Free blog ping

Saturday 19 October 2013

Popia Goreng Pisang



Ini dia.. seketul je yang tinggal dan sempat diambil gambar...

Salam.
Lately ni, bab makan-makan ni kitty banyak sangat terpengaruh dengan rancangan Foodtruck ataupun Streetfood yang disiarkan Unifi. Banyak idea-idea mempelbagaikan makanan yang boleh dicedok dan diadaptasikan kepada makanan tempatan. So, pagi ni kitty cubalah buat sarapan popia goreng pisang.

Masa balik Jengka, Aidil Adha lalu, emak kitty bekalkan pisang abu yang hampir masak. Sudah beberapa hari pisang abu tu terletak saja dalam bekas tak disentuh-sentuh. Nak buat cekodok, dah jemu. Pisang rebus, anak kitty tak lah pula berapa lalu. Kebetulan, kitty baru je beli kulit popia. Apalagi, mula fikir apa nak buat. Pagi ni untuk breakfast, terhasillah popia goreng pisang.

Nak buatnya senang aje.. Di sini kitty share kan bahan-bahannya...


Popia Goreng Pisang

Pisang (beberapa biji, kalau besar belah dua...)
Kulit popia
Sedikit kelapa parut campur dengan secubit garam
Gula merah atau brown sugar
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Pisang dibuang kulit dan jika besar dibelah dua.
2. Ambil sekeping kulit popia, letakkan sedikit kelapa parut, brown sugar dan kemudian pisang. Balut seperti menggulung popia. Kitty suka letak kelapa banyak sikit, baru terasa ummphnya.
3. Goreng sehingga kekuningan dan garing.

p.s Teramatlah senang membuatnya. Anak lelaki kitty suruh patenkan resipi ni tapi kitty kata, tak payah. Kongsi saja idea ini dan sesiapa yang ingin mencuba, silakan dan tak perlu minta izin. Bagi yang nak copy n paste resipi tu... tolonglah sertakan linknya sekali ye...

Satu lagi, popia goreng pisang ni sedap juga dimakan dengan madu. Tapi jangan letak brown sugar. Drizzle je madu tu selepas digoreng... Kitty dah cuba, sedap juga rasanya....



Kalau Suka LIKE le..

Sunday 6 October 2013




Assalamualaikum..

Sudah berapa lama Kitty tak update blog ni... Lately banyak perkara yang berlaku dalam hidup Kitty, banyak benda perlu ditangani, banyak yang perlu difikir dan dibuat sehinggakan adakala rasa lemas... Cabaran. Begitulah kehidupan. Siapalah kita jika tidak diuji...

Pagi ni Kitty rasa sedih sekali... Entah kenapa tiba-tiba dada rasa sebak dan airmata mula mengkaburkan pandangan.. Tiada sebab yang pasti. Hati rasa tersentuh memikirkan insan-insan yang Kitty sayangi dan telah lama pergi... Datuk dan nenek, adik bongsu Kitty, bapa dan ibu mentua dan juga anak lelaki Kitty... mereka semuanya sudah kembali menghadap Penciptanya... tidak tahu bila pula giliran Kitty....

Usia sudah semakin lanjut manakala bekalan tidak sebanyak mana... Kitty meminta maaf kepada sesiapa yang mengenali Kitty akan salah dan silap Kitty selama ini... Mungkin dalam tempoh perkenalan, persahabatan ataupun persaudaraan kita, Kitty banyak menyinggung perasaan... Kitty memohon ampun dan maaf... Kitty hanya manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahannya. Dan menyedari keadaan itu, Kitty sentiasa cuba memperbaiki diri supaya menjadi manusia yang lebih memberi manfaat dan tidak menyombong diri...

"Demi Masa.. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..." Kitty mencuba supaya menjadi manusia yang tidak rugi....
Kalau Suka LIKE le..

Saturday 29 June 2013

Indahnya al-Quran

pix from en google

Salam sejahtera. Pagi ini, subuh-subuh lagi Kitty sudah terbangun. Terasa tenang sungguh tidur malam tadi setelah diurut anak perempuan Kitty dengan krim Auralife (bukan nak promosi tetapi krim tu Kitty jumpa dalam bilik anak lelaki Kitty - mungkin ada orang yang hadiahkan padanya lengkap dengan kopi dan minyak wangi sekali. Cuma kopinya belum lagi Kitty cuba...)

Sengaja Kitty ingin mengingatkan diri Kitty yang cetek ilmu ini. Kitty ingin berkongsi maksud beberapa ayat surah FUSSILAT, ayat 9 - 13 hakikat penciptaan alam ini.

9. Katakanlah, 'Pantaskah kamu ingkar kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan pula sekutu-sekutu bagi-Nya? Itulah Tuhan seluruh alam.'

10. Dan Dia ciptakan padanya gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dan kemudian Dia berkahi dan Dia tentukan makanan-makanan (bagi penghuninya) dalam empat masa, memadai untuk memenuhi kebutuhan) mereka yang memerlukannya.

11. Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, "Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa." Kedua-duanya menjawab, "Kami datang dengan patuh."

12. Lalu diciptakan-Nya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyukan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat (dengan bumi), Kami hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu) untuk memelihara. Demikian ketentuan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.

13. Jika mereka berpaling maka katakanlah, "Aku telah memperingkatkan kamu akan (bencana) petir seperti petir yang menimpa kaum 'Ad dan kaum 'Samud."

Maha Suci Allah...


Kalau Suka LIKE le..

Friday 28 June 2013

Antara sembahyang awal waktu dan jamuan sekolah..

Salam sejahtera.

Anak bongsu Kitty bertanya: "Ma, kenapa perlu bersembahyang di awal waktu? Kan setiap waktu sembahyang itu panjang? Terpulanglah pada seseorang itu untuk memilih sama ada hendak bersembahyang di awal waktu ataupun di hujung waktu. Tapi kenapa abah dan ma selalu suruh sembahyang di awal waktu?

Kitty menarik nafas dalam-dalam. Bagaimana caranya untuk menjawab secara mudah dan santai, senang difaham. Bercakap mengenai pahala dan dosa, sesuatu yang tidak nampak di dunia. Lantas otak ligat berfikir, mencari analogi yang mudah difahami dan terkesan di hati.

Kittypun bertanya: "Kelas Farhat selalu adakan jamuankan?"

Dia menganggukkan kepalanya dan menjawab: "Jamuan Hari Raya, hari guru, hujung tahun sebelum cuti sekolah..."

"Selalunya kena datang waktu bila? Ikut waktu masuk sekolah, masa nak rehat ataupun waktu nak balik sekolah?

"Ikut waktu masuk sekolahlah ma...  Mana boleh datang ikut suka..."

"Kenapa tak boleh?"

"Kalau lambat nanti cikgu marah. Itukan masa sekolah. Lagipun kalau datang lambat nanti semua makanan dah habis kena makan. Yang tinggal saki-baki saja. Yang sedap-sedap mesti kawan-kawan sudah ambil dulu. Yang tinggal mesti tak berapa best..."

"Begitu jugalah dengan sembahyang di awal waktu. Itukan peraturan yang ditetapkan Allah SWT. Jika dilambat-lambatkan, kan Allah tak suka. Pahalanya memang tak nampak tapi Allah SWT sediakan pahala yang best-best untuk orang yang sembahyang awal waktu. Macam-macam ganjaran Dia bagi macam orang yang datang awal semasa jamuan. Macam-macam makanan ada. Boleh pilih yang mana suka.

"Tapi bagi orang yang datang lewat, sudahlah makanannya tinggal sisa-sisa saja. Kadang-kadang tak ada langsung sebab sudah habis dimakan oleh orang yang datang awal. Kita datang jamuan itu umpama orang yang bersembahyang. Orang sembahyang awal ganjaran pahalanya banyak tetapi orang yang melewat-lewatkan sembahyang ganjaran pahalanya sedikit ataupun mungkin tiada langsung..."

"Jadi siapa yang untung?"

"Mestilah yang awal. Kalau nak datang akhir jamuan, baik datang tahun depan sajalah..." (La ke situ pulak... maknanya nak memontenglah tu... Anak Kitty ni faham ke analogi yang Kitty bagi ni...)




Kalau Suka LIKE le..

Wednesday 26 June 2013

Adat berhutang



Salam sejahtera. Semalam kembali melaksanakan tugas-tugasku setelah beberapa hari 'bercuti'. Sebagaimana biasa apabila bertemu klien: update pelaburannya - buat review bagaimana prestasi pelaburannya, berkongsi perkembangan semasa industri pelaburan dan keperluan untuk pelaburan baru dan juga berkongsi serba-sedikit perkembangan diri mereka dan keluarga.

Selama tujuh tahun berkecimpung dalam industri kewangan, rata-ratanya berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberi. Justeru, tidak menghairankan jika mereka mahu berkongsi cerita, mengenai isteri, anak-anak dan juga apa juga yang berkaitan dengan diri mereka. Mungkin sebab sudah biasa dan kenal mesra, hubungan kami menjadi rapat dan tidak menghairankan apabila ada pihak yang cuba menawarkan produk berkaitan, mereka akan menelefon dan meminta pandangan dan khidmat nasihat.

Biasanya, apa yang boleh dibantu, aku akan membantu. Serba-sedikit pengetahuan yang dimiliki tidak bermakna dan tidak menjadi amalan yang berpanjangan jika tidak disebar-sebarkan. Namun jika ada yang meminta bantuan - pinjam duit-ringgit, aku tidaklah seperti dulu-dulu. Dulu-dulu, aku tidak boleh tengok orang susah, aku cepat sangat jatuh kasihan. Apalagi untuk menolaknya sehinggakan adakalanya sikap lembut hatiku itu menyusahkan diriku sendiri. Aku akan cuba apa jua cara untuk membantu walaupun terpaksa mengeringkan kocek. Dan yang paling sedihnya, setelah dibantu mereka buat tidak tahu saja.

Teringat aku ketika masih belajar di IPTA dulu. Duit pinjaman Felda (aku anak Felda ye..) masih lagi berbaki dua-tiga ratus ringgit sebagai persediaan untuk masuk semester baru. Mungkin memikirkan aku ada duit, seorang hamba Allah ini datang merayu-rayu meminta dipinjamkan wang dan akan dibayar semula setelah dia mendapat gaji. Malangnya setelah dapat gaji, dia buat tidak tahu saja dan aku pula yang terpaksa merayu-rayu meminta dikembalikan semula wangku kerana pengajianku akan bermula.

Menuntut wang sendiri, rasanya bagaikan meminta sedekah... Pelbagai alasan diberi dan aku terpaksa menunggu dan menunggu..

Belajar daripada pengalaman, sejak itu aku menetapkan satu garis panduan. Jika ada yang ingin meminjam, aku akan membantu mengikut kemampuan. Aku akan fikirkan terlebih dulu sama ada pertolongan itu nanti akan menyusahkan diri aku sendiri atau tidak. Sebagai contoh, jika jumlah yang ingin dipinjamnya itu agak besar (sedangkan itu adalah duit bagi keperluan kecemasan keluarga aku), patutkah aku memberinya penuh (sebanyak mana yang diminta) ataupun sebahagiannya saja? Bagaimana kalau dia tidak membayar, lupa atau tiada kemampuan untuk membayar? Sanggupkah aku menunggu sehingga dia melangsaikan segala hutang-piutangnya walaupun memakan masa bertahun-tahun? Ataupun sanggupkah aku menghalalkannya begitu saja tanpa prasangka, dendam ataupun perasaan kecil hati?

Tolong-menolong, bantu-membantu adalah sifat yang dipuji Allah swt. Apabila berbuat baik, pahala ganjarannya. Namun apabila pertolongan itu menyebabkan seseorang bermasam muka dan tidak mahu bertegur sapa, bukan pahala yang dapat tetapi bala kerana menyebabkan perpecahan dan putusnya hubungan silaturahim.

Bagaimana caranya untuk menarik rambut dalam tepung - rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak?

Justeru, untuk mengelakkan daripada timbulnya perkara begini di kemudian hari, aku biasanya akan mengambil tindakan mudah. Aku akan memberi dalam jumlah yang sekiranya dia tidak ingat untuk membayar, aku halalkan dengan senang hati. Tolong, aku mesti akan tolong kerana aku beranggapan apabila ada orang yang meminta bantuan, Allah swt sedang membuka ruang dan peluang untuk aku mengumpul saham akhirat.

Dan aku juga tidak mahu hutang itu menjadi bebanan di akhirat nanti apabila aku terpaksa menunggu orang yang berhutang dengan aku sebelum aku dibenarkan masuk ke syurga (Ya Alllah...tempatkanlah aku, keluargaku, ibubapaku, guru-guruku, adik-beradikku, ipar-duaiku dan saudara-saudara, sahabat-handai dan saudara seIslamku di dalam syurga-syurgaMu.. Amin).

Sabda Rasulullah SAW: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38).

Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214).

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 'Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda." Nabi SAW bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamum orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang orang, makan akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebaikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka."

Tertarik pada tulisan Abdul Muhaimin Mahmood pinjam-meminjam sudah dianggap perkara biasa. Ada yang meminjam untuk bermewah-mewah tetapi ada yang juga meminjam atas desakan keperluan.  Berapa banyak penjawat awam yang muflis kerana berhutang dan juga golongan muda lingkungan 30 -40an yang muflis kerana kad kredit.

Berbalik kepada klienku tadi, katanya dalam tempoh empat tahun ini dia terpaksa mengekang perbelanjaan gara-gara hutang kad kredit. Untuk menyelesaikan masalahnya itu, dia meminta bantuan AKPK dan kini dia terikat dengan jadual pembayaran yang ketat. Dalam tempoh itu, dia tidak boleh membuat pinjaman baru sehingga segala semua hutang-piutangnya selesai.
Kalau Suka LIKE le..

Friday 21 June 2013

Meminjam waktu

Wajah mirip dramatis tv itu direnungnya dengan tajam. Geram sungguh hatinya. Menyusahkan. Betul-betul menyusahkan. Tidak cukupkah dokumen yang dibawanya ini? Tidak cukupkah sijil pembahagian faraid daripada Mahkamah Syariah bagi membuat tuntutan pelaburan abangnya di Institusi Pelaburan Ini? Sijil pembahagian faraid ini sudah digunakan untuk mengeluarkan wang KWSP arwah abangnya. Tak ada masaalah pun. Sijil ini juga telah digunakan bagi menuntut insurans arwah di syarikat tempatnya bekerja. Tak ada masalah pun. Jadi apa masalahnya di sini?

Panas. Hatinya memang panas. Bukan saja dia terpaksa mengorbankan cutinya hari ini bagi menguruskan urusan arwah abangnya, malah dia berdepan pula dengan prosedur-prosedur yang dianggapnya remeh dan tidak masuk akal.

"Bukan ke semua harta pusaka perlu difaraidkan dan sijil faraid itu saya dah dapat daripada Mahkamah Syariah? Apa pasal surat kuasa faraid ini tidak boleh diterima pakai? KWSP, agensi yang besar itupun boleh terima, kenapa di sini tak boleh terima?" soalnya bertubi-tubi.

Hatinya betul-betul panas. Apa dia tidak tahu ke bagaimana susahnya untuk mendapat sijil faraid daripada Mahkamah Syariah? Dia perlu buat permohonan, naik-turun, naik turun Mahkamah beberapa kali dan terpaksa menunggu berbulan-bulan. Sekarang dia kena lalui proses yang sama semula? Biar betul?

Patutkah dia marah pada abangnya? Kenapa abangnya tidak mahu membuat persediaan sebelum mati dan sekarang terpaksa menyusahnya dan keluarga?

"Tolonglah Encik..." suaranya kendur, merayu. "Saya datang dari jauh ni... Sebelum ni sudah banyak cuti saya habis bagi menguruskan hal ni..."

"Memang saya nak tolong... tapi ini memang prosedurnya. Kena dapatkan suratkuasa atau Letter of Authority (LA) dari mana-mana Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi. Saya boleh terima tetapi apabila sampai ke pihak atasan, permohonan puan mesti akan ditolak..." pemuda mirip dramatis itu menjawab dengan lembut.

Dia menoleh pada ibu dan bapa serta adiknya yang turut bersama. "Kita nak buat macam mana ni? Macam mana abah? Saya tak tahu mana-mana pejabat tanah...."suaranya mula lemah. Sudah ditetapkan peraturannya begitu. Mahu atau tidak mahu, masih tetap perlu diikut.

Memang hatinya terasa hampa. Sebelum ke sini, dia sudah membayangkan urusan peninggalan arwah abangnya dapat diselesaikan dengan segera. Dengan wang yang ada itu, dapatlah dia melunaskan segala hutang-piutang abangnya - hutang kereta, rumah, kad kredit. Hanya sekadar itu yang dia tahu. Bagaimana pula dengan hutang-piutang lain? Hutang dengan kawan-kawan ataupun hutang kawan-kawan yang meminjam daripadanya?

Bagaimana pula dengan hutang ibadahnya kepada Allah SWT - hutang solat dan juga puasanya? Bagaimana pula dengan hutang zakatnya - zakat pendapatan, simpanan yang cukup haul ataupun zakat pelaburan emasnya?

Apakah lagi hak-haknya ketika hidup yang masih belum dilunaskan? Dan bagaimana harta pusakanya dapat membantu meringankan bebanannya di alam kubur? Masya Allah... banyaknya perkara yang perlu difikirkan bagi pihaknya, hatinya berbisik.

Sebagai pentadbir harta abangnya, banyak perkara yang perlu dilaksanak. Dalam harta pusaka itu ada hak bagi urusan pengebumian, membayar segala hutang-piutang sama ada hutang dengan manusia mahupun hutang dengan Allah SWT (zakat, puasa dsb), menginfakkan atau mewakafkan sebahagian harta atas nama abangnya sebagai sedekah jariah agar pahala daripada amalan itu dapat dinikmati abangnya berterusan.

Nasib juga abangnya belum beristeri. Jika tidak perlu diselesaikan dulu urusan harta sepencarian dan akhir sekali baru boleh difaraidkan. Namun sebelum itu, pernahkah abangnya berwasiat ataupun menyuarakan apa-apa hasrat bagi tujuan kebajikan?

Dia faham. Selagi segala harta dan hasrat arwah abangnya tidak dilaksanakan, pasti rohnya tidak dapat bersemadi dengan aman. Bagaimanalah agaknya keadaan mereka yang meninggalkan harta berjuta-juta dan berebut-rebut pula adik-beradik? Tentunya sangat azab. Sekalipun sudah mati, urusan di dunia masih lagi belum selesai. Jika begitu keadaannya harta bukannya menjadi rahmat, saham yang dapat diraih di akhirat tetapi musibah dan sebagai natijahnya azab yang sangat pedih bagi si mati.

Tak sanggup rasanya dia memikirkan semua itu. Bagaimanalah agaknya keadaan abangnya di alam sana? Adakah rohnya tenang dan aman ataupun dihimpit kekalutan? Ya Allah... bantulah dia, terangi kuburnya dan ringankan penderitaan.. doanya berterusan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda: "Apabila seorang anak Adam itu mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak soleh yang mendoakannya. (Hadis Sahih - Riwayat Muslim)

Malangnya, abangnya belum sempat beristeri. Ketika hidupnya tiada ura-urapun keinginannya untuk beristeri sekalipun usianya sudah mencecah 40 tahun. Tiada zuriat yang ditinggalkan dan terputuslah harapanannya untuk mendapat doa daripada anak yang soleh... Yang ada hanya dia, adik-beradiknya dan kedua-dua ibubapanya.

Seperkara yang boleh membantunya - harta-hartanya. Arwah abangnya masih boleh bergantung harap sekiranya selaku pentadbir dia dapat melaksanakan amanahnya dengan baik. Dia tidak mahu harta itu menjadi beban pada abangnya. Biarlah harta yang ditinggalkan itu dapat meringankan tanggungannya, dapat menerangi kuburnya dan dapat melindunginya daripada azab yang pedih.

"Saya cadangkan puan dapatkan LA tu dulu dan selepas tu kembali semula ke sini..." suara pemuda berwajah manis itu mengembalikannya ke alam realiti.

"Saya faham apa yang puan lalui kerana sayapun pernah lalui perkara yang sama..." Segala dokumen yang diberikan padanya dikembalikan.

"Jom abah, kita cari pejabat tanah. Elok kita uruskan perkara ni segera..."suaranya kedengaran sayu. Ada rasa sebak di situ. Dia sedar selagi urusan duniawi abangnya itu tidak dapat diselesaikan dengan segera, selagi itulah roh abangnya tidak dapat bersemadi dengan aman.

MATI itu satu kepastian. Adakah kita sudah bersedia menghadapinya ataupun kita masih ingin meminjam waktu daripada Yang Maha Esa?


Kalau Suka LIKE le..

Thursday 20 June 2013

Apa jadi apabila tiada wasiat atau penama?


Wang tunai yang perlu dituntut si waris.

Salam sejahtera. Hari ini aku ke ibu pejabat bagi membantu menguruskan tuntutan pindah milik pelaburan seorang pelabur ku yang sudah meninggal dunia. Hanya hari ini saja aku dapat berkenalan dengan warisnya - ibu, ayah dan juga adik perempuan dan adik lelakinya. Sebelumnya kami hanya berhubungan melalui telefon saja. Itu pun setelah adik lelakinya menemui kad namaku dalam dompet klienku.

Klienku ini adalah juga rakan sekerja di tempat kerja lama. Aku berkenalan dengannya ketika kami sama-sama di meja hiburan dan selepas berhenti kami masih berhubungan kerana dia meletakkan sepenuh kepercayaan padaku untuk menjaga akaun pelaburan EPFnya.

Berusia lingkungan 40an, dia masih bujang. Orangnya sangat kreatif dan banyak menghasilkan skrip-skrip filem untuk syarikat-syarikat filem tempatan. Aku memang angkat tabik padanya kerana dalam kesibukan memenuhi tuntutan kerja dan dateline, dia masih mampu menghasilkan idea-idea kreatif untuk digarap dalam industri perfileman tempatan. Namun garapannya tidak lama dapat dinikmati peminat seni apabila dia meninggal dunia pada tahun 2012 akibat kanser usus.

Sepanjang menjadi klienku, dia seorang yang sangat 'obedient'. Pelaburan EPF dibuat berterusan pada tempoh pengeluaran yang ditetapkan. Hasil daripada tindakannya itu, keuntungan yang didapatinya amat memberangsangkan dengan purata keuntungan tahunan hampir 12 peratus setahun. Daripada jumlah terkumpul keseluruhan lebih RM98,000 (diambil berperingkat-peringkat setiap 3 bulan selama 5 tahun daripada EPF) kini jumlah itu sudah berkembang menjadi lebih RM165,000.

Cuma yang aku agak terkilan kerana ketika hayatnya ketika aku sarankan untuk dia meletak penama bagi pelaburannya, perkara itu tidak begitu diberatkan. Aku faham dengan kesibukannya tetapi manusia mana yang tidak sibuk.Jika tidak diperuntukkan masa ataupun dicarikan waktu, memang sampai bila-bilapun kesibukan itu akan membelenggu.

Dua minggu sebelum PRU13, adik lelakinya menghubungi aku bagi membantu menguruskan pindahan pelaburan abangnya. Disebabkan tiada penama, aku jelaskan padanya dokumen yang perlu dibawanya iaitu:
a. Letter of Authority - LA (surat kuasa pentadbir dari Pejabat Tanah ataupun Mahkamah Tinggi)
b. Surat mati
c. Kad pengenalan simati
d. Kad pengenalan pentadbir.

Ketika bertemu dengan warisnya hanya surat kuasa daripada Mahkamah Syariah saja bagi tujuan faraid bersama dokumen-dokumen lain saja yang ada. LA tidak disertakan malah warisnya merasakan LA tidak perlu kerana mereka sudah mendapat surat kuasa daripada Mahkamah Syariah.
Alasannya sebagai Muslim, harta-harta hanya perlu difaraidkan mengikut cara Islam. Jadi surat kuasa untuk memfaraidkan daripada Mahkamah Syariah sudah memadai.

Aku tidaklah pandai sangat dalam bidang undang-undang. Yang aku tahupun hanya setakat daripada pembacaan, pengalaman dan juga perbincangan dengan rakan-rakan. Setahu aku (jika salah tolong betulkan ye..) apabila seseorang itu meninggal, harta bendanya berada dalam dua lingkungan kuasa iaitu mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah.

Apabila seseorang itu meninggal perkara pertama yang perlu dilakukan warisnya adalah untuk melantik pentadbir. Permohonan untuk melantik pentadbir ini boleh dibuat di Pejabat Tanah ataupun Mahkamah Tinggi bergantung kepada berapa banyak harta yang ditinggalkan simati. Jika nilai hartanya kurang daripada RM2 juta memadai permohonan untuk mendapatkan LA itu dibuat dipejabat Tanah. Untuk maklumat terperinci boleh klik pada Panduan Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil di SINI.

Hanya setelah pentadbir dilantik dan semua aset itu dipindahkan ke atas namanya barulah boleh diagihkan mengikut faraid ataupun sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh simati.

Dalam kes klien aku ini, dia tidak pula membuat sebarang wasiat ataupun meletakkan penama bagi pelaburannya. Jika diletakkan penama, segala urusan pindah milik pelaburannya boleh dibuat dengan mudah. Dalam tempoh 30 hari penyerahan dokumen, wang simati boleh diserahkan kepada pihak-pihak berkenaan. Prosedur pindahannya menjadi amat senang, cepat dan lancar.

Namun tidak semua orang yang menyedari kepentingan membuat wasiat ataupun penama bagi simpanan.  Apabila berlaku kematian, ketika itulah siwaris perlu bersusah-payah untuk menguruskan semua yang berkaitan harta simati. Waris bukan saja mewarisi harta-hartanya malah hutang-piutangnya juga. Jika hutang-piutang itu tidak disenaraikan ataupun tidak diketahui sesiapa, bagaimana dapat ia dilunaskan sedangkan amalan anak Adam itu tergantung-gantung selagi hutang-piutangnya tidak dijelaskan?

Mati walaupun hakikatnya satu kepastian bukanlah isu yang digemari kerana kebanyakannya (termasuk aku sendiri) memikirkan kita akan hidup bertahun-tahun lagi. Jika tidak dibuat hari ini, esok masih ada. Tetapi adakah kita pasti esok masih ada untuk kita?

Tidak menghairankan ketika diadakan penulisan wasiat baru-baru (diberikan percuma kepada klien-klienku) hanya beberapa kerat saja yang hadir. Ramai yang menganggapnya tidak penting. Mungkin apabila sudah berdepan dengan kesulitan untuk menguruskannya baru timbul kesedaran pentingnya wasiat dan juga penama ini?

Berbalik kepada waris klien aku tadi, dia terpaksa membuat permohonan semula untuk mendapatkan suratkuasa pentadbir. Harta yang ada perlu dituntut, Jika tidak jumlahnya akan bertambah. Sehingga kini mengikut pengetahuanku sejumlah RM52billion harta (alih dan tak alih) yang tidak dituntut kerana tiada pentadbirnya. Ruginya harta sebanyak itu dibiarkan begitu saja... tidak boleh nak dimajukan dan tidak juga boleh diagih-agihkan...

Saban tahun jumlahnya semakin meningkat. Dan sekiranya tiada kesedaran masyarakat bahawa wasiat atau penama itu adalah salah satu persediaan kita sebelum mati, jumlah itu akan terus bertambah dan waris-waris kita akan terus berdepan dengan pelbagai kesulitan ekoran ketidak bertanggungjawaban kita ke atas harta benda kita sendiri..

p/s: untuk suatu tempoh terhad pihak kami (aku dan beberapa rakan lain) ada menjalankan bengkel penulisan wasiat percuma. sekiranya ada yang berminat boleh menghubungiku ataupun menghantar sms ke talian 013-3311981.
Kalau Suka LIKE le..

Friday 31 May 2013

Goodie bag paling praktikal and paling jimat


Bila merancang untuk buat majlis perkahwinan, semuanya berlegar-legar dalam kepala. Macam-macam yang difikir tambah pula bila majlis yang dibuat itu jenis bajet.. Semuanya mesti dirancang dengan baik daripada awal sehingga akhir. Namun dalam nak berbajet-bajet tu, terbabas juga... Apa-apa pun Kitty masih tetap rasa teruja sebab semuanya berjalan dengan lancar. Nak kata perfect, tidaklah sepenuhnya namun boleh dikatakan 80% puas hati. Alhamdulilllah....

Saja Kitty nak berkongsi cerita bagaimana Kitty cuba berjimat-jimat untuk majlis kahwin anak Kitty. Boleh percaya rasanya belum lagi dalam sejarah adat perkahwinan orang Melayu, majlis persandingan anaknya tiada bunga telur ataupun bunga pahar... Hahaha..tapi itulah yang berlaku. Bukannya tak nak buat ataupun tak mahu beli cuma rasanya bunga telur tu hanya adat saja. Bila majlis berlansung dan tetamu berjalan pulang berbekalkan cenderahati buatan sendiri, tak nampak signifikannya bunga telur tu...

Untuk tetamu pihak perempuan Kitty bernasib baik kerana makcik Kitty buatkan potpuri bunga dip. Itu yang mereka bawa pulang selain goodie bag berisikan kerepek pisang, maruku, kuih loyang (atau kuih goyang?), agar-agar kering, kuih bahulu, kuih kapal terbang dan juga kuih bangkit. Semuanya DIY. Kerepek pisang emak Kitty yang sponsor (buat sendiri) manakala kuih loyang, kuih bangkit, kuih kapal terbang dan kuih bangkit ditempah daripada orang Jengka. Adik Kitty pula sponsor maruku dan juga bahulu cermai. Untuk manis-manis mulut, agar-agar kering Kitty buat sendiri. Untuk sediakan lebih 1000 pek goodie bag bajetnya tak sampaipun RM1500...

Dari jumlah itu hampir 80% disponsor. Yang Kitty beli hanya beg kertas (Kitty guna paper bag goreng pisang warna putih) dan dolly paper. Reben kertas pelbagai warna memang ada dalam stok, so just habiskan yang lama. Hanya bila tak cukup baru Kitty beli.




So, inilah rupanya goodie bag Kitty. Paling ringkas, paling comel dan rasanya paling jimat. Di dalamnya Kitty masukkan tiga jenis kuih kering dipek kecil-kecil (kira-kira cukup sekali ngap aje..) lekat sticker dan dolly paper, bubuh reben kertas dan lepas tu stapler. Untuk siapkan lebih 1000 bungkus tu ambil masa tiga hari tiga malam jugalah...hahaha... Nasib baiklah ada buruh paksa yang membantu...

Alasan kenapa Kitty guna paper bag... Selalunya bila kenduri kahwin ramai yang akan membelanjakan ribu-ribu ringgit untuk bekasnya sama ada jenis botol kecil, kotak yang ditempah khas ataupun beli bag siap di kedai. Harga setiap satu mesti tak kurang RM1. Memang cantik dan nampak eksklusif tetapi lepas habis isinya orang akan campak buang. Part buang-membuang ini yang Kitty tak sanggup. Bagi Kitty, bekasnya tak begitu penting (tapi mesti nampak cantik dan comel). Yang penting isinya.

Apa-apapun semuanya terpulang pada individu itu sendiri. Senang cakap, majlis kahwin anak Kitty memang majlis bajet. So Kitty sediakan yang penting-penting aje... macam konsep tambang murah Air Asia yang tiada frills-frills tidak perlu...

Oh ye.. sebenarnya sebelum ni Kitty juga dah buat goodie bag guna kertas majalah. Kitty buat dalam 300 je sebabnya tak larat nak lipat and buat sorang-sorang. Itu yang beralih guna paper bag tu... Tak banyak pun yang tinggal masa lepas kenduri. Boleh dikatakan ngam-ngam aje.. Alhamdulilllah...
Kalau Suka LIKE le..

Monday 25 March 2013

jaga kesihatan

apa yang kitty buat di sini? tak taulah.. tiba-tiba rasa nak jalan ke luar. so selepas ambil borang redemption, kitty pun pergilah ke the store, klang. first intention nak beli ink printer. lepas tu rasa nak duduk sorang-sorang dan makan-makan.

jadi kittypun turun ground floor, singgah kat mcd. just to kill the time. teringat kitty kerja kat karangkraf dulu. masa ofis karangkraf di taman tun dr ismail. untuk ke tempat kerja kitty akan ambil bas berhampiran bangkok bank.

setiap kali dapat gaji, kitty akan belanja diri sendiri makan a & w yang ada kat situ. kitty akan duduk di tempat di mana kitty boleh tengok orang lalu-lalang. kitty akan duduk berjam-jam sendirian. makan sikit-sikit, menikmati setiap kunyahan. kitty amat suka coney dognya. rasa macam sedap sangat. berbeza sekali dengan rasanya sekarang. sekarang sudah kurang sedapnya atau tekak kitty yang sudah berubah selera?

terasa sangat begitu cepat masa berlalu.. mungkin kitty rasa tertekan memikirkan banyak perkara. dalam dua-tiga minggu ni memang kitty tak nyenyak tidur. bangun pagi mesti bahu dekat tengkuk rasa sakit dan kepala pula rasa berat. ingatkan salah tidur tapi bila pergi periksa, rupanya tekanan darah kitty meningkat.

macam manalah orang ada darah rendah boleh dapat darah tinggi? doktor kitty kata tak semesti mereka yang ada darah rendah tak boleh dapat darah tinggi. banyak yang boleh jadi penyumbang. antaranya tak cukup tidur (badan tak dapat rehat secukupnya), stress, makan tidak menentu.

bila badan dah macam enjin kereta tua, memang akan banyak ragamnya. kitty kena jaga kesihatan dan tidak boleh terlalu mendesak fikiran dan tubuh badan.

so the moral of the story, jagalah kesihatan diri...
Kalau Suka LIKE le..

Friday 22 March 2013

moment of life

immobilize
stunned
stoned
frozen
not moving.

with my two palms supporting my cheeks
my eyes thrown to the distant
without focus
dragging feeling just like a chain
pulling me down
bit by bit
down
down
and further down
to the unknown.

why do i have this gusty feeling
twirling
and twirling inside me
uncomfortable
and uneasy
just like a sinking ship
with no hope to see the shore
down
down
and down
to the bottom of the sea.

glimpse of the sun brings light of hope
just like the weather
at times it rains
at times it cloudy and gloomy
when the sun shines
gone were the rain
and gone were the dark clouds
and it is the time to celebrate.

moment of life
sometimes it just so unpredictable...

...


Kalau Suka LIKE le..

agar-agar kering lagi...

di mana ada gula, di situ mesti ada semut.. memang itulah musuh utama apabila membuat agar-agar kering. entah macam mana pula sang semut tu tau dalam bilik tidur kitty ada manisan enak.. letak atas tempat tinggi (atas mesin jahit) dan bertutup pulak tu...

selama dua minggu buat agar-agar tak ada pun semut yang datang menjengok... ingatkan boleh buat dengan aman namun begitulah..apabila bau manis memanggil-manggil, satu gerombolan datang. berduyun-duyun. nasib baiklah terik mentari membuat san semut pun tak tahan nak menjemurkan diri...

beginilah bila dah duduk bandar, nak menjemur agar-agar ni memang mencabar.. gunapakai je lah apa yang ada. kalau di kampung bolehlah jemur atas pokok pagar rumah ataupun tegakkan kayu kaki tiga dan letakkan dulang atasnya...

tapi sekarang mana nak jumpa batang kayu untuk buat tempat jemur macam tu?..  dulu-dulu rasanya orang kampung gunakan batang ubi kayu... panorama seperti ini boleh dilihat menjelang hari raya.. dulu-dulu bila nak buat kuih kena jemur bahan-bahannya dulu - tepung, tepung beras dan sebagainya.. nak buat bahulu pun guna sabut kelapa. sebelum boleh guna, sabut tu kena jemur dulu.


tempat menjemur paling praktikal.. tapi macam mana semut boleh naik sampai sini?  gigih sungguh semut-semut tu berusaha untuk mendapatkan makanannya...

yang purple perisa keladi


Kalau Suka LIKE le..

Thursday 21 March 2013

hambaNya seorang aku

apabila mulut rapat terkunci
hanya hati yang mampu bersuara
gemanya terngiang-ngiang di telinga
tiada siapa yang dapat mendengarnya
kecuali
diri sendiri.

tiba-tiba
 lidahku jadi kelu
hati bagaikan meratap
ada rasa pedih di situ
ada rasa sayu
dan airmata mula bersuara
berkata-kata
berkaca-kaca
memancarkan riak rasa sanubari.

sebenarnya
tiada badai besar yang melanda
mahupun gelombang setinggi bukit
cuma mungkin
riak-riak halus yang tak ketara
cuba dipendam dan dibiarkan
mula mengusik pintu hati
membuatnya rasa sakit.

aku akur
beginilah rentak kehidupan
pasrah pada Yang Menentukan
siapalah aku untuk menyoalnya
sedangkan seluruh kehidupanku berada dalam genggamanNya
tiada daya dan upayaku
tidak juga aku menyerah kalah
ku terima segala ujian ini
kerana ini adalah tanda kasih Allah
buat seorang aku
yang bernama hambaNya..

.........


kittymuiza
(menjelang 22 mac 2013)

Kalau Suka LIKE le..

persediaan doorgift - agar-agar kering


jika diikutkan hati, memang banyak idea yang ingin dibuat sebagai doorgift untuk tetamu. jika kitty kahwin dulu cukup sekadar hadiah bunga telur dan juga nasi berkat (majlis kahwin orang jawa memang kena ada nasi berkat sebagai buah tangan tetamu yang pulang tapi zaman moden ni.. tak mampu rasanya untuk sediakan nasi berkat...huhuhu.) so, jadinya sebagai ganti kitty gantikan dengan doorgift ataupun cenderahati..

fikir-fikir punya fikir dan skodeng blog-blog kawan-kawan kitty berkenan untuk jadikan agar-agar kering sebagai doorgift. lagipun nak buatnya bukan susah sangat. cuma perlukan masa dan keadaan cuaca yang panas terik. setelah dua minggu akhirnya terhasillah beberapa jenis agar-agar kering pelbagai perisa.

sengaja kitty buat macam-macam warna biar colourfull sikit. kitty guna aje perisa yang ada kat rumah. nak masam-masam sikit kitty guna pati sunquick. ada lebihan emulco pandan (kitty memang sentiasa ada emulco pandan ini untuk buat kuih kemboja..), jadilah agar-agar pandan.

ada perisa sirap ros, strawberi (yang ini kelakar sikit sebab rasanya tak kena dengan warna...cuba teka warna apa kitty guna?...hahaha..warna biru!), perisa vanila dan keladi.

cara nak buatnya mudah aje..
60gm agar-agar strip
1200gm gula pasir
200gm gula batu
1300 liter air

kitty didihkan air dulu sebelum masukkan agar2 dan kacau selalu cepat hancur. jangan tinggalkan buat kerja lain kerana kitty pernah terlupa..nasib baik tak hangus periuk tapi jenuh jugalah nak menyentalnya...)
bila dah hancur, masukkan gula batu. pastikan hancur dulu baru masukkan gula pasir. lepas tu barulah masukkan apa-apa warna dan perisa yang disukai.. tuang dalam dua dulang empat segi dan biarkan keras sebelum dipotong-potong menyerong... akhir sekali jemur hingga kerong dan biarkan bersaka atau naik gulanya...

bila kitty kira-kira setiap satu adunan tu baru aje dapat dalam 1.5kg. sekurang-kurangnya kena buat 12-15 kg lagi...banyak tu....
Kalau Suka LIKE le..

Sunday 10 March 2013

checklist hiasan bilik pengantin

terasa memang sangat mencabar apabila gadget moden ini tak begitu user friendly bagi pengguna seperti kitty yang sudah separuh abad ini... nak buat multiple upload gambar dari tablet ni pin berpeluh-peluh, asyik tak menjadi-jadi.. hasilnya - ada yang entri satu atau dua gambar je....isk, isk,isk nampak sangat kitty ini tak IT savvy..

hari ni saja nak buat checklist untuk bilik pengantin..
yang dah ada
1. set cadar dan sarung comforter
2. comforter (yang bahagian dalam tu - boleh tukar sarung dan basuh)
3. bantal kekabu baru (beli 2 dulu, 2 lagi mungkin guna bantal lama)
4. skirting katil (tak taupun rupanya ada jual skirting katil berasingan.... tapi salesman tu kata skirting ni permintaannya tak banyak, so mungkin tak lama lagi nak stop production. skirting ni kitty beli kat jusco.. 46 hinggit je after less 30%..
5. langsir - kitty beli kat ikea aje. murah. sepasang baru je 16.90. memang kitty beli banyak-banyak untuk tingkap satu rumah..mula plan nak jahit tapi mana ada masa... sibuk dengan kerja lagi, urus rumah lagi dan sekarang ni tambah lagi satu-rancang dan cari vendor-vendor untuk majlis kahwin anak kitty. kalau tak bawa bertenang memang boleh pening...
6. runner katil dan sarung kusyen - yang ini kitty cari kat khazanah, one utama new wing. saja nak bagi liplap-liplap sikit..kalau tak nampak plain sangat lah pulak...

yang ada dan perlu direfurnish
1. langsir tebal - sudah beli tapi belum jahit lagi
2. katil cengal dan meja solek.. ini katil kahwin kitty yang ditempah arwah tok melah hasil kerja tangan seorang bekas banduan. masih cantik. bila divarnish semula mesti lagi cantik...
3. rod langsir..yang ada tak culup panjang. nampaknya kena beli dan ganti.
4. cat bilik..ini kerja wan

yang kena beli
1. almari baju
almari baju kitty yang lsma sudah terkopek. so yang ini kena beli baru


so secara asasnya persediaan untuk bilik pengantin70% done...

Kalau Suka LIKE le..

Saturday 9 March 2013

idea hantaran kahwin





cupcake sponsor by my sepupu, nurul..sebab dulang ikeanya beli tujuh aje..yang ini guna pinggan putih
lama juga rasanya tidak menjengah ke blog sendiri.. kesibukan memang lumrah kehidupan. jika tidak diperuntukkan masa, sampai bila-bi
la pun tidak akan ada masa.

selesai sudah majlis pertunangan anak sulung kitty raya cina lalu.. semuanya buat sendiri dari segi hiasan bunga-bunga segar sehinggalah ke kusyen alas dulang dan juga lipatan telekung, kain untuk baju dan barangan lain...

sudah lama tidak memerah kepala otak mencari kreativiti. memang agak penat juga tapi hasilnya memang puas hati. semuanya buat sendiri dengan anak gadis kitty..sanggup bersengkang mata hingga jam 4 pagi... namun kalau sudah minat tak tidur pun tak apa.. lagipun bukan selalu...


cincin dalam sangkar


Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 19 February 2013

diy - sample goodie bag


ini dia sample goodie bag dari kertas majalah lama yang berlambak kat rumah... nampak macam okey tapi tak taulah kalau ada pengubahsuaian masa depan...



Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 5 February 2013

bunga pinang, kapur, cengkih dan gambir

appointment jam 8.20 pagi tapi sampai jam 9.30 pagi.... alahai siapa yang suruh lambat? Ingatkan boleh beat trafik jam di federal highway dengan keluar rumah jam 6.50 pagi. kantoi. jalan sesak bermula dari tol batu tiga. sebenarnya sudah lama aku tidak bersesak- sesak di jalanraya... sekali- sekala seronok juga! tapi kalau hari-hari boleh pitam...

sampai di us embassy sikit punya panjang orang beratur. aku buat muka selamba je..memang dah tahu lewat dan lambat. nasiblah pengawai yang bertugas ramah-mesra. "you have to concentrate and talk to the officer... i am just helping you.." dan aku pun tercegatlah berdiri depan kaunter tu mohon simpati. tak lama aku dibagi pas dan di suruh masuk....hihihi..berjaya juga aku. (pesan pada yang membaca: jangan tiru macam saya ye...)

bila sudah masuk mulalah sesi bagi dokumen (dipanggil ikut nombor giliran), ambil cap semua jari-jemari termasuk kiri dan kanan. lepas itu baru sesi interview. tak banyakpun yang ditanya. kacang aje tapi bila pegawai tu minta visa lama aku... mana nak ada. tak tau kat mana aku dah campak. yelah... buat visa sebelum berlakunya lagi tragedi 9/11.. dah berbelas tahun. visa aku tu pun dah expired lebih 5 tahun...

part visa - selesai. siap dua hari sebab aku nak ambil di klang saja. kalau tak, esok boleh ambil tapi aku malas nak meredah jammed lagi. esok ada agenda lain...

sementara nak tunggu lunch appointment, sempat juga aku jalan-jalan di masjid india. itupun sebab aku parking kereta di situ. kalau aku tak letak kereta di situ sudah pasti aku tak singgah.. sebenarnya aku ada benda nak cari...

akhirnya dapat juga. inipun setelah aku skodeng satu blog (sorrylah aku tak ingat nama blog tu...tapi dia kata kalau nak cari bunga pinang pergi ke jalan masid india, cari kedai bunga yang tak jauh dari mydin).

memang jumpa tapi untuk lebih jelas kedai bunga tu sebenar sebelah gerai makan. sebabnya nak cepat aku beli saja mana yang nampak tapi buatannya tak berapa kemas. aku jengok pulak kat gerai bunga india di sebelah (yang awal tu aku beli dekat kedai bunga cina - rm3 sebatang). kat kedai india tu cantik. dek dah terbeli awal aku beli juga lagi sebagai tambahan. cuma harga bunga pinangnya rm4 sekuntum. harga bunga kapurnya sama.

apa pasallah masa aku tinjau-tinjau tadi tak nampak yang itu... tak bole nak salahkan sesiapa sebab aku yang nak cepat.. sepatutnya kena recce dulu. bila dah nampak yang cantik dan betul-betul berkenan baru buat pilihan. cabarannya ketika itu aku sedang mengejar masa...


Kalau Suka LIKE le..

Saturday 2 February 2013

wordless...

today i choose not to talk too much.. since early in the morning i just shut my mouth  doing all my household chores without making any sound...

the moment i spoke is just to remind my youngest son, farhat to hurry up for his extra class in school...

and also answering my good friend`s phone call..  also to my daughter.. asking me to transfer some money to her account...

at certain times it better for me not to talk. not that i am done with talking but it is better to let my action speak. i am not protesting on anything nor do i try to have my way by being silence... only today i dont feel like talking..

there must be a reason...

yes. there must be a reason.  i am just letting my mouth to rest. all this while i have talk too much and i might have hurt other people`s feeling.. and by talking too much i might also hurt myself by discovering certain things that makes me miserable and angry at the same time...

feeling is very delicate... that should be handle with care. it`so fragile... and words can be your worst enemy...


and for today i choose to be silence...action without words...


Kalau Suka LIKE le..

Friday 1 February 2013

tak mudah nak buat orang suka pada kita...

bukan mudah untuk buat orang suka pada kita. rasa macam kita sudah buat yang terbaik. jaga akaunnya. update ikut masa dan pastikan dia untung atas pelaburannya tapi masih juga dia tidak berpuas hati dan beralih pada orang lain.. masa konsultantnya tinggalkan dan biarkan pelaburannya tidak dipantau, dia minta kita bantu jaga akaunnya. kita pun buatlah kerja sebagus boleh dengan pastikan dia labur dalam dana terpilih, buat switching bila tengok dana tu tak bergerak, switch lagi bila tengok market nak jatuh dan bila switch lagi bila market nak mula naik...

dalam unit trust tak ada istilah time the market... memang orang selalu kata beli masa rendah dan jual masa tinggi... tapi perkara itu tidak boleh diaplikasikan pada unit trust kerana unit trust adalah pelaburan jangka panjang... you have to stay invested all the time... pun begitu kena tengok siapa yang jaga akaun you dan bagaimana dia memanfaatkan keadaan pasaran...

apa-apapun aku terima apa jua yang berlaku dengan hati terbuka.. tak salahkan mereka juga kerana mereka mungkin tak tau. ada orang fikir kerja konsultan ini mudah - jalan sana sini jumpa klien dan dapat duit atas angin. mereka tak terfikir yang kita juga terpaksa memerah otak, pening memikirkan apa yang patut dibuat bila market turun(untuk pastikan untung yang ada itu tidak terhakis mengikut pergerakan pasaran)...

itulah antara cabarannya... tapi aku suka kerjaya ni kerana masanya yang fleksibel. lagipun aku ni bukan orang yang suka sangat ikut arahan (bosan bila orang perintah-perintah).. lebih baik buat kerja yang tak perlu lapor pada bos. kalau tak bos pun mesti pening kepala dapat pekerja yang buat ikut suka kepala dia je....

hari ni..
1. apply visa and schedule appointment online - done
2. set appointment - done
3. send complaint letter to hq (ada juga orang kerja tak beretika main suka-suka je rampas klien orang... bagi dia rasa sambal belacan aku...pedas ke tak pedas...)

aku tak lah marah cuma geram aje... manusia memang banyak karenahnya... tak mungkin aku dapst memuaskan hati semua orang.. asalkan aku sudah mencuba sedaya upaya selebihnya aku serahkan pada Yang Maha Kuasa. Tuhan lebih mengetahui...
Kalau Suka LIKE le..

hari yang macam lipas kudung...

aku tak pernah lagi tengok lipas kudung... tengok lipas telentang mabuk kena ridset tu ada la... tapi disebabkan sudah ada perumpamaan begitu akupun gunalah konon-konon untuk menunjukkan keadaan aku yang sibuk....

hari ini aku memang sibuk. pagi-pagi aku sudah bersilat di dapur untuk sediakan sarapan farhat... roti telur je untuk bekal ke sekolah... hari ini farhat ada merentas desa...kalau tak makan pagi, lembik pula nanti tak boleh nak lari... untuk makan tengahari aku sekadar masuk sup bebola ayam dan kubis dengan sambal goreng sardin aje.. malangnya tak sempat pun nak jamah dek kesuntukan masa..

lepas ni aku kena pergi ke bukit kiara equestrian sebab ada financial talk. dah terbabit dalam bidang kewangan kena jugalah tahu perkembangan ekonomi semasa...

selesai saja talk, aku singgah kejap ke tesco shah alam untuk cari pelan internet untuk tablet aku... yang ada pelan u mobile aje.. oklah sambar aje lagipun bila ada connection internet senang sikit nak update klien... lepas ni tak ada alasan lagi untuk tak pergi jumpa klien...(yang nilah part paling susah bila kerja sendiri...excuse...excuse...excuse...)

bagaimanapun semua berjalan seperti di rancang. Alhamdulillah. singgah sekejap di karangkraf untuk jumpa klien. berhasil. hahaha...aku berjaya mengebas majalah pengantin yang memang aku cari-cari.. bukan isu terkini tapi tak mengapa. janji dapat sudah cukup untukku belek-belek sebagai inspirasi...

tapi yang paling menyenang dan membahagiakan aku bila tengok komisen sudah masuk... Alhamdulillah boleh bernafas dengan sempurna... hilang semput-semput... aku bila terasa kocek berlubang besar mesti badan sakit-sakit. januari memang bulan kocek berlubang... besar pulak lubangnya... duit keluar macam paip pecah..tak boleh nak tahan-tahan. tapi nasib baiklah memang sudah buat peruntukan awal. memang tahu setiap hujung dan awal tahun duit memang banyak perlu diguna.. dari awal tahun lagi aku sudah simpan sikit-sikit... 

duit untuk guna hujung dan awal tahun aku simpan dalam current account aje... untuk persaraan aku simpan dalam unit trust. kena agihkan simpan mengikut matlamat.. senang dan tak bercampur aduk...

tapi ada satu yang aku rasa nak pitam bila tengok... buku catatan perbelanjaan aku bulan januari. bulan nilah dua-dua tayar aku kena tukar, bulan ini jugalah absorber belakang kereta aku buat hal... pendeknya januari memang bulan macam-macam. apa-apapun aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih memberiku rezeki dan memudahkan hampir semua urusanku....

Kalau Suka LIKE le..

Tuesday 22 January 2013

8 minute service

kebelakangan ini aku semakin cemerkap. jika selalunya boleh juggle dua-tiga kerja dalam satu masa, kini tak berapa menjadi. tak berapa boleh nak fokus sebab kepala banyak fikir benda lain.

apa-apapun tugas harian masih berjalan. makan tengahari farhat mesti ada untuk dia isi perut bila balik sekolah. breakfast samada oats+susu+kismis, nasi goreng, roti telur, roti sosej ataupun gulungan prata+cheese+carrot+mayonis+cili sos. ke sekolah mesti bersarapan tambahan pulak farhat sekarang 6.50am ke 7.20am ada kelas tambahan sinar pagi - dua kali seminggu. malam pula ada tuisyen lagi 4 malam berturut-turut kecuali jumaat.

kadang-kadang kasihan tengok farhat yang tertidur keletihan bersama kerja sekolahnya yang masih belum siap. tahun ini farhat memang kena kerja keras untuk menghadapi upsr. kena terus berusaha.. nothing comes easy.. itu bab cerita farhat.

hari ini memang banyak kerja yang perlu aku bereskan. pagi-pagi lagi aku sudah masukkan deposit untuk tempahan barang hantaran. lepas itu pergi semula ke standard chartered, klang untuk bayaran visa fee. settle.

aku tertarik pada sticker yang dilekatkan dibelakang kaunternya - 8 minit servis. servis dalam tempoh 8 minit yang memuaskan. sangat friendly siap panggil nama lagi (sempat officer tu jeling nama aku pada form sebelum mengambil form dan memprosesnya...) selesai. bergegas ke one utama lunch dengan klien yang juga kawan baikku.

banyak yang dapat ku selesaikan hari ni.
1.  update cash klien.
2. bayar deposit hantaran -via cimbclick je...
3. lunch appointment with Emma - settle for this year investment (planning nak ambil gambar food yang kami makan tapi sebab dua-dua orang sudah kebulur, lepas pinggan licin baru teringat nak ambil gambar...hahaha.. sedap juga makan di delicious, one utama. aku dan emma makan crispy salmon - salmon+asparagus+kentang dipotong kiub. sebab tak pedas kami minta cili sos. kami juga memesan cajun fried calamari dan airnya watermelon lychee dan frosty lychee lime. makanan memang sedap tapi yang aku tak sanggup nak tengok 10 % service charge dan 6% goverment taxnya. jumlah extra charge tu boleh makan sepinggan nasi arab yang kaw-kaw punya.. tapi itulah hidup di bandar... the customer have to bear all the cost...
4. ambil gambar untuk visa - done
5. apply visa online - belum. ini kerja esok.
Kalau Suka LIKE le..

Monday 21 January 2013

semoga sepupuku cepat sembuh

pagi tadi ketika aku sedang bersiap-siap nak keluar rumah, mak saudaraku sebelah bapa telefon. katanya anaknya (sepupuku) dimasukkan ke wad kecemasan dan masih lagi tidak sedarkan kerana jatuh motor. mak saudaraku tak dapat bercakap panjang, terdengar esakkannya di hujung talian.

aku cuba menenangkan perasaannya. memang doktor kata harapannya untuk hidup hanya 30% tetapi itu hanya kata-kata manusia yang terbatas pengetahuannya. Allah maha mengetahui dan jika belum sampai waktunya, insyaallah dia akan selamat.

keadaannya memang teruk dan masih memerlukan alat bantu penafasan. tangan kanannya patah manakala bahagian paru-parunya ditebuk. namun ada beberapa kali tampak kaki dan tangannya bergerak-gerak yang memberi sedikit kegembiraan pada ibu dan ayahnya.

ramai saudara-mara yang datang menjengok. dan baru terasa rupa-rupanya begitu lama aku tidak menemui sepupu-sepupuku yang kini masing-masing sudah berkeluarga. pak anjang dan makda dari hutan melintang pun ada. begitu juga dengan sepupuku dan isterinya yang datang dari manjung.

kuasa Allah memang sukar untuk diduga rahsianya. namun jika niat kita adalah untuk menjalinkan silaturrahim, Allah akan permudahkan dalam apa jua cara. Alhamdulillah, aku dapat melaksanakan semua yang ku rancang hari ini.

aku sempat buat bank draf untuk simpanan tiga orang anak klienku, sempat buat submission di hq, sempat ke standard & chartered (tapi tak boleh nak buat bayaran visa sebab tak print confirmation slip dari web american embassy...nampaknya esok kena pergi lagilah ke standard  chartered), sempat buat alignment kereta dan ziarah sepupu di hospital universiti...


sepupuku yang masih belum sedarkan diri...semoga Allah panjangkan hayatnya dan pulih semula seperti sediakala...amin


Kalau Suka LIKE le..

pencarian dulang hantaran

tiga hari juga aku mencari idea untuk mencari konsep dan dulang hantaran untuk majlis tunang anak lelakiku.. mula-mula sekali aku pergi ke ssf puchong. tiada idea yang aku boleh diadaptasi kerana barangannya lebih banyak kepada hiasan rumah dan bukan hantaran perkahwinan.

jenuh juga aku naik turun tiga tingkat bangunan tu (sebenarnya aku naik lif aje...) jalan-jalan tengok-tengok dan cari-cari barang yang sesuai. tak jumpa dan tak terlekat kat hati.

hari yang sama juga aku drive ke ssf damansara namun masih juga tiada yang menarik perhatian. sebenarnya kepala aku masih kosong, tak tau nak buat macam mana malah tak ada idea langsung.. pergipun setakat nak tengok-tengok untuk cari ilham sebelum dapat dikembangkan dan dipraktikkan...

di situ sempat juga aku singgah ke sun floral (kalau tak silap aku namanya) pusat jual borong bunga-bunga. macam-macam jenis bunga hiasan yang dijualnya...dah tau mana nak tuju. jika nak beli bunga aku akan datang ke sini..

tak puas hati sebelum sampai rumah sempat juga aku singgah ke kk home deco klang. hanya jalan-jalan sekadar jamu mata... kalau nak buat konsep ala-inggeris mungkin ada juga idea yang boleh dicedok dari situ...tapi aku tak berapa minat deco ala inggeris yang berbunga-bunga ni... banyak sangat bunga-bunga dan ropol-ropol buat aku rasa semak...berserabut kepala otak aku...

tapi aku suka lihat orang yang pandai deco rumah mereka gaya inggeris... latar putih tu yang aku suka...nampak cozy apabila bijak menyusun dan menyuaipadannya...simple dan tidak terlalu sarat... putih akan match dengan apa saja...

esoknya pula aku ke gm, klang. bukan tempatnya untuk cari hiasan barang hantaran. tapi kat sini aku terjumpa keronsang yang ramai deko hantaran guna untuk hias bucu bantal hantaran. aku taklah beli sebab tak pasti nak guna bantal hantaran sebagai alas hantaran. apa-apapun aku dah tau di mana nak cari apabila nak guna nanti...
Kalau Suka LIKE le..

Sunday 20 January 2013

pencarian cincin tunang

semalam bermulalah pencarian cincin tunang untuk anak lelaki ku. hanya satu kedai saja yang singgahpun iaitu kedai poh kong di tesco, kelang. singgahpun sebab nak beli kain polos untuk dibuat sarung kusyen alas dulang hantaran.

tidak banyak pilihan dan rekabentuknya juga kurang menarik. mungkin juga sebab layanan pembantu jualan yang kami temui (aku dan wan sempoi sangat) - wan dengan t-shirt lusuhnya dan aku biasalah tapi taklah berserabai berkain batik aje. mungkin  dia tengok kami macam orang tak berduit jadi layanpun ala-ala kadar aje...

pada aku attitude macam tu memang tak bagus tapi tak apa... lu punya barang gua punya duit. lagipun ia tidak buat aku rasa tertekan bila salesgirl tu tak layan betul-betul. kalau dia layan betul-betul kasihan dan rasa bersalah pula sebab tak beli. apa-apapun she might be losing one potential customer... kalau dia layan bagus mungkin aku akan datang balik.

aku ni memang cerewet. nak cari barang mesti yang nampak cantik tapi pada harga yang aku bajet. nak bagi pada orang biarlah yang cantik dan molek. aku dah pesan pada wan, bila nak beli cincin cari yang dalam lingkungan harga sekian-sekian. biar bersederhana dan berpatutan. tak perlu nak berhabis-habisan untuk beli barang hantaran  dan  majlis kenduri kahwin. mana-mana yang boleh jimat dijimatkan....

nilai wang sekarang makin kecil. 26 tahun dulu masa aku kahwin hantaran rm2500 je tapi cukup untuk majlis kenduri...tumbang sekor lembu lagi! Hantaran sekarang mesti 10k ke atas itupun masih tak boleh cover kos keseluruhan majlis...

macam manalah agaknya kehidupan 10 ke 15 tahun akan datang? aku tengok gaji diploma anak aku tak sampai pun 2k, tak banyakpun bezanya masa aku mula kerja 25 tahun dulu. kenaikan gaji ciput bergerak macam semut tetapi kenaikan kos sara hidup berlipat-lipat..  memang sangat-sangat mencabar tapi itulah cabaran hidup...

pesan untuk anak...biar sikit gaji tetapi berkat. carilah keberkatan atas segala daya usahamu..insyaallah Allah itu masih pengasih dan pemurah. jika ada usaha, doa, bertawakal dan redha pasti akan nampak hasilnya..

pencarian cincin tunang anakku belum muktamad lagi.. aku dah cakap pada anakkku belilah pada orang kita...sekurang-kurangnya duit-hinggit kita itu dapat membantu orang kita..rasanya itu lebih baik menyokong perniagaan sesama muslim...
Kalau Suka LIKE le..

Saturday 19 January 2013

Sudah sampai masa..

19 Jan 2013

Memang aku dah agak tidak lama lagi anakku akan mengakhiri zaman bujangnya apabila jemputan open house raya tahun 2012  bukan kawan-kawan lelaki tetapi kawan-kawan perempuan.

Yalah, usia nak masuk 25 memang sesuai sangatlah mula fikir pasal kahwin. Aku dulupun kahwin umur 25. Setahun kemudian dapat anak seorang. Untuk Wan aku tak risau sangat sebab aku dah suruh dia buat persediaan awal. Bila dia mula bekerja saja, sebahagian wang gaji pertamanya diberikannya kepadaku... teringat kisah Syed Mokhtar Albukhari, billionaire kebanggaan Malaysia tu yang memberikan sebahagian wang gaji pertamanya kepada ibunya...memang ada keberkatan di situ...dan keberkatan itulah yang aku inginkan untuk anakku...

Aku tak gunapun sangat duitnya. Cuma aku tolong simpan. Awal-awal aku dah pesan.. berbelanja tidak boleh melebihi daripada pendapatan. Simpan sekurang-kurangnya 10% peratus daripada pendapatan dan itulah yang dilakukannya.

Kelulusan gaji diploma, bukannya banyak mana sangat. Namun alhamdulillah banyak yang boleh disimpan dan dijimatkan. Faham sangat peel anak muda sekarang..pantang saja ada gajet baru mesti teringin nak beli. Aku tak pula melarang cumanya sebelum dia beli, aku akan minta dia fikir dua-tiga kali, perlu atau tidak perlu? Penting atau tidak? Kadang-kadang gajet ni fungsinya bertindan. Contoh handphone. Tak perlu nak beli kamera yang canggih-canggih dan habis beribu-ribu ringgit jika kegunaannya boleh dikira. Kamera handphone kan ada..guna aje mana yang ada, jimat wang dan tidak membazir..

Bila dapat duit claim aje, aku akan suruh dia simpan semua atau paling tidak 70%. Jika dia ingin sesuatu aku galakkan beli secara tunai...senang tiada hutang kemudian hari. Aku sendiri memang tak guna kad kredit.. kad kredit pun tak ada sebab dah pulangkan pada bank tiga tahun dulu. Sekarang bila nak beli sesuatu guna tunai aje...bukanpun perlu bawa tunai banyak-banyak dalam dompet, guna aje ATM kad tu yang juga berfungsi sebagai kad debit..

Jadi bila Wan bersuara nak kahwin, aku tak risau sangat. Duit hantaran kahwin sudah ada. Aku cuma perlu support duit kenduri aje...

Alhamdulillah...aku memang suka bab-bab perancangan kewangan ni... hidup kena ada perancangan barulah dapat diukur peningkatan ataupun kemunduran...
Kalau Suka LIKE le..

Friday 18 January 2013

Jurnal bakal ibu pengantin

Assalamualaikum...
Sejak anak sulungku, Wan mula mempunyai teman wanita dan tidak lama kemudian bercerita pasal kahwin...banyak benda mula bermain di fikiranku. Pertama sekali, aku semakin sedar usia sudah semakin meningkat dan anak-anak yang dibela dan dijaga sudah mula ingin membina kehidupan sendiri.

Bukan diri rasa tergugat dengan kehadiran orang baru apalagi ingin berebut kasih sayang dengan anak...cuma hati sentiasa berdoa semoga anakku bertemu dengan seorang gadis yang mampu membantu dan mengingatkannya mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang manusia dan hamba Allah.

Banyak sudah ku lihat anak-anak lelaki yang apabila beristeri semakin menjauhkan diri daripada keluarga khususnya ibu dan bapa. Dan tanpa mereka sedari menghiris perasaan dan membuat ibubapa berkecil hati. terguris hatinya...

Ini yang ingin aku jelaskan kepada anak-anakku... Di manakah patut diletakkan keutamaan (prioriti) dalam hidup mereka nanti..

Anak-anak ibu ingin berpesan...
Untuk tiga orang anak lelakiku, Wan, Syakir dan Farhat...

Yang pertama keutamaanmu adalah kepada Allah..
Yang kedua adalah kepada Rasulmu...
Yang ketiga adalah kepada ibumu...
Yang keempat adalah ayahmu...
Yang kelima adalah isterimu...

Pertama sekali yang wajib kau cintai dan sayangi adalah Penciptamu, Allah SWT dan Rasulnya, Muhammad SAW..

Kedua yang perlu kau kasihi dan sayangi adalah ibumu yang telah mengandung, melahir dan membesarkanmu...

Ketiga sayangi dan hormati ayahmu...

Dan keempat, sayangi dan kasihi isterimu serta bimbinglah dia menjadi isteri solehah dan bakal peneman mu di syurga nanti...

Ingat anak-anak lelakiku...syurgamu adalah dibawah tapak kaki ibu dan syurga isteri adalah dibawah kaki suami...

Untuk satu-satunya anak perempuanku, Nur Afiqah..

Sebelum kau berkahwin, pertama sekali yang perlu kau patuhi adalah Allah dan Rasulmu...
Kedua, ibu dan bapamu...

Dan apabila kau berkahwin..
Pertama sekali letakkan kepatuhan pada Allah dan Rasulnya..
Kedua, suamimu selagi dia tidak menggalakkanmu kepada perkara yang mungkar...
Sebelum kau berkahwin, syurgamu terletak dibawah kaki ibubapamu namun setelah kau berkahwin...
Syurgamu terletak di bawah kaki suami...redha Allah adalah atas redha suamimu...

18 Jan 2013
Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping