Free blog ping

Sunday 6 May 2012

Apakah sebenar rahsia disebaliknya?

Gambar hiasan aje... 

Pening-pening lalat kepala Kitty tak hilang lagi.. Kitty kalau terlalu banyak fikir (maknanya fikiran berserabutlah tu...) mulalah timbul migrain. Sebenarnya dah lama juga Kitty tak kena migrain. Tapi bila dah duduk lama kat rumah, dia datang pulak! Betullah agaknya sebagaimana kata orang - Empty mind is the devil workshop!

Kitty tak naklah jadi devil... Nauzubillah.. minta Tuhan simpangkan dan moga dijauhkan! Cuma ada sedikit rasa sedih dan kecewa. Kitty akan rasa kecewa apabila sesuatu yang dirancang itu tak menjadi. Sebenarnya Kitty rasa rindu pada 'buah hati Kitty'. Lama sudah Kitty tak pegang stereng, apalagi nak round-round Shah Alam ataupun Kuala Lumpur.

Macam tulah.. Minda ni kalau tidak dihuni (occupied) mulalah datang fikiran macam-macam. Sebabnya terlalu banyak masa. Bila kerja, Kitty jadi sibuk. Fokus. Tak ada masa nak fikir bukan-bukan. Tapi kalau dah melepak berminggu-minggu kat rumah, otak dah hampir jadi frozen... Kalau makanan sejukbeku bila nak masak kena dinyahbeku.. Kalau kepala otak dah hampir nak beku, nak buat macam mana? Ini yang buat kepala Kitty jadi tak centre..

Untuk hilang rindu pada buah hati Kitty, Kitty, suami dan anak-anak (kecuali yang sulung, hari ni dia pergi outstation, Kalimantan lagi...) pergilah menjengah kat workshop. Bila sampai, tutuplah pulak.. Akhirnya kita orang pergi makan kat Pak Hailam Kopitiam, di Tesco, Shah Alam...

Pening kepala Kitty tak hilang lagi ni... Sejak balik umrah akhir Mac lalu, satu-persatu ujian yang datang. Berganti-ganti. Teringat kata-kata adik lelaki Kitty: Kita ni bila nak dekat dengan Tuhan, diuji macam-macam. Kitty dengan hal Kitty (Kitty tak mahu anggap ujian itu satu masalah tetapi satu lagi cabaran yang perlu di atasi...) dan dia dengan hal dia. Kami saling sokong-menyokong dan dorong-mendorong. Kitty rasa banyak baiknya dikelilingi orang-orang yang rapat dengan kita. Tidaklah Kitty tenggelam dalam perasaan sendiri..

Dalam pada itu, Kitty cuba menyingkap apakah rahsia di sebaliknya... Mesti ada hikmah, rahsia yang tersembunyi... Setelah menung-menung sendiri Kitty dapat rasa, hubungan Kitty dengan anak-anak Kitty menjadi lebih erat dan akrab. Lebih saling memahami dan menghormati terutamanya dengan dua orang anak remaja Kitty yang masih berada dalam zaman transisi. Remaja - zaman gawat yang penuh pancaroba! Mereka tidak mahu dilayan seperti kanak-kanak dan tidak mahu pula bertindak seperti orang dewasa. (Zaman yang buat ramai kepala ibubapa berpusing-pusing .. hehehe)

Nampaknya sekarang, alhamdulillah. Anak-anak remaja Kitty sudah semakin faham setelah Kitty jelaskan kenapa mereka tidak boleh buat begitu dan tidak boleh buat begini. Selain itu Kitty minta bantuan pihak ketiga - orang mereka kenal dan sayang seperti pakcik atau makcik untuk tolong menasihati mereka. Syukur sangat-sangat. Ternyata ada perubahannya. Kitty nampak mereka sudah semakin matang dan dewasa.

Dan satu lagi, Kitty sudah mula menulis semula... (Welcome back to me!) Agak lama Kitty meninggalkan bidang penulisan. I love writing. Tapi apabila meninggalkan dunia kewartawanan, Kitty jadi tiada tujuan untuk menulis. Kini Kitty kembali. Kitty hanya mengharap penulisan Kitty ini dapat membawa  kebaikan dan manfaat.

Dulu Kitty anggap knowledge is power. Sebenarnya ia tidak akan jadi power kecuali jika ia diguna bermanfaat kepada orang lain (harap manfaat yang baik-baik aje ye...).

Sign off now...
Jumpa lagi.




Kalau Suka LIKE le..

No comments:

Post a Comment

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping