Free blog ping

Thursday 10 May 2012

Duit, duit, duit...


Selalu sangat Kitty diaju persoalan ini. Ramai yang tanya macam mana nak cari duit; buat duit, tambah duit, simpan duit, kembangkan duit tapi tak ada pula yang tanya macam mana nak habiskan duit! Hahaha.. Rasa Kitty, bagaimana nak habiskan duit, buang duit, licinkan duit semua orang tahu. Tak perlu nak tanya ataupun cari petua. Boleh dikatakan semua pakar termasuklah diri Kitty hehehe...

Sebenarnya ada banyak tempat boleh simpan duit sama ada dalam bentuk tunai ataupun bukan tunai. Kita boleh simpan dalam akaun simpanan biasa, akaun semasa, akaun simpanan tetap (fixed deposit), Tabung Haji, KWSP, ASB, Saham Amanah, Saham Koperasi, ataupun Bursa Saham.

Simpanan dalam bentuk bukan tunai pula adalah seperti perak, emas, hartanah yang masing-masing punya kelebihan dan kekurangannya.

Tiada Risiko

Simpanan yang tiada berisiko adalah simpan duit dalam akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, Tabung Haji dan ASB kerana nilainya dollar to dollar (masuk seringgit keluarpun seringgit).

Simpanan di bank atau mana-mana institusi perbankan mempunyai perlindungan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dengan had perlindungan maksimum pendeposit RM250,000. Hanya 99% pendeposit dilindungi sepenuhnya. (Rujuk laman web PIDM)

Maknanya jika seorang itu menyimpan RM500,000 had maksimum perlindungannya hanya RM250,000. (Rujuk jadual pengiraan PIDM). Jika berlaku kegagalan institusi kewangan, insurans akan membayarnya RM250,000 aje... Baki RM250,000 lagi tu... burn!

Akaun simpanan biasa kadar keuntungannya memang tersangat rendah. Biasanya orang guna untuk kegunaan harian - masuk gaji, cucuk ATM ambil gaji. Kadar pulangannya teramat-amatlah sedikit. Cuba tengok akaun masing-masing. Beberapa sen aje sebulan yang masuk?

Akaun simpanan tetap memberi pulangan antara 3 ke 4 % setahun untuk tempoh tiga, enam bulan, setahun ataupun tiga tahun. Tiga atau empat peratus itu perlu dibahagi dengan 12 bulan dan itulah anggaran sebulan pulangan. Jika simpan 3 bulan darablah peratus pulangan itu dengan 3. Tapi jika jumlahnya juta-juta boleh negotiate dengan bank untuk dapat pulangan lebih tinggi sikit... (Juta-juta RM tu Kitty mana ada... tapi kalau juta rupiah bila-bila saja... hahaha)

Simpanan dalam akaun Tabung Haji boleh memberi anggaran pulangan antara 4 ke 5 peratus setahun. Yang menariknya pulangan itu sudah ditolak zakat. Jadi penyimpan tidak perlu lagi membayar zakat simpanan bila menyimpan dalam Tabung Haji.

Pulangan ASB lebih tinggi anggaran 7 ke 9 peratus. Pulangannya diberi setiap akhir tahun. Pengiraan pulangannya secara pro-rata berdasarkan berapa bulan disimpan.

Cukuplah dulu ye... Nanti Kitty sambung lagi mengenai simpanan yang boleh memberikan pulangan tinggi...



Kalau Suka LIKE le..

1 comment:

  1. ssalmmualaikum..korang nak bagitahu ni globallshare..dia ni macam fb..tapi bila kita invite 5 kawan kita dapat 1 share..nanti dia akan bayar kita sebab promotekan link dia..ni bukan berniaga...k..tiada bayaran..saya memang la x boleh janji dia ni betul ke x..tapi kalo korang nak cuba boleh sebab x der caj...k..yang pasti benda ni kena usaha la ajak kawan..baru kita dapat income...terpulang rasa nak join ker x...sebab saya pun tau dari kawan saya..k...

    ADA EMAIL...X DER MODAL..TRY NI..
    saya dah dapat 1 share...anda biler lagi???

    1)sign up kat link ni..
    https://www.globallshare.com/en/2122949.html
    2)aktifkan dari email..
    3)bukak globallshare tekan kat GAS-WORLD..aktifkan...
    4)invite kawan 5 orang..dah dapat 1 share..huhu..

    ReplyDelete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping