Free blog ping

Monday 26 November 2012

Daripada pencuci pinggan kepada jutawan

Ini dia kad jemputan dari Encik dan Puan F..

Pagi tadi Kitty menerima kunjungan mengejut seorang klien Kitty, Encik A dan isterinya, Puan F, ke rumah. Mereka datang untuk memberi kad jemputan perkahwinan anak sulung perempuan mereka yang bakal berlangsung 2 Disember 2012 ini.

Yang menariknya mengenai pasangan ini, mereka adalah satu-satunya klien Kitty yang sanggup menghantar cek RM100,000 ke rumah (malam-malam lagi...) semata-mata untuk membuat pelaburan dalam saham amanah. Klien-klien lain biasanya akan berurusan di pejabat ataupun di mana-mana tempat appoinment yang dipersetujui.

Yang membuatkan Kitty teruja untuk berkongsi cerita mengenai mereka adalah bagaimana mereka boleh menjadi jutawan pada usia awal 40an. Bukan jutawan segera tetapi jutawan yang bermula dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan.

Cerita Encik A sungguh menarik. Setelah tamat tingkatan lima, dia terima masuk ke sebuah universiti awam di Kuala Lumpur. Pemergiaannya diiringi harapan menggunung keluarga namun hajat itu tidak kesampaian apabila tahun pertama saja Encik A sudah terkandas dalam pelajaran.

Seperti yang diceritakan pada Kitty, dia malu untuk pulang ke kampung apalagi sebelum pergi keluarga saya siap buat kenduri. Satu kampung tahu dia diterima belajar di universiti. Tak sanggup dia berdepan dengan orang kampung dan berkemungkinan keluarganya juga mendapat malu berikutan kegagalannya itu.

Dari Kuala Lumpur, Encik A menaiki bas ke Kelang untuk mencari pekerjaan. Dia diterima bekerja sebagai pencuci pinggan-mangkuk di sebuah kedai makan. Berkat kegigihan dan kesungguhannya bekerja, dia dinaikkan bertahap-tahap daripada pencuci pinggan kepada pembancuh air sehinggalah sebagai penjaga cashier.

Tauke kedai makan berkenaan memberi sepenuh kepercayaan kepada Encik A. Dia diajar semua selok-belok pengurusan kedai makan. Kerajinan dan kejujurannya menambat hati tauke kedai makan itu lantas Encik A dijodohkan dengan anak gadisnya.

Setelah berkahwin, Encik A tidak mahu terlalu bergantung hidup pada keluarga mentuanya. Dia memohon berniaga di kantin-kantin sekolah dan juga pejabat-pejabat kerajaan. Dari satu sekolah ke satu sekolah, dia berniaga. Berikutan rekod perkhidmatannya yang bagus (beberapa kali kantinnya menerima anugerah kantin terbaik di Selangor) tidak sukar dia untuk meyakinkan pihak sekolah.

Bagaimana cara dia menggandakan pendapatannya?

* Encik A dan isterinya berpecah menguruskan kantin masing-masing. Encik A menguruskan kantin sekolah di Shah Alam manakala isterinya pula di Subang Jaya.

* Encik A dan isteri membeli tanah dan mendirikan rumah sewa di atas tanah berkenaan. Mereka kini mempunyai lebih 20 pintu rumah sewa yang disewakan kira-kira RM400 sebulan.

* Mereka juga menyewakan tapak tanah kepada sebuah syarikat pengangkuta untuk dijadikan depot lori.

* Mereka juga memajak tanah mereka kepada syarikat telekomunikasi yang membina pencawang dengan pajakan antara RM3000 ke RM5000 sebulan.

Kitty melihat Encik A dan Puan F biasa-biasa saja. Di hadapan banglo mewah mereka dibina rumah persinggahan berkonsep hotel yang dijadikan tempat tinggal saudara-mara yang datang bertandang.

Banyak yang Kitty pelajari daripada Encik A. Antaranya:

1. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Kegagalan itu menyimpan hikmah tersendiri - menutup satu pintu dan membuka pintu lain yang lebih luas lagi.
2. Fokus dan komited mencapai matlamat.
3. Bijak merebut peluang.
4. Memahirkan diri dan menjadi pakar dalam satu-satu bidang.
5.. Membuat perancangan kewangan - bagaimana wang yang ada dapat menjana lebih pendapatan.
6. Tidak bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan.
7. Mempunyai multiple stream of income khususnya income pasif (daripada sewa rumah dan pajakan tanah).
8. Mengagihkan simpanan tunai dalam beberapa kantung pelaburan bagi memaksimumkan pulangan.


Kalau Suka LIKE le..

Friday 23 November 2012

Seringgit yang berharga

Berapa harga nasi lemak sekarang?


Tips kewangan # 1: Menabung. Mulakan sekarang biarpun dengan seringgit!

Mungkin ada yang akan berkata: Seringgit? Berapa sangatlah nilainya...

Zaman ini, seringgit memang tidak bernilai. Ada orang tak pandang pun duit seringgit. Apa yang dapat dibeli dengan duit seringgit?

Sebungkus nasi lemak biasa yang nasinya setengah cawan, sambal dengan dua-tiga ekor ikan bilis dan 1/4 telur harganya lebih seringgit. Seringgit dapatlah beli dua biji karipap yang harganya 40 sen sebiji.

Di kampung, seringgit masih dapat lagi 3 biji kuih. Kalau makan karipap di Killiney's, sebiji karipap (saiznya besar sikit) harganya sudah lebih seringgit...Pendeknya seringgit memang tidak boleh hendak dibawa ke mana-mana. Cukup setakat beli kuih untuk alas perut saja..

Namun begitu jangan pandang rendah pada satu ringgit. Satu ringgit jika disimpan setiap hari, satu bulan akan     menjadi RM30. Jika disimpan setahun akan terkumpul RM360. Bagaimana jika disimpan 10 tahun atau 15 tahun? Mungkin jumlahnya tidak begitu banyak, namun jika mempunyai simpanan atau tabungan antara RM3600 ataupun RM5400, banyak yang boleh digunakan dengan duit itu..

Tidak kisahlah jika kita tidak didedahkan mengenai pengurusan kewangan paling asas ini di sekolah. setelah habis belajar dan bekerja. Sebahagian kecil wang gaji seharusnya disimpan dan ditabungkan. Jika bergaji kecil, simpan RM30 ke RM50 sebulan. Simpan dan lupakan. Jangan terlalu difikirkan kerana ia akan membuatkan kita rasa tergoda dan ingin berbelanja.

Jika ingin membeli sesuatu, buat pula tabungan lain khusus untuk mendapatkan barang yang kita inginkan itu. Jangan dicampur-adukkan kedua-dua. Simpanan yang dilupakan itu adalah untuk memenuhi matlamat jangka masa panjang (tak kiralah apa pun matlamat kita - untuk beli rumah ataupun sekadar simpanan hari tua) manakala tabungan lain itu pula untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek (deposit kereta, duit hantaran  kahwin ataupun beli gadget-gadget yang kita suka).

Jadikan menabung ini sebagai satu amalan. Jika ia sudah menjadi sebahagian daripada tabiat, menjadi satu kelaziman jika tidak menabung sebulan terasa diri kita seolah-olah ada yang tidak kena. Menabung ini banyak kebaikannya. Antaranya:

* menyuntik semangat pada diri - penghargaan untuk diri sendiri
* meningkatkan self-worth (nilai kendiri)
* berkeyakinan
* hidup lebih tenang dan ceria
* mempunyai matlamat yang jelas dan terancang
* hidup lebih teratur.

Bagaimana menabung tanpa merasa duit keluar daripada poket?
1. Tentukan berapa banyak yang ingin anda simpan sebulan. Mulakan dengan jumlah yang selesa dan tingkatkan sedikit demi sedikit. Mungkin mulakan 5% dulu daripada jumlah pendapatan anda.

2. Tentukan di mana wang itu ingin anda simpan - akaun simpanan biasa, Tabung Haji, ASB ataupun saham amanah. Buat perbandingan pulangannya dan nilai tahap risiko anda. (Ada baiknya jika anda dapatkan nasihat daripada perunding kewangan)

3. Buat Arahan Tetap Bank (Auto-debit transaction) dan pada tarikh yang ditetapkan secara automatik wang anda akan dimasukkan dan terkumpul dalam akaun berkenaan.

4. Jika menyimpan sendiri, pastikan anda mempunyai disiplin yang tinggi, komited dengan matlamat anda untuk menyimpan.


Kalau Suka LIKE le..

Thursday 22 November 2012

Fenomena beruang kutub

Beruang yang baru keluar dari hibernasi...hehehe..

Ye!!! Berjaya! Akhirnya Kitty  berjaya mengeluarkan diri daripada fenomena 'beruang kutub'. Bagi yang pernah mengalaminya memang akan terasa betapa bahagianya apabila berjaya membebaskan diri daripada fenomena yang kurang memberangsangkan itu.

Beruang kutub adalah satu fenomena yang agak menakut dan menggerunkan bagi mereka yang bekerja sendiri seperti Kitty. Keadaan ini berlaku apabila perasaan ingin memerap di rumah lebih menebal daripada keinginan untuk bertemu pelanggan. Boleh juga disebut sebagai proses hibernasi - macam beruang yang hibernate masa musim sejuk yang kerjanya tiada lain selain daripada makan-tidur, makan tidur aje... hahaha... (Beruang masa hibernate makan ke? Tak rasanya kan?...Tak kisahlah apa-apapun tapi manusia macam Kitty memang kena makan....)

Tamat aje tempoh tu... memang rasa lega. Lapang dada. Bolehlah sambung semula tugas-tugas yang ditinggalkan... Nasib baiklah kerja sendiri. Kalau kerja dengan orang lain, mesti kena buang kerja... alahai..

Apa-apapun Kitty rasa bersyukur. Ada kalanya kita perlu waktu untuk buat refleksi dan renungi. Boleh juga dianggap sebagai tempoh bertenang - mengumpul semangat menguatkan azam dan merangka strategi supaya bangun lebih mantap.

Jiwa manusia ni macam pasaran saham. Ada turun dan naiknya. Cuma sendiri mahu ingat bila harus bangun dan melantun kembali. Bagi Kitty lonjakkan perlu dibuat apabila timbul rasa bosan berhibernasi!

Tips lonjakan semangat bagi yang bekerja sendiri:
1. Tetapkan berapa lama tempoh maksimum untuk berhibernasi (dua-tiga hari, seminggu atau dua minggu). Bagi masa pada diri sendiri untuk bersantai-santai dan bermalas-malas sehinggakan timbul rasa bosan duduk di rumah.

2. Gunakan masa itu untuk menilai semula prestasi diri - kelemahan dan kekuatan dan setakat mana sudah tercapai matlamat yang ditetapkan.

3. Fahami kenapa anda berhibernasi. Kebiasaannya kerana anda merasa selesa dengan kehidupan yang ada,  ingin bersenang-senang, tiada matlamat yang jelas ataupun matlamat yang dirancang itu sudah tercapai. Justeru, anda berasa tiada apa lagi yang perlu anda kejar.

4. Besarkan impian dan keinginan anda. Bila impian terlalu kecil, anda tidak lagi begitu teruja untuk mendapatkannya. Cabar diri anda dengan membina impian yang besar dan berusaha untuk merealisasikannya dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Akhir sekali, tanyakan pada diri anda apakah sumbangan anda kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara? Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan bermakna yang sekalipun tidak dihargai oleh orang lain, anda puas melakukannya kerana anda sudah memberikan yang terbaik?

6. Hidup untuk memberi. Harapkan ganjaran hanya daripada Allah swt.


Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 21 November 2012

Freezer meals - bergedil

Bergedil daging korban

Assalamuaikum dan salam ceria.

Sudah lama Kitty merancang untuk buat bergedil daging berikutan masih lagi banyak daging korban yang disimpan dalam peti sejuk. Semalam merancang untuk buat tapi tidak kesampaian. Sekadar kupas kentang aje.. (Ish...ish...ish.. apalah nak jadi kat Kitty... bila datang angin kus-kusnya semuanya tak menjadi...hihihi...)

Apa-apapun misi untuk membuat bergedil kentang diteruskan hari ini. Hasilnya jadilah bergedil yang comel-comel... sekali ngap aje...

Sebelum digoreng...
Bergedil ini memang Kitty rancang untuk disejukbekukan. Macam juga daging beriyani (itupun guna daging korban juga!) yang masih lagi belum lengkap setnya untuk dimakan. Untuk makan bersama daging beriyani, Kitty rancang untuk buat acar buah (teringat pada acar buah air tangan arwah mak mentua Kitty - memang tersangat sedap dan bila buat acar buah saja, arwah mak mesti simpankan sikit untuk Kitty bawa balik... Sekarang ini susah nak jumpa acar buah yang sesedap itu....). Bila cukup setnya barulah Kitty cadang untuk masak nasi beriyani... (Bila tu?... Tak taulah...  Kena tanya anak tekak dulu...hihihi..)

Bila buat freezer meals ni, Kitty rasa lebih mudah... banyak masa terluang yang boleh Kitty manfaatkan untuk buat perkara lain. Setiap hari memang Kitty masak tetapi cuma masak nasi dan satu atau dua jenis masakan saja. Setiap kali masak lauk-pauk, Kitty akan gandakan hidangannya. Satu untuk dimakan dan satu lagi untuk disejukbekukan. Tempoh persediaan masakannya sama saja... Siap saja Kitty akan letakkan dalam bekas aluminium - setiap satu untuk sekali makan.

Bergedil ni Kitty rancang sebagai side dish soto. Jadi buat dulu, bergedilnya dan bila teringin nak makan soto, tinggal rebus nasi impit dan buat kuah soto. Kacang tanah goreng dah ada tinggal goreng suhun dan daging ayam yang disiat-siat saja. Bagi yang teringin nak buat bergedil, ini resipinya... (maaflah... Kitty copy and paste aje...)

Resipi asal: ratnamurniwati @MyResipi
Olahan: Kittymuiza

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang (Kitty guna 5 biji kentang)
  • segenggam daging cincang ramly(Kitty guna secawan daging korban yang direbus dan dikisar kasar)
  • daun sup dicincang halus (Kitty guna daun bawang aje - itu yang hubby beli)
  • 5 sudu besar bawang goreng (Kitty guna satu cawan)
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah (Kitty guna satu sudu besar lada hitam -ditumbuk halus)
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Disejukkan dulu sebelum disimpan..

Tips menyimpan:

Kitty akan sejukkan terlebih dulu sebelum tutup dengan aluminium foil. Simpan dalam freezer dan bila ingin makan, keluarkan dari freezer dan letak dalam peti ais sebelah bawah. Biarkan ia defrost secara perlahan-lahan. Ataupun anda boleh letakkan di luar (dalam tempoh dua-tiga jam) sebelum dipanaskan.

Untuk memanaskannya, biasanya Kitty lebih suka gunakan wap. (Kitty didihkan air dalam periuk leper dan tutup. Biarkan ia mendidih 10 atau 15 minit. Jika makanan itu sudah didefrostkan terlebih dulu, tempoh memanaskannya lebih singkat.

Bagaimana memastikan makanan sudah sedia untuk dimakan?
Sentuh bahagian penutup bekas aluminium itu. Jika bahagian tengahnya terasa sejuk menandakan kepanasannya masih belum sekata.

Kalau Suka LIKE le..

Monday 19 November 2012

Freezer meals: 20 Minutes Family Meals!


Ini dia stok freezer meals Kitty...

Semuanya bermula sekembalinya adik perempuan Kitty daripada Tanah Suci 6 November lalu. Kami sekeluarga berpakat membuat kenduri doa selamat pada malam yang sama dengan menjemput jiran-jiran, jemaah surau dan keluarga terdekat. Kebiasaannya apabila buat majlis makan-makan, Kitty suka masak sendiri tapi kali ini Kitty order saja Nasi Ambeng daripada Kak Sariah yang berniaga gerai makan di Teluk Panglima Garang, Klang.

Nasi Ambengnya memang sedap. Cukup serba-serbinya dengan lauk pilihan (Kitty pilik ayam masak kicap dan ayam masak merah), sayur campur, mi goreng, ikan masin, serunding, kacang tanah dan nasi putih. Mulanya Kitty fikir nak bungkus-bungkus aje tapi hubby kata, elok buat hidang. Bagus juga cadangan hubby tu. Bukannya apa, selalunya bila beli nasi ambeng, tiga bungkus aje sudah cukup kami sekeluarga 6 orang. Kalau beli empat bungkus mesti berbaki. Kitty memang tak suka bab bazir-membazir ni...

Memang Kitty dah agak... mesti banyak lebih. Order untuk 80 orang tapi nasinya saja dua termos besar... Begitu juga dengan lauk-pauk dan makanan lain... Esoknya mulalah Kitty pening kepala nak buat macam mana dengan nasi yang berlebih-lebih tu... Itu pun sebahagiannya sudah Kitty bungkus sekali dengan lauk-pauk untuk bekal saudara-mara bawa pulang... tapi masih lagi banyak yang berbaki..

Kitty terfikir untuk frozen atau disejukbekukan... Kitty pek dalam plastik dan letak semuanya dalam freezer. Untuk lihat bagaimana keadaan makanan setelah disejukbekukan... tidak menghampakan. Kitty keluarkan nasi yang ingin dimakan dan biarkan pada suhu bilik, lepas tu Kitty masukkan dalam periuk nasi. Nasi bila disejukbeku, ia agak kering sikit. Jadi, Kitty letakkan sedikit air dan biarkan ia panas. Nasinya elok dan tak soggy. Malah boleh bertahan sehingga ke petang dan masih lagi elok keesokkan paginya..

Cuma bila nak disejukbeku, nasi tu perlulah dimasak sedang elok. Jika nasinya lembik memang tak elok untuk disimpan. Nasi lembik yang berlebih boleh juga disejukbeku, boleh buat cucur nasi...

Udang telur dan sambal udang petai ni stok terbaru yang Kitty buat semalam..

Itulah permulaannya bagaimana Kitty mula buat freezer meals. Rupa-rupanya freezer meals ni bukanlah sesuatu yang asing di Barat.Dah lama mereka buat... Masa awal tahun 90an dulu pun Kitty pernah juga buat freezer meals ni... Sabtu atau Ahad Kitty guna untuk masak 5-6 jenis resipi dan letak dalam freezer. Cumanya masa tu Kitty guna bekas plastik. Yang agak leceh sebab nak kena defrost dulu... itu yang ambil masa. Masa tu tak terfikir pulak cara terbaik untuk defrost kannya...

Bila dah jumpa cara terbaik untuk defrost, Kitty rasa sangat berbaloi. Dalam stok freezer Kitty ada sambal udang petai, udang goreng telur, beriyani daging, ikan pelata sambal cili padi, kari ayam, sotong kicap, ayam masak kicap, ayam masak merah, sup ayam dan untuk pencuci mulut, Kitty ada pengat pisang dan serawa durian.

Bila nak makan, keluarkan saja dari freezer dan didihkan dalam air selama 15 ke 20 minit. Siap. Jimat masa. Jimat tenaga dan jimat wang. Bila letak dalam magkuk hidang anak-anak tak tanya pun ini lauk masak bila. Yang selalu Kitty tanya, malam ni nak makan apa? Pilih aje menu yang ada. Panaskan dan hidang. Kalau nak tambah, setakat goreng sayur simple-simple. Mudah dan banyak membantu Kitty...

Senarai freezer meals yang Kitty tulis di white board... lengkap dengan cara memasak lagi...  Cara masak freezer meals untuk breakfast lain ye....


Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 3 July 2012

Udang Butter Prawns

Percubaan ketiga... menjadi..


Assalamualaikum dan salam Selasa yang ceria...
Sebenarnya sudah lama Kitty teringin nak buat sendiri Udang Butter Prawns ni.. Sudah juga mencuba beberapa kali tapi masih juga tidak menjadi nak buat flossnya. Pertama kali buat, macam telur dadar je.. kali kedua ada lah berjurai-jurai tapi kasar-kasar.. dan rasanya ini percubaan ketiga, barulah nampak macam Butter Prawns yang Kitty dan keluarga suka makan di Restoran Mohd Chan tu... Itupun setelah jenuh singgah kat Youtube Chef Peter Pang dan juga jalan-jalan di beberapa blog seperti blog Chef Kamarul.

Rupanya taklah susah sangat nak buat Butter Prawns ni... Hanya perlu tahu teknik nak buat floss tu je... yang lain kira kacang je.. Sesiapa yang nak cuba buat Butter Prawns.. Kitty kongsi resipinya di sini.

Butter Prawns
Resipi: Chef Kamarul

Bahan-bahannya:
8 ekor udang besar (Kitty guna udang yang sederhana besarnya... itu aje yang ada)
2 biji kuning telur pukul sedikit (Kitty guna tiga...nak banyak floss lah katakan..hehehe..)
4 biji cili padi dipotong-potong (keluarga Kitty suka pedas, so Kitty gandakan...)
1 tangkai daun kari
3 sudu besar butter + 2 sudu besar
1 cwn susu cair
1sudu besar bawang merah dicincang (Kitty tak letak)
1 sudu kecil bawang putih (Kitty guna 3 ulas)
1 sudu besar minyak masak + untuk menggoreng
perasa - sedikit garam dan gula

Caranya:
 Langkah pertama: Untuk membuat flossnya. 
1. Panaskan kuali, masukkan 3 sudu besar butter dan 1 sudu besar minyak bagi mengelak butter menjadi hitam. 
2. Menggunakan senduk bulat, buat putaran pada minyak dan tuangkan kuning telur dari atas (nampak macam bertali) dan terus buat putaran pada minyak tadi sehingga kuning telur habis. Teruskan berputar sehingga kuning telur berbuih dan nampak kekuningan. Angkat, tapis dan tekan-tekan floss tadi agar sejat minyaknya. Ketepikan.
Langkah kedua:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kuning keemasan, angkat dan tapis.
Langkah ketiga:
1. Panaskan 2 sudu besar butter, masukkan bawang merah dan bawang putih, cili padi dan daun kari. Perasakan dengan garam dan gula dan tuangkan susu cair. Tunggu hingga agak pekat dan masukkan udang. Gaul rata dan agak kering. Angkat, letakkan dalam pinggan dan taburkan floss tadi. Siap.

PS: Memang enak.. sebabnya anak Kitty tak henti-henti duk buka tudung saji curi-curi makan flossnya... Hidangan ini untuk sajian buka puasa hubby Kitty semalam...

Simple je untuk buka puasa hubby... tumis bayam dan udang butter prawns..


Kalau Suka LIKE le..

Monday 2 July 2012

Nasi Arab Temerloh

Mak dan bapa... masing-masing tengah lapar..

Ini dia lauk Nasi Arabnya.. (dari atas kiri): kari rusa, kari ayam  kampong, pajeri nenas, gulai kambing..

Memang lapar sungguh nampaknya sampai tak cukup lauk...order kemudian..  ayam goreng kampung dan pedal -hati ayam

Assalamualaikum dan salam Isnin yang gemilang..
Semalam Kitty dan hubby hantar emak dan bapa balik ke Jengka 23, Temerloh. Letih sungguh rasanya memandu berjam-jam. Selalunya dalam tempoh dua jam saja Kitty dah sampai ke rumah tapi semalam lama sungguh rasanya di jalan. Empat jam... mengalahkan masa raya pula. Ada kemalangan rupanya...

Yang buat Kitty rasa terkilan sikit sikap betapa tak prihatinnya sebilangan pemandu Malaysia ni.. Bila accident, kalau nak bergaduh atau bertekakpun tak perlulah di tempat kejadian. Alihlah kenderaan itu ke bahu jalan. Lepas tu bolehlah bertekak puas-puas.. Fikirkanlah mengenai pemandu-pemandu lain. Kitty tengok kedua-dua kereta elok saja.. cuma kereta Nissan Silphy (betul ke ejaannya ni?..) kemek sikit kat bumper belakangnya. Kereta Kelisa biru yang menyondolnya tak taulah rosak apa... Mana nak nampak maghrib-maghrib... hujan pula tu..

Bila terlalu lama di jalanraya kepala Kitty mula pening. Orang kata mabuk darat... Ish..ish..ish apala nak jadi kat Kitty ni...

Kisah tengahari - masa hantar bapa kami sengaja exit Temerloh sebab bapa nak pekena gulai tempoyak ikan patin dan sotong masak hitam di restoran Kamisah... yang sebelah stesyen minyak tu... Restoran tu memang famous. Sultan Pahang pun pernah singgah makan di situ... Kitty selalu juga singgah makan. Lauk-lauknya memang terbaik... Sedia aje duit seratus-dua untuk bayarnya.. tapi memang sedap dan sangat puas hati...

Kitty ingat lagi restoran tu memang tak buka Sabtu dan Ahad tapi sebab bapa teringin nak makan sedap, Kitty layan ajelah.. manalah tau restoran tu dah ubah waktu operasinya...Sah. Tutup. Jadi kami lalu saja. Kenalah cari tempat makan lain untuk isi perut..

Sebelum ni Kitty memang sudah pernah nampak banner Nasi Arab di tempat ni tapi tak pernah cuba... Jadi untuk makan tengahari, kami singgah makan di sini.

Selera sungguh bapa makan...
Berbeza sungguh dengan Nasi Arab yang biasa Kitty makan di Shah Alam. Nasinya berempah... lebih mirip kepada Nasi Bukhari. Lauknya juga bukan daging biasa tapi lebih kepada masak kari dan yang paling menariknya ada pajeri nenas... (Bilalah pulak Pak Arab makan pajeri nenas...) Apapun makanannya boleh tahan... licin semua nasi dan lauknya... kategori sedaplah tu... Kosnya empat orang makan sekali dengan air teh-O limau baru je RM32.00... 







Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 20 June 2012

Nasi goreng Pataya Farhat

Nasi Goreng Pattaya Farhat

Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh rasanya tidak menjengah blog sendiri.. Terasa teramat rindu untuk menulis lagi.Seminggu-dua ni Kitty memang sibuk sikit. Banyak perkara yang berlaku dan banyak benda yang perlu diuruskan. Bila keadaan agak lapang barulah boleh nak menghadap laptop semula.. Jika tak, menghadap laptop hanya untuk update klien dan buat kerja...

Tengahari ni Kitty ada appointment lagi di KL. Apa yang perlu Kitty tinggalkan untuk makan tengahari anak bongsu Kitty? Buat nasi goreng pattaya lah... lagipun dah janji dengan Farhat nak buat nasi goreng tu..Apalagi Kitty pun masaklah nasi... Nasi semalam dah habis..lagipun kalau nasi semalam tak boleh nak tahan sampai petang...

Jika ada sesiapa yang nak buat nasi goreng pattaya, ini resipinya...

Bahan-bahannya:
3 cawan nasi
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 cwn sayur campur (ini ikut suka, jika suka banyak letak banyak)
cili padi (potong-potong)
2 cili hijau (potong-potong)
5 batang crab stick (potong-potong)
1/2 kiub ikan bilis
garam secukupnya
3 biji telur
sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan bawang putih, cili hijau dan cili padi, goreng sehingga naik baunya.
2. Masukkan sayur campur dan crab stick yang sudah dipotong. Kemudian masukkan garam dan kiub ikan bilis.
3. Setelah itu, masukkan nasi dan kacau hingga sebati. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan telur dan campurkan sedikit garam.
5. Panaskan kuali (lebih mudah guna kuali leper) dan sapukan dengan minyak. Tuangkan sebahagian telur yang telah dipukul tadi dan dan layangkan seperti membuat lempeng. Bila telur hampir masak, masukkan nasi goreng tadi dan lipat.
6. Untuk memudahkan mengangkatnya, tangkupkan pinggan di atas kuali dan terbalikkan.. Walla... dah siappun...
Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 6 June 2012

Kantonis Ee Mee mudah..

Kantonis Ee Mee yang ringkas..
Dua tiga hari ini selera Kitty pada nasi berkurangan. Rasa jemu pula sebab hari-hari makan nasi! Nampaknya kes beratlah tu... tapi Kitty memang selalu begitu. Masa study dulupun terutamanya masa tangan exam, ada masanya Kitty memang tak makan nasi. Kalau makanpun ciput je... sekadar untuk isi perut. Sebagai penggantinya, Kitty akan minta mamak goreng telur mata kerbau dua biji (kesian kerbau tu dah tak ada mata...kahkahkah) dan buat air holicks panas satu mug. Telur tu makan dengan kicap. Burppp! Kenyang... Senangkan?

Bila sudah tiada selera, mulalah kepala berfikir nak buat apa. Semasa beli barang dapur itu hari Kitty ada beli sebungkus Ee mee (Claypot Ee Mee). Sengaja sedia untuk masa-masa macam ni... Buat Kantonis Ee Mee lah... Lagipun semua bahan-bahan dah ada.. Senang saja nak buatnya.. Jika ada yang ingin mencuba, ini resipinya:

Bahan-bahannya:

Sebungkus Ee mee (cukup untuk makan lima orang)
4 ulas bawang putih (diketuk dan cincang halus)
3 batang park choy (potong anggaran satu inci dan asingkan batangnya)
5 biji telur
10 ekor udang sederhana besar
1 atau 2 kiub ayam (Kitty guna kiub ayam Maggi)
garam secukup rasa
6 cawan air
minyak untuk menumis
2 sb tepung jagung
sedikit lada sulah (ikut suka tapi Kitty tak letak pun)

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan kacau sehingga naik baunya.
2. Masukkan air dan biarkan sehingga hampir mendidih sebelum dipecahkan telur ke dalamnya.
3. Masukkan kiub ayam, batang park choy, garam dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Biarkan menggelegak.
4. Akhir sekali masukkan udang dan daun park choy tadi.
5. Cara menghidangnya: Letakkan sekeping Ee Mee dalam mangkuk dan tuangkan kauhnya tadi. Siap. Enak dimakan bersama cili padi potong dan kicap.

Resipi yang mudah, ringkas, menyelerakan dan kenyang dimakan. Itulah hidangan makan malam Kitty sekeluarga malam tadi...



Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 5 June 2012

Advance reward atau bikin hutang?


Sebenarnya sudah lama teman baik Kitty meminta Kitty menulis mengenai isu ini. Isu yang sering bermain di kepala otaknya sejak berbelanja sakan ketika melancong ke Eropah, April lalu. Lama Kitty memikirkannya barulah tergerak jari untuk mengetuk papan kekunci komputer ni... Bukannya apa, bimbang jika tersalah tulis ada pula yang terguris ataupun terasa hati...

Persoalan yang ingin diperkatakannya adalah advance reward... atau bikin hutang?

Sebilangan orang menganggapnya sebagai advance reward. Hadiah untuk diri sendiri; penghargaan pada diri; tanda sayangi diri; manjakan diri. Yang semuanya menuding pada satu - berbelanja untuk diri sendiri. Sekali-sekali berbelanja untuk diri sendiri memang baik sebagai galakan, ransangan, motivasi ataupun penghargaan. Tetapi jika berbelanja berhabis-habisan dan membayarnya kemudian, adakah itu satu ganjaran ataupun satu penyiksaan?

Mungkin ramai yang tidak sependapat dengan Kitty. Jika suka apa salahnya beli dulu dan bayar kemudian? Memang tidak salah. Lagipun bank memang pun bagi kad kredit kepada pelanggan yang layak (juga yang tidak layak) supaya pelanggannya boleh berbelanja dulu dan membayarnya kemudian. Bila guna, mesti bayar dan pastinya ada faedah! Kecuali jika bayaran dibuat dalam tempoh tanpa faedah yang biasanya 20 hari!

Dan bank juga memberi kemudahan pendahuluan tunai daripada kad kredit. Pergi saja ke mana-mana mesin ATM. Cucuk saja kad kredit, pasti dapat duit. Yang ini, bukan saja dikenakan caj kewangan malahan dikenakan yuran pendahuluan tunai. Transaksi jenis ini, tiada tempoh tanpa faedah. Caj kewangan dikira bermula dari tarikh pengeluaran.

Cuba perhatikan jadual di bawah - tempoh bayaran balik dan jumlah faedah yang dikenakan jika hanya membayar amaun minimum 5 % setiap bulan baki belum jelas. Sebagai contoh, jika baki belum jelas RM1,000 dan hanya bayaran bulanan minimum dibuat. Masa diambil untuk menjelaskan semua hutang adalah 5.8 tahun dengan jumlah faedah RM382, berdasarkan kadar faedah 18% setahun. Tinggi tu...


Berbalik pada isu advance reward tadi... Berbaloi ke berhutang beribu-ribu semata-mata kerana mahu dilihat 'engkau ada, aku pun ada' (beli barangan berjenamalah tu...) dan kemudian mengeluh sakit poket berbulan-bulan...ish...ish...ish..

Jika tanya Kitty, terus terang Kitty tak sanggup... Sakit jiwa rasanya nak lunaskan hutang-piutang ni apalagi hutang kad kredit yang mencanak-canak tinggi kadar faedahnya..  Jika dibeli secara tunai, menabung sedikit demi sedikit pada Kitty lebih berbaloi. Kepuasan memilikinya juga berlainan...

Kad kredit ini memang penyelamat ketika waktu kecemasan namun ia boleh bertukar menjadi penyakit jika berbelanja tanpa pertimbangan.. Jadi, timbang-timbangkanlah sendiri sebelum menggunakannya...

Pada teman baik Kitty...anggaplah RM20,000 untuk jalan-jalan dan beli beg berjenama tu sebagai advance reward. Latihan marathon untuk bekerja lebih keras pada bulan-bulan akan datang..  Mungkin ada masanya kena bagi hadiah dulu baru boleh kerja... Macam budak kecil yang perlu diberi gula-gula... hehehe..
Kalau Suka LIKE le..

Monday 4 June 2012

Ketagih menabung?


Sudah empat hari masuk bulan Jun. Bagi yang bekerja pastinya sudah menikmati upah ataupun gaji. Ada yang dapat gaji 25hb. Ada yang dapat betul-betul hujung bulan dan ada juga yang dapat gaji  7 haribulan! Tak kiralah bilapun dapat gaji. Yang penting ada gaji dan dapat gaji!

Kitty nak tanya.. bila dapat gaji selalunya bagi siapa dulu? Bagi diri sendiri ataupun bagi bank untuk bayar ansuran kereta, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi ataupun bagi pada pasaraya, kedai runcit, butik pakaian; tadika, bas sekolah dan apa-apa lagilah yang perlu dibayar...

Masa Kitty bekerja dulupun, bila hendak masuk saja awal bulan mulalah buat kira-kira. Agih sana, agih sini. Tolak sana, tolak sini dan akhir sekali barulah tengok apa yang ada untuk diri sendiri. Patutlah bila bertahun-tahun bekerja, tak nampak pun duit simpanan berganda. Rupa-rupanya pengurusan kewangan tak berapa bijak. Justeru, simpanan pun tak berapa banyak!

Sengaja Kitty ingin berkongsi cerita... Kitty memang suka borak-borak dengan Encik-Encik Jaga (sekuriti guard) masa di tempat kerja lama. Sembang-sembang sebelum pergi makan ataupun ketika nak balik kerja. Tanyalah bagaimana mereka bekerja, berapa pendapatan mereka, bagaimana dengan kenaikan gaji... bla..bla..bla...dan banyak lagi..

Yang menarik perhatian Kitty apabila seorang Encik Jaga ini memberitahu, dia ada simpanan lebih RM100,000 dalam ASB! Wow! Banyak tu... Apalagi, Kitty pun koreklah rahsia...

"Setiap bulan saya mesti simpan duit gaji sekurang-kurangnya 20 peratus daripada gaji saya... Isteri saya pun sama...
"Dalam hal duit ni, kami memang sepakat... kami berbelanja macam orang lain juga tetapi keutamaan kami adalah menyimpan..." katanya.

Setiap bulan dia dan isteri akan menyimpan dan sekiranya dapat bonus, bonus itu juga akan disimpan. Setiap tahun bila ada kenaikan gaji, kenaikan gaji itu turut disimpan. Alasannya mudah. Jika sebelumnya mereka sekeluarga boleh hidup dengan perbelanjaan RM2500 sebulan, kenapa bila naik gaji mereka perlu meningkatkan perbelanjaan? Lebih baik duit lebihan itu disimpan..

Pada pandangan Kitty memang itulah yang sebaik-baiknya.. Sebelum bayar orang lain, patut bayar diri sendiri dulu sebagai ganjaran peribadi. Apabila melihat simpanan semakin bertambah setiap bulan, self-worth sendiri akan meningkat... Rasanya itu ganjaran terbaik untuk diri sendiri. Bukannya habis bulan habis gaji!...

Sekadar berkongsi tips kewangan yang Kitty pelajari...

1. Amalkan nisbah 60:40
2. Gunakan 60 % gaji untuk perbelanjaan bulanan (termasuk hutang kereta, kad kredit, rumah, perbelanjaan                harian, wang saku anak-anak, yuran tadika, tuisyen, bil-bila, petrol dsbnya..)
3. Gunakan 40 % daripada gaji sebagai simpanan:
    a. 10 % simpanan jangka panjang (akaun kedua untuk persaraan)
    b. 10 % simpanan jangka pendek (untuk kegunaan antara dua ke lima tahun contohnya untuk beli kereta, berkahwin ataupun membeli rumah)
    c. 10 % simpanan kecemasan (sekurang-kurangnya 3 bulan perbelanjaan bulanan atau lebih baik lagi jika ada tabungan untuk 6 ke 12 bulan)
    d. 10 % untuk hiburan, melancong, lain-lain perbelanjaan.

Jika nisbah 60:40 itu terlalu besar, mulakan dengan jumlah yang selesa dulu. Mungkin 10%... Lama-kelamaan, tingkatkan. Kitty sudah temui ramai yang menabung dan menyimpan. Masing-masing menyatakan, jika sebulan mereka tidak menyimpan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup mereka...

Kitty amat bersetuju dengan kata-kata mereka... menabung boleh buat kita ketagih! Kalau tak percaya, cubalah...
Kalau Suka LIKE le..

Friday 1 June 2012

Wow! Isteri ke Empatnya MJ5!


Petang semalam Kitty jumpa En Man. Saja duduk borak-borak sambil ambil salinan IC dan cap jari. Tiba-tiba En Man bersuara:
"Sekarang ni kalau nak buat loan kereta, susah betul... adik-beradik saja yang boleh jadi guarantor... Suami pun tak boleh.."
"Ya ke?.."
"Haah... my third wife nak tukar kereta...."
"Third wife?..." Melopong Kitty mendengarnya.. En Man ada berapa isteri?"
"Empat.."
"Empat? Biar betul En Man?... Seorang pun kadang-kadang tak boleh nak handle, ini pula empat... hebat tu!...
En Man hanya tersengih.
"Jadi, selama ni... saya datang jumpa En Man, memang En Man dah ada empat isterilah?...
Dia menganggukkan kepala. Sengihnya tak hilang lagi. "Dah cukup kuota..."
"Tak gaduh ke?"
"Tak. Masing-masing dah tahu.."
"Macam mana first wife En Man? Dia tak melenting ke?"
"Dia tak tahu. Setiap hari I balik rumah..."
"So, kalau balik rumah hari-hari, bagaimana isteri-isteri yang lain?"
"Pandai-pandailah...."

Kitty teringat En Man selalu cerita yang hobinya, memancing, main golf dan adakalanya buat bengkel atau seminar.... Ooo... itu dia alasannya... En Man bagi tahu semua isterinya dinikahi di sini bukannya di sempadan ataupun di seberang..

"Tak perlu dapat kebenaran isteri pertama ke?..."
"Tak. Buat saja permohonan di mahkamah.. tengok layak atau tak layak.. boleh aje kahwin..."

Mudahnya berkahwin lagi...

Untuk mengahwini isteri kedua, anak dara yang berbelas-belas tahun lebih muda darinya En Man hadapi sedikit kesukaran kerana ditentang keluarga isteri. Isteri ketiganya, anak dara tua manakala isteri keempat En Man sebut sebagai MJ5 (Mak Janda Anak Lima...)

Dua tahun En Man ambil masa untuk cukupkan kuota!

Cuma Kitty rasa kasihan pada isteri pertama... dalam senyap-senyap dia dimadukan. Bagaimanalah perasaannya bila dia dapat tahu?..

p/s: Kitty tak boleh nak komen banyak-banyak bab bermadu ni... Memang manis bagi lelaki tetapi banyak yang jadi racun bagi wanita... So, apa komen anda?...


Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 30 May 2012

8 tips cepat dapat Earnings..


Salam Satu Malaysia..
Rasanya Kitty bukan orang yang paling tepat untuk bagi tips sebab Kitty pun baru je sebulan buat blog ini. Banyak lagi perkara yang Kitty tak tahu dan harus dipelajari.  Tapi kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana earning Kitty cepat meningkat, ini yang Kitty buat...

1. Buat satu blog yang Kitty suka tulis. 
Bila buat sesuatu yang kita suka, banyak benda yang kita boleh tulis. Matlamat Kitty untuk berkongsi pengalaman dan perkara yang baik-baik saja. Money comes later tapi kalau boleh jana duit lagi bagus...

2. Belajar ilmu blogging.
Kitty banyak belajar daripada otai-otai (mereka yang lebih awal buat blog ni Kitty anggap semuanya Otai...) - bagaimana nak buat blog, cara nak tarik hati pengiklan Nuffnang, macam mana nak banyakkan trafik dan macam-macam lagi. Kitty suka singgah atau buat blogwalking. Mana yang relevan, Kitty akan gunapakai..

3.Kandungan blog dan sasaran audiens
Kandungan blog dan tarikannya kepada audiens. Pengiklan mesti nak tahu siapa sasaran audiens... macam kita juga kan sebelum nak kahwin mesti nak tahu siapa dan bagaimana rupanya calon suami ataupun bakal isteri kan?.. Mana boleh main cekup dan tangkap muat aje...hehehe..

4. Penulisan yang ringkas
Ini sekadar pandangan Kitty sebabnya penulisan yang berjela-jela, jemu nak baca. Orang sekarang nak cepat, kalau boleh straight to the point. Jika boleh diselitkan humor lagi bagus..

5. Create curiosity pada tajuk
Heading yang bagus buat orang tertanya-tanya dan ingin tahu... Bikin gempak tapi mesti relevan dengan isi.

6. Promote, promote and promote
Pada Kitty yang ini memang sangat, sangat, sangat penting. Kena rajin promote blog terutamanya blog baru macam Kitty.. Bila ada entri baru, lima tempat ni Kitty mesti promote di facebook, innit Nuffnang, ping busuk, blogged.my dan blogr.my... (sorrylah Kitty masih tak pandai-pandai lagi nak buat link dengan web page ni..)

7. Post satu atau dua entri setiap hari..
Blog baru macam Kitty kena rajin sikit sebab orang belum kenal. Biasanya Kitty akan post sebelum jam 9 pagi. Sebelum tu, Kitty akan kaji trafik. Selalunya antara jam 9 ke 11 pagi trafik Kitty meningkat berbanding waktu lain, mungkin masa ni ramai yang dah settle di tempat kerja dan ada masa lawat blog..

8. Setiap entri mesti ada gambar
Gambar penting, mampu tarik perhatian. Kitty akan pastikan setiap entri ada gambar bersesuaian. Gambar buat rekaletak (layout) kita tampak menarik. Kitty ikut konsep majalah. Kadang-kadang kita beli majalah bukan saja kerana kandungannya tapi juga gambar-gambar yang ada di dalamnya...

Setakat ini itulah saja tips-tips yang dapat Kitty kongsikan... Rasanya bukan tips-tips baru. Ramai blogger yang sudah bercerita hal yang sama. Bagaimanapun, harap ia boleh membantu... Jika ada rakan blogger yang ingin berkongsi pandangan, Kitty amat alu-alukan...



Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 29 May 2012

Chocolate cheese cake (chilled)


Lama juga dah tak makan kek keju.. Ini antara kek kegemaran Kitty tapi taklah boleh makan selalu sebabnya takut naik berat badan dan bila terlalu kerap makan boleh jadi muak...

Tapi atas desakan anak gadis Kitty, kita orang pun buatlah Chocolate Cheese Cake ni... Mudah sebab tak payah bakar. Hanya perlu simpan dalam peti ais saja... Sebenarnya ini first time Kitty buat cheese cake... Tak favour sangat buat kek sebab selalu tak menjadi... (dalam erti kata lain tak berapa pandailah tu...hehehe..) Tapi kali ni buat jadi pulak... Kredit untuk sepupu Kitty di Jeddah yang beria-ia syorkan Kitty cuba resipi ni...

Rasanya memang sedap cuma Kitty buat terlebih manis (mana taknya timbang gula main agak-agak aje...hehehe..). Cuma kali pertama buat, Kitty tak boleh nak agak berapa besar.. lain kali kena guna loyang yang bersaiz sederhana...

Ini resipinya:

Lapisan satu - biskut base
120g biskut Oreo/tiger/digestive (Kitty guna biskut Marie je..)
70g mentega

1. Hancurkan biskut, cairkan mentega dan satukan dengan biskut. Kalau guna Oreo, buang krimnya dulu baru hancurkan.
2. Tekan dalam loyang ataupun apa-apa bekas yang suka
3. Sejukkan dalam peti ais.

Lapisan dua - cream cheese
250g cream cheese
120 gula castor
150g whipping cream
1 1/2 tabsp gelatin + 60 ml air panas

4. Biarkan cream cheese pada suhu bilik
5. Putar cheese dan gula hingga kembang
6. Masukkan whipping cream dan putar lagi
7. Campurkan gelatin dengan air panas (airnya mesti betul-betul panas ye... kalau tak susah gelatin tu nak larut)
8. Masukkan gelatin dalam adunan cheese dan tuangkan adunan itu atas base biskut tadi.
9. Simpan dalam peti ais 1 ke 2 jam hingga keras.

Lapisan 3 - Chocolate Mousse
250g whipping cream
1 tbsp esen vanilla
1 1/2 gelatin + 50ml air panas
50g serbuk koko + 80g gula ising dan satukan 1/2 cawan air suam, jadikan pes

10. putar whipping cream hingga soft peak
11. Satukan semua bahan dengan kaedah kaup balik
12. Tuang atas lapisan cheese tadi dan sejukkan dalam peti ais hingga mousse keras

Lapiran 4 - Chocolate ganache
35g serbuk koko
50 g gula kastor
150 g whipping cream
80gm coklat masakan
30gm butter

13. Satukan semua bahan dan masak double boiler hingga coklat larut
14.Tuangkan atas choc mousse tadi dan biarkan semalaman atau 8 jam


Kalau Suka LIKE le..

Wow! Dah ada earnings!

Earning Nuffnang minggu kedua

Earning minggu ke tiga


Sesuatu yang membuatkan Kitty rasa sangat teruja...

Minggu pertama buat blog, tengok Earning Nuffnang, sudah ada 15 sen.... Wah! Seronoknya! Tidak pernah rasa begitu gembira dapat (belumlah dapat lagi...) 15 sen! Selalunya bila basuh baju nampak duit sen-sen dalam poket setakat simpan saja, tiada apa yang nak dibanggakan sangat..

Minggu kedua... Tengok lagi Earning Nuffnang. Wow! Dah ada RM1.15 Banyak tu...hehehe.. Seronoknya tak terkata. Hati berbunga-bunga. Macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya..

Minggu ketiga. Tengok lagi Earning Nuffnang. Wow! Wow! Wow! Dah ada RM1.40 (makcik kayo! makcik kayo!) Tersangat-sangatlah seronoknya! Nampak ada peningkatan. Sungguhpun masih jauh lagi baru boleh ditunaikan, namun Kitty rasa bangga...

Nilainya memang kecil namun bukan RM yang menjadi ukuran. Fokusnya lebih pada kepuasan, menjadi pembakar semangat apabila mengetahui ada orang di luar sana yang membaca tulisan kita..

Betul tak teman-teman blogger?...
Kalau Suka LIKE le..

Sunday 27 May 2012

Kenapa orang kita tidak suka Sejarah?

Bertemu realiti dalam Doktor Umum..
Sengaja Kitty ingin mengajukan persoalan ini. Tidak ramai orang yang suka belajar sejarah terutama sejarah bangsa sendiri kerana ia umpama membuka pekung di dada. Cermin kehidupan bangsa masa lampau dan berterusan sehingga ke hari ini. Itu andaian ringkas Kitty.

Cermin buruk ataupun cermin baik sesuatu bangsa itu akan terserlah daripada sejarahnya. Sebenarnya jika dikaji sejarah bangsa ini, akan membuatkan kita lebih memahami kelompok-kelompok masyarakat dunia. Dapat melihat kekuatan, keistimewaan, kelebihan dan kekurangan mereka. Jika dibaca dengan minda terbuka, banyak yang boleh dicontohi, dipelajari, diteladani ataupun dihindari.

Kitty rasa terpanggil membuat entri mengenai sejarah bangsa ini gara-gara buku mantan PM kita, DOKTOR UMUM, Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad. Sudah lama Kitty beli buku ni tapi masih tidak dapat hendak meneruskan bacaan apabila terbaca mengenai sifat dan sikap bangsa sendiri...

'Sejarah sudah membuktikan ia guru terbaik. Sayang sekali anaknya tidak memberi perhatian. Pada awal abad ke-20, Raja-Raja Melayu tidak mendapat hasil yang sepatutnya kerana pengutip cukai Melayu menggelapkan hasil kutipan. Lalu datang seorang tauke Cina yang memberikan jaminan kepada Raja-Raja Melayu bahawa lebih banyak hasil cukai akan diperoleh jika beliau dibenarkan mengutip cukai...Lama-lama hak monopoli perniagaan candu, rokok, kutipan cukai dan sebagainya diberikan kepada tauke Cina kerana mereka menawarkan pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya keperluan melantik pentadbir Melayu semakin kurang...." (page 48, Doktor Umum)

Selepas membacanya Kitty rasa risau memikirkan nasib bangsa sendiri, nasib generasi masa depan terutamanya anak-anak Kitty... Membacanya Kitty jadi depress...Bagaikan membuka almari berhantu.. Kalau boleh nak dijauhkan dan dilupakan... Agaknya itulah hakikatnya kenapa kita sering melakukan kesilapan demi kesilapan berulang-ulang kerana kita tidak mahu belajar dan mengkaji sejarah...

Pada pandangan Kitty yang dangkal ini, perubahan bangsa boleh dilakukan jika bangsa itu sendiri tahu di mana ia harus bermula. Jika dia tahu kedudukan titik permulaannya di A mudahlah baginya untuk bergerak ke B. Tapi jika dia sendiri tidak tahu titik permulaannya, main ikut suka naik lori sedangkan tak tahupun lori tu nak tuju ke mana, habislah... Kerana dia membiarkan orang lain menguasai keadaan, bukan dirinya sendiri..

Kitty selalu nasihatkan anak-anak Kitty. Sebelum buat sesuatu itu fikirlah semasak-masaknya. Gunakan akal, jangan gunakan hati ataupun perasaan. Pengaruh emosi ini mempunyai kesan viral.. Buruk padahnya jika ikut suka-suka.. Senang cakaplah.. satu jari yang kita tuding menyalahkan orang lain, empat jari lagi tu tuding ke mana?

Siapa yang nak jawab?...


Kalau Suka LIKE le..

Saturday 26 May 2012

Menyambut ketibaan..

Saat ku buka jendela
angin sepoi-sepoi mesra menyapa
jaluran merah mentari bagaikan menari-nari
menyambut satu lagi ketibaan
hari yang indah berseri.

Alhamdulillah..
syukur ke hadrat-Mu Yang Maha Esa
kerana aku masih lagi diberi peluang
untuk menikmati kehidupan ini..

apakah ada hari esok?
aku belum pasti..

tiada sesiapa yang dapat memastikan
bila ajal bakal menjemput
mungkin esok
mungkin hari ini
ataupun mungkin sedetik lagi...

dalam gementar aku pasrah
mengingatkan bekalan yang cuma sedikit..

antara rasa kerdil dan takut
aku memberanikan diri
mengembalikan semangat
menguatkan tekad
untuk melaksanakan tugasku
sebagai Khalifah Allah
di bumi ini.


Kittymuiza,
klang


Kalau Suka LIKE le..

Sushi 12 tengah malam

Sushi paling mudah..

Nak cari sushi jam 12 tengah malam? Mengidam apa? Ketika ini mana ada restoran sushi yang buka?

Memanglah tak ada tapi boleh buat sendiri..

Dulu Kitty kerap juga makan di Shushi King. Suka rasa wasabinya yang menyengak ke lubang hidung! Thrill gitu...Tetapi apabila ada bahannya mengandungi alkohol (sebahagian kicap yang digunakan), terus Kitty berhenti. Jadi, lama jugalah Kitty tak makan sushi...

Tengok makanan yang ada di dapur, tak berselera. Apalagi, ubahsuailah... Guna saja bahan-bahan sedia ada dalam peti sejuk. Tak sampai 15 minit, sushi siap untuk dimakan... Makan sushi 12 tengah malam...hehehe..

Bagi penggemar Sushi, Kitty tunjukkan cara mudah untuk membuatnya...

Bahan-bahannya:

1 pinggan nasi (Kitty guna saja lebihan nasi tengahari tadi)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar mayonis
tuna mayonis dalam tin (Kitty guna Ayam brand)
timun Jepun,dihiris panjang (Kitty tak letak sebab stok timun dah habis),
3 batang sosej (dimasak dulu)
beberapa keping seaweed (rumpai air)
kepingan keju (keju Cheesedale pun boleh)
wasabi (cari yang dalam tiub macam ubat gigi)
kicap Kikoman (cari yang tiada alkohol)

Caranya:
1.Satukan nasi dengan cuka dan mayonis dalam mangkuk dan gaul rata. Jika ingin rasa lemak-lemak sikit boleh tambah gula dan garam tapi Kitty tak letak sebab sudah ada mayonis.
2. Ambil sekeping seaweed dan ratakan adunan nasi tadi. Tekan-tekan biar mampat. (Kitty suka gulungan sushi yang kecil dan comel, so satu keping seaweed tu Kitty potong dua.)
3. Kemudian, letakkan tuna mayonis tadi, timun Jepun ataupun sosej (potong panjang - belah empat) dan gulung kemas.  Letakkan sedikit air pada hujung seaweed agar melekat. Siap. Boleh potong dan hidangkan.

4. Jika menggunakan kepingan keju: alaskan dulang dengan plastik dan ratakan nasi tadi. Letakkan hirisan sosej, timun dan gulung kemas. Letakkan kepingan keju di atasnya dan potong.

p/s: Sebenarnya anda boleh guna apa saja yang ada didapur untuk inti sushi ini. Kadang-kadang Kitty letak telur dadar yang dihiris nipis-nipis ataupun hirisan lobak. Adakalanya nasi itu Kitty kepal-kepalkan saja dan letakkan udang goreng tempura di atasnya. Guna saja apa-apa yang ada..

Untuk rasa menyengak, makan bersama wasabi dan kicapnya. Mudah saja kan?...

Ada sesiapa nak kongsi cara buat sushi?...
Kalau Suka LIKE le..

Friday 25 May 2012

Jangan kau jealous...


Jumaat yang santai. Tiada sebarang appointment, hanya sekadar jumpa teman di Shah Alam. Walaupun sama bidang kerjaya, kami jarang bertemu ekoran masing-masing sibuk dengan appointment sendiri. Hanya selepas closing sales baru ada waktu terluang dan waktu ini kami akan duduk berbincang mengenai perkara semasa, impian dan wawasan serta cabaran semasa dunia kewangan.

Kitty berasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan kerjaya ini. Bekerja hanya 2 atau 3 minggu sebulan, waktu kerja fleksibel - masuk kerja ikut suka, tak masuk pun tak apa sebab tak ada siapa yang nak marah; cuti ikut suka. Hari-hari cuti pun boleh.. tapi sendiri kena ingat... tak ada kerja tak ada gaji! Tak perlu nak menghadap muka bos ataupun nak mengampu bos untuk naik gaji!

Sudah 5 tahun Kitty bekerja sendiri (self-employed). Belum lagi masuk quadrum business owner ataupun investor. Tiada cita-cita pula ke arah itu. Hanya setakat suka bekerja sendiri. Bebas. Tidak terikat rutin kerja biasa. Apalagi perlu bersesak-sesak berjam-jam di jalan raya. Seboleh-bolehnya semua itu Kitty cuba elakkan..

Kadang-kadang ada kawan-kawan Kitty yang menelefon..."Ko kat mana ni?..."
"Rumah..."
"Tak keluar lagi?..."
"Hari ni tak keluar kot... saja nak lepak-lepak di rumah..."
"Seronoknya... ko bolehlah..."
"Ko pun boleh juga... kalau nak..."
"Aku tak beranilah... sekarang bukan senang nak dapat kerja... apalagi umur macam aku ni..."
"Ikut suka ko lah... ko yang pilih... Jangan jealous kalau aku boleh cuti hari-hari....hehehe..."

Kitty faham, tidak semua orang macam Kitty yang akan keluar dari Kepompong suasana yang tidak disukai. Tak kiralah di mana, rumah atau tempat kerja. Tapi ramai yang tidak sanggup berbuat begitu apabila berada di persimpangan. Sungguhpun tidak suka suasana tempat kerja (pilih kasih, politik pejabat, tikam belakang dsbnya...) ramai yang sanggup bertahan. Biarkan saja tanpa berbuat apa-apa. Nak cari kerja lain, sebilangannya malas kerana faktor usia. Ada yang tidak mahu berpindah kerja kerana perlu berhadapan dengan suasana baru - yang tidak pasti keadaan dan cabarannya.

Nasihat Kitty mudah saja.. nak cari duit bukanlah susah sangat (lihat saja bagaimana orang seberang yang sanggup bergadai nyawa nak datang ke negara ini). Bumi Allah ini sangat luas dan rezeki Allah itu melimpah-ruah, ada di mana-mana... Yang diperlukan adalah semangat dan kekuatan diri untuk berhijrah... Berhijrah tempat dan suasana dengan minda terbuka dan kesediaan menghadapi cabaran baru.

Bila bekerja sendiri, Kitty dapati banyak ruang-ruang dan peluang-peluang baru yang boleh diterokai... Apa-apa pun, persediaan perlu ada - mental dan fizikal. Yakin pada diri dan bergantung hanya kepada Allah.. Yakinlah bila kita berusaha, berdoa dan bertawakkal... insyaAllah pasti ada hasilnya...



Kalau Suka LIKE le..

Payung pelindung di Padang Mahsyar

Payung ini hanya setakat mampu menahan panas dan hujan di dunia saja..  
Assalamualaikum wbt di pagi Jumaat, penghulu segala hari...

Sekadar peringatan untuk diri Kitty dan perkongsian ilmu kepada mereka yang sudi singgah ke laman ini...

"Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesiapa yang ingin diringankan oleh Allah SWT ketika berdiri di padang Mahsyar, maka tampillah di hadapan Allah di malam hari dalam keadaan sujud dan berdiri kerana takutkan akhirat." (Ibnu Jarir, Tafsir ath-Thabari)

Sabda Rasulullah saw:
"Sedekat-dekat Tuhan dengan hambaNya pada malam hari yang terakhir. Oleh itu jika engkau dapat menjadi orang yang berzikir pada waktu itu, maka lakukanlah.
(Hadis riwayat Tirmidzi, An-Nasal dan Al-Hakim)

Sabda Rasullah saw:
"Barang siapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus salawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun."
(Hadis riwayat Ad-Dailami)

Sebar-sebarkanlah...


Kalau Suka LIKE le..

Thursday 24 May 2012

Teman yang bernama perasaan


Bagaikan berada dalam balang kaca
yang lutsinar
yang berinci-inci tebalnya
tampak jelas di luar
namun diri terperangkap
dalam ruang yang sempit
melemaskan
terpenjara dan dipenjara
dalam kemahuan
kerana mengikut teman
yang bernama perasaan.

Balang kaca ini perlu ku robohkan
dan biarkan ia pecah berderai
menjadi serpihan-serpihan halus
dan tajam
biarpun tertusuk
ianya berdarah
tapi hanya seketika.

Akhirnya aku bebas
bebas...
sudah tiba masanya aku melangkah keluar
menghirup udara segar
menikmati keindahan sang mentari
rimbunan pepohon yang menghijau
sapaan lembut angin yang berhembus...

Alhamdulillah...
berkat kekuatanMu
akhirnya aku berjaya meloloskan diri
dari belenggu ikatan teman
yang bernama perasaan..
............................................................................
p/s:
Beginilah keadaannya bila sudah terlalu lama terperap di rumah...ish ish ish.. untuk memulakan sesuatu itu kembali memang terasa agak sulit. Namun apabila ada KEMAHUAN akan muncul SEMANGAT dan KEKUATAN untuk keluar dari keadaan.

Setiap penghijrahan akan diuji sama ada dengan suasana persekitaran ataupun perasaan individu itu sendiri. Keinginan yang tidak disusuli dengan TINDAKAN adalah suatu angan-angan yang sia-sia... umpama mengharap bulan jatuh ke riba...

ARGGHHHH... sudah sampai masanya untuk bersalin kulit... (macam ular la pulak....) dan pakai baju baru... dengan jenama solekan terkini bernama SEMANGAT BARU!...

SELAMAT DATANG KEHIDUPAN!...

kittymuiza
klang


Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 23 May 2012

Giving the best and expecting the best...





I do my BEST to expect the best from myself and get the best result in my life!

Kitty setuju sangat-sangat dengan kata-kata ini. Tidak kira siapa kita, apa pekerjaan kita, sudahkah kita berbuat sebaik mungkin, sehingga ke tahap maksimum? Ataupun kita hanya buat setakat ala kadar saja... janji buat?


Berkata memang mudah tetapi melaksanakannya memang payah. Kita selalu inginkan orang lain berubah kerana kita, jika mereka sayangkan kita. Contohnya, suami atau isteri, boy friend atau girlfriend tapi setakat mana perubahan itu.. Perubahan yang kekal atau hanya bersifat sementara?

Pada pengalaman Kittylah, janganlah kita mengharapkan orang lain akan berubah jika keinginan itu bukannya datang dari dalam diri mereka sendiri.. Dan wajarkah kita mengharapkan perubahan itu daripada orang lain sedangkan kita tidak berbuat apa-apa?..
.
Demand ourself to be the best, barulah kita boleh demand from others to give their best..

Cuba tanya pada diri, sudahkah kita memberikan yang terbaik sebagai isteri, anak, anak menantu, ibu atau bapa, pekerja, jiran, anggota masyarakat ataupun rakyat negara ini? Ataupun kita masih leka di zon selesa, orang lain yang perlu berubah demi kita?..

So, jangan jealous bila nampak orang lain hidup lebih baik... What you give is what you get.. Allah SWT itu Maha Adil...

Bagi sesiapa yang inginkan perubahan, mulakan dengan diri sendiri secara konsisten... Tak bolehlah duduk goyang kaki dan expect duit masuk gitu-gitu aje... Sendiri perlu bertindak. InsyaAllah tindakan perubahan yang baik itu akan menjadi seperti epidemik yang menular dan berjangkit pada orang-orang di sekeliling kita...

Do or do not! There is no try. And if you do something, do your best. - Power Living Attitudes by Dr Lawrence Walter Ng

p/s: Sekadar peringatan untuk diri Kitty. Changes has to start from myself. I am trying to be better day after day...Amin.
Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 22 May 2012

6 tanda hati yang sakit..

Hati yang sakit? Parah ni.. Ia perlukan rawatan segera.

Bagaimana untuk mengenali hati yang sakit?
1. Mudah tersinggung dan terasa
2. Mudah buruk sangka
3. Mudah menyalahkan orang lain
4. Mudah rasa tersisih
5. Mudah rasa kecewa
6. Mudah kecil hati

Jika ada kecil hati, pasti ada besar hati. Yang mana lebih sihat? Hati besar atau hati kecil? Jawapannya, kena tanya doktor jiwa...

Sudah semulajadi sifat manusia, ibarat kata orang siapa makan cili, pasti dia yang terasa pedas. Kadang-kadang tak berniat pun untuk mengguris hati sesiapa. Hanya sekadar untuk mengingatkan diri sendiri. Tapi itupun disalah tafsir sehingga boleh timbul salah faham... Jiwa manusia ini begitu rencam. Mudah terasa apabila skop pandangannya tidak diperluaskan.Mulalah rasa tersinggung, buruk sangka, kecewa, kecil hati, rasa tersisih dan menyalahkan orang lain..

Kenapa seringkali teguran itu dilihat sebagai sesuatu yang negatif, yang kononnya dilemparkan kerana 'tidak suka'? Kenapa tidak dilihat dari sudut membina, bahawa manusia ini adalah insan yang punya 1001 kelemahan, tidak sempurna dan perlukan insan lain dalam ruang sosialnya untuk mengingat dan memperbaiki diri. Bila sesuatu pandangan itu dilihat dari sudut negatif, maka kesan negatiflah yang akan timbul.

Gambaran paling mudah, cuba lukis gambar hati yang kecil dan gambar hati yang besar. Letakkan satu titik di dalamnya. Mana yang lebih ketara? Bayangkan jika hati yang kecil itu dipenuhi dengan begitu banyak titik-titik hitam, apa akan jadi? Semakin tenatlah jadinya...

Apa kata hati yang kecil itu kita besarkan. Besarkan dan besarkan (janganlah sampai meletup!) Besarkannya dengan berbaik sangka terhadap apa juga perkataan dan perbuatan, penuhkannya dengan cinta, kasih sayang dan kemesraan sehinggakan perasaan kasih itu membuak-buak dan melimpah-ruah.
Dengan itu celaan ataupun kritikan yang diterima itu hanya sekadar satu tititk hitam dalam hati yang kudisnya hanya bersifat sementara dan akan sembuh dengan berlalunya masa..

Itulah hati yang sihat..

Mari kita sebarkan CINTA... Kitty pasti cinta akan membuatkan hidup kita lebih ceria, wangi dan berbunga-bunga...

Salam sejahtera. Bertemu lagi...
Kalau Suka LIKE le..

Sunday 20 May 2012

Mee Bandung Sedap

Mee Bandung Sedap... rupa memanglah agak kurang tapi rasanya boleh tahan. Habis kuahnya anak Kitty hirup...

Lama sudah tak makan mee bandung. Susah nak dapat mee bandung yang betul-betul menepati citarasa. Selalunya bila balik Muar, Kitty akan singgah di restoran Manisah. Restoran ni memang terkenal dengan mee bandungnya tapi disebabkan dari Klang ke Muar tu jauh... Kitty buat ajelah sendiri. Tambahan pula si Wanita Cantik Kak Yam baru saja bagi resipi rahsianya..

Kak Yam ni buka kedai makan dan mee bandung antara mee utama yang dapat sambutan hangat. Masa berkunjung ke rumah Kak Yam itu hari, Kitty disajikan dengan mee bandung.. Memang sedap. Kalau jumpa makanan sedap Kitty memang tak malu nak tanya... Kak Yam pula tak lokek dan akhirnya terhasillah Mee Bandung Sedap...

Siap saja terus Kitty panggil anak-anak dan hubby makan. Suspense juga tengok reaksi mereka.. Seorang pun tak bersuara. Pengkritik terhebat, anak sulung Kittylah... Macam-macam soalannya... Kenapa tak bubuh tu? Kenapa tak bubuh ni? Kenapa cair sangat dan macam-macam lagi... Tapi hari ni dia diam saja. Cuma komplen kuahnya kurang pekat. Lain-lain kira ok.

Hubby Kitty pula senang saja nak tengok sama ada dia suka atau tidak makanan tu... Sedap, dia akan makan banyak. Kalau tak sedap, makan sikit..

Sesiapa nak cuba resipi Mee Bandung Sedap, ini resipinya...

Bahan-bahan
(Untuk 8 orang makan)

2 paket mee kuning (dicelur)
1 mangkuk cili kering, rendam dengan air panas dan dikisar
1 labu bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
Setengah mangkuk udang kering (ditumbuk halus, boleh juga dikisar)
Telur (bergantung kepada bilangan orang yang nak makan)
Udang (asing kulitnya dan rebus)
3 tangkai sawi (asingkan tangkai dan daunnya, tangkainya diketuk-ketuk)
3 keping tauhu (potong kecil)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (Kitty ganti dengan stok ikan bilis)

Cara membuatnya:
Untuk membuat pes mee bandung.
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan biarkan sehingga naik minyak sebelum dimasukkan udang kering.
3. Masukkan air udang (kulit udang yang direbus tadi dikisar halus bersama airnya dan ditapis) Masak sehingga pekat di atas api sederhana dan menjadi seperti pes. (Pes mee bandung ini boleh disimpan dalam peti sejuk ataupun disejukbekukan).

Untuk membuat kuahnya
4. Sendukkan pes mee bandung secukupnya dan campurkan dengan air di dalam periuk. Didihkan. (Kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing.)
5.  Masukkan batang sawi, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Kecilkan api sebelum masukkan telur satu persatu. Agak-agak tiga suku masak, keluarkan telur dan letak dalam pinggan berasingan.
7. Akhir sekali masukkan udang dan daun sawi. Tutup api.
8. Bila menghidangkan letakkan telur tadi.

Selamat mencuba...
Kalau Suka LIKE le..

Tips bergaya: Cara sembunyikan perut.



Dua gaya berbeza dengan hanya menggunakan celana palazo, skirt labuh dan tali pinggang. 

Apabila usia meningkat ataupun berat badan semakin bertambah, yang paling ketara pertambahannnya adalah pada perut, peha ataupun bahagian lengan. Itulah yang Kitty rasa. Saiz M sudah bertukar L. Bila sudah beli baju saiz L kena tukar lagi ke saiz XL (gara-gara tak jaga makanlah ni...hehehe..)

Blaus berpinggang sudah tidak boleh pakai sebab sendat di perut. Kalau perut yang lebih ketara daripada bahagian lain, memang pakai apa pun tak cantik! Keadaan ini yang selalu buat Kitty pening bila nak pakai baju. Bagaimana nak nampak cantik dalam keadaan banyak daging-daging berlebih dalam badan?


Of course lah.. ramai yang akan kata, diet, kuruskan badan. Memang patut pun jika berat badan berlebihan. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kandungan kolesterol. Kerapkan bersenam dan jaga pemakanan. Tips-tips begitu sudah lali Kitty dengar. Wajarpun diamalkan namun untuk pastikan tubuh kembali kurus mengambil masa yang agak lama.

Kitty tidak mempunyai kesabaran tinggi diet untuk kurus, apalagi bila menu sarapan paginya hanya oats... Macam mana dengan roti canai, nasi lemak, nasi goreng ataupun roti telur?... Itu baru saja sebahagian menu sarapan....

Berat Kitty ni macam yo-yo, bila banyak makan terutamanya makanan berkeju badan pun akan naik... bila banyak kerja mulalah tiada selera makan dan badanpun akan turun... Kalau turunpun taklah banyak mana, setakat 1 kg saja... lebih-lebihpun 1 setengah kg... bila naik sampai 2-3 kg... Itu sebabnya saiz baju makin lama makin besar... hahaha.. Alasan membeli, baju dah kecik... (tak nak mengaku yang badan makin besar...hahaha..)

Sebab tak tahan tengok duit asyik keluar saja dari poket untuk beli baju baru, Kitty ingin kongsi tips cara  Kitty sembunyikan perut. Selain penyelesaian mudah dengan berbaju kurung, Kitty mula lebih teliti memilih seluar atau blaus. Masa dulu Kitty suka pakai seluar yang agak fit dan berkaki kecil tapi sekarang Kitty suka pakai seluar straight cut dan palazo.

Jika pakai skirt labuh pula, Kitty suka skirt kembang payung suku bulatan ataupun skirt 6 panel. Kedua-dua jenis skirt labuh ini tidak terlalu kembang tetapi membuatkan bahagian punggung dan perut Kitty tampak kemas.

Dan yang paling utama, bijak mencari blaus sesuai. Kitty suka pakaian suai-padan yang mana satu blaus boleh dipadankan dengan seluar ataupun skirt dan mewujudkan beberapa gaya berbeza. Dalam almari pakaian Kitty mesti ada inner baju lengan panjang, jaket hitam, coklat atau kelabu, Skirt, hitam dan coklat. Selain itu ada juga beberapa helai blaus pelbagai warna serta blaus tanpa lengan yang panjangnya menutupi bawah punggung.

Bagi melengkapkan gaya, Kitty ada beberapa jenis tali pinggang, rantai panjang dan kerongsang. Kitty akan tentukan gaya apa yang ingin ditonjolkan hari itu. Jika ada temu janji dengan peringkat atas pengurusan (senior manager, CEO) Kitty akan pakai jaket bersama celana ataupun skirt labuh. Jika ingin bergaya smart kasual, Kitty akan pakai palazo, skirt atau celana dipadankan dengan blaus sepadan.

Oh ye... cara Kitty sembunyikan perut. Kitty suka pilih seluar palazo yang bahagian belakangnya bergetah dan bahagian hadapannya berzip. Sesuaikan dengan inner baju yang agak labuh. Inner itu boleh dimasukkan ke dalam celana ataupun dibiarkan saja. Untuk tampak lebih trendy, Kitty suka pakai tali pinggang, bukan di pinggang ye.. tapi ke bawah sedikit. Secara tak langsung tersembunyilah mana-mana bahagian perut yang ingin disembunyikan...

Pada Kitty, menggunakan tali pinggang adalah cara yang amat berkesan kerana ia mengubah titik tumpuan bukan lagi pada perut tapi pada tali pinggang. Mudah bukan?...






Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping