat tu, ma biar aje... tak suruhpun!

"Ma ni...jangan manjakan dia orang tu sangat. Jangan bagi... Ini dia orang minta, mak bagi..."

Itu baru empat orang anak Kitty, tak taulah bagaimana keadaannya mereka yang beranak ramai. Walaupun keluar dari satu perut, sikap dan perangai mereka lain-lain. Antara adik-beradikpun ada rasa iri dan tak puas hati. Yang tua kata Kitty terlalu melebih-lebihkan dan memanjakan adik-adiknya. Adiknya pula kata Kitty ni berat sebelah, suka beza-membeza.

Begitulah selalunya tanggapan anak-anak pada ibu bapa. Pada pandangan Kittylah, tak ada seorang ibu bapa yang waras (Kitty kata ibu bapa yang waras ye..., yang tak waras tu akan sanggup buat apa saja!) akan membeza-bezakan seorang anak dari yang lain. Kitty rasa kasih-sayang yang mereka berikan itu sama saja.

Isu pilih kasih ni memang timbul dalam keluarga Kitty. Ia bukan isu terpencil. Ia masalah sejagat kerana Kitty pun masa kecil dulu pernah mengalami perasaan yang sama.

Kitty pernah tulis surat pada ibu bapa Kitty ketika Kitty belajar di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (setakat tiga bulan saja belajar kat maktab, lepas tu cabut masuk UiTM...) bertanya kenapa Kitty dibeza-bezakan daripada adik-beradik yang lain? Kenapa bapa bagi Kitty Atuk bela? Kenapa bapa tak bela Kitty sendiri? Kenapa tak ambil balik Kitty supaya boleh duduk sama adik-adik Kitty yang lain? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Masa tu memang Kitty rasa terasing dan tersisih.

Surat Kitty itu telah membuatkan kedua  ibu bapa Kitty menangis. Mengalir air mata mereka. Ketika balik bercuti, kami duduk bersemuka. Emak dan bapa jelaskan semuanya dan Kitty mulai faham.

Bila perkara ini dibangkitkan, perkara sama Kitty jelaskan kepada anak-anak Kitty dan Kitty rasa mereka juga sudah mulai faham.
Tanyalah pada mana-mana ibu bapa yang waras, adakah mereka membeza-bezakan antara anak-anak mereka? Kitty rasa jawapannya, tidak. Bagi yang ada anak, cuba tanya diri sendiri. Adakah kita membeza-bezakan anak-anak kita? Kalau belikan baju untuk seorang, pasti kita akan belikan juga untuk yang lain kan?

Pada Kitty yang membezakan adalah perangai dan karenah anak itu sendiri. Ada anak yang perlukan pendekatan lembut dan ada yang perlukan ketegasan. Bagaimana cara kita wujudkan jalinan mesra (bonding)  itu dengan anak-anak?

Sebagai manusia, Kitty tidak nafikan ada orang yang kita sangat-sangat suka, suka, kurang suka, tak suka dan sangat-sangat tak suka. Ada tahap-tahapnya. Kalau di pejabat, orang yang bos sayang kita panggil 'kaki bodek', 'kaki kipas' atau 'kaki ampu'. Kalau dikalangan adik-beradik nak panggil kaki apa...? Apa matlamat dan tujuannya?

Teringat Kitty kisah mata lebah dan mata lalat. Hidup ni kena pandang ikut mata lebah kerana lebah bila ia lalu di tempat yang busukpun, lebah akan cari benda yang cantik dan wangi. Berbeza dengan lalat. Lalat sungguhpun berada dilingkungan yang bersih, ia akan tetap mencari tempat yang teruk dan busuk! Pada pandangan Kitty yang sempit nilah... Semuanya bergantung pada pandangan dan sangkaan kita sendiri...

Maaflah kalau ada hati yang tersentuh. Tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa... Prinsip Kitty mudah: Lapangkan dada dan berbaik sangka.. Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi..

Subhanallah....
Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping