Free blog ping

Tuesday, 8 May 2012

Mak ni lebih sayang siapa?..



"Ma ni... asyik suruh Ika aje... Wan tu... tak buat apa-apa pun!"

"Akir taulah... Farhat tu, ma biar aje... tak suruhpun!

"Ma ni...jangan manjakan dia orang tu sangat. Jangan bagi... Ini dia orang minta, mak bagi..."

Itu baru empat orang anak Kitty, tak taulah bagaimana keadaannya mereka yang beranak ramai. Walaupun keluar dari satu perut, sikap dan perangai mereka lain-lain. Antara adik-beradikpun ada rasa iri dan tak puas hati. Yang tua kata Kitty terlalu melebih-lebihkan dan memanjakan adik-adiknya. Adiknya pula kata Kitty ni berat sebelah, suka beza-membeza.

Begitulah selalunya tanggapan anak-anak pada ibu bapa. Pada pandangan Kittylah, tak ada seorang ibu bapa yang waras (Kitty kata ibu bapa yang waras ye..., yang tak waras tu akan sanggup buat apa saja!) akan membeza-bezakan seorang anak dari yang lain. Kitty rasa kasih-sayang yang mereka berikan itu sama saja.

Isu pilih kasih ni memang timbul dalam keluarga Kitty. Ia bukan isu terpencil. Ia masalah sejagat kerana Kitty pun masa kecil dulu pernah mengalami perasaan yang sama.

Kitty pernah tulis surat pada ibu bapa Kitty ketika Kitty belajar di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (setakat tiga bulan saja belajar kat maktab, lepas tu cabut masuk UiTM...) bertanya kenapa Kitty dibeza-bezakan daripada adik-beradik yang lain? Kenapa bapa bagi Kitty Atuk bela? Kenapa bapa tak bela Kitty sendiri? Kenapa tak ambil balik Kitty supaya boleh duduk sama adik-adik Kitty yang lain? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Masa tu memang Kitty rasa terasing dan tersisih.

Surat Kitty itu telah membuatkan kedua  ibu bapa Kitty menangis. Mengalir air mata mereka. Ketika balik bercuti, kami duduk bersemuka. Emak dan bapa jelaskan semuanya dan Kitty mulai faham.

Bila perkara ini dibangkitkan, perkara sama Kitty jelaskan kepada anak-anak Kitty dan Kitty rasa mereka juga sudah mulai faham.
Tanyalah pada mana-mana ibu bapa yang waras, adakah mereka membeza-bezakan antara anak-anak mereka? Kitty rasa jawapannya, tidak. Bagi yang ada anak, cuba tanya diri sendiri. Adakah kita membeza-bezakan anak-anak kita? Kalau belikan baju untuk seorang, pasti kita akan belikan juga untuk yang lain kan?

Pada Kitty yang membezakan adalah perangai dan karenah anak itu sendiri. Ada anak yang perlukan pendekatan lembut dan ada yang perlukan ketegasan. Bagaimana cara kita wujudkan jalinan mesra (bonding)  itu dengan anak-anak?

Sebagai manusia, Kitty tidak nafikan ada orang yang kita sangat-sangat suka, suka, kurang suka, tak suka dan sangat-sangat tak suka. Ada tahap-tahapnya. Kalau di pejabat, orang yang bos sayang kita panggil 'kaki bodek', 'kaki kipas' atau 'kaki ampu'. Kalau dikalangan adik-beradik nak panggil kaki apa...? Apa matlamat dan tujuannya?

Teringat Kitty kisah mata lebah dan mata lalat. Hidup ni kena pandang ikut mata lebah kerana lebah bila ia lalu di tempat yang busukpun, lebah akan cari benda yang cantik dan wangi. Berbeza dengan lalat. Lalat sungguhpun berada dilingkungan yang bersih, ia akan tetap mencari tempat yang teruk dan busuk! Pada pandangan Kitty yang sempit nilah... Semuanya bergantung pada pandangan dan sangkaan kita sendiri...

Maaflah kalau ada hati yang tersentuh. Tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa... Prinsip Kitty mudah: Lapangkan dada dan berbaik sangka.. Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi..

Subhanallah....
Kalau Suka LIKE le..

3 comments:

  1. biasanya ibubapa x membezakan anak2 cuma kdgkala anak2 je yg merasakan diri mereka dibeza2kan.bila anak2 merasakan begitu maka timbullah berbagai prasangka ant. satu sama lain. masa kecil mgkin semuanya x pandai nk berfikir lg, tp bila meningkatnya usia dan fikiran mereka semakin berkembang, mereka akan mula berfikir dan mula memperbetulkan tanggapan mereka masa lalu...Yang penting tahu menggunakan akal untuk berfikir....

    ReplyDelete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping