Free blog ping

Sunday 20 January 2013

pencarian cincin tunang

semalam bermulalah pencarian cincin tunang untuk anak lelaki ku. hanya satu kedai saja yang singgahpun iaitu kedai poh kong di tesco, kelang. singgahpun sebab nak beli kain polos untuk dibuat sarung kusyen alas dulang hantaran.

tidak banyak pilihan dan rekabentuknya juga kurang menarik. mungkin juga sebab layanan pembantu jualan yang kami temui (aku dan wan sempoi sangat) - wan dengan t-shirt lusuhnya dan aku biasalah tapi taklah berserabai berkain batik aje. mungkin  dia tengok kami macam orang tak berduit jadi layanpun ala-ala kadar aje...

pada aku attitude macam tu memang tak bagus tapi tak apa... lu punya barang gua punya duit. lagipun ia tidak buat aku rasa tertekan bila salesgirl tu tak layan betul-betul. kalau dia layan betul-betul kasihan dan rasa bersalah pula sebab tak beli. apa-apapun she might be losing one potential customer... kalau dia layan bagus mungkin aku akan datang balik.

aku ni memang cerewet. nak cari barang mesti yang nampak cantik tapi pada harga yang aku bajet. nak bagi pada orang biarlah yang cantik dan molek. aku dah pesan pada wan, bila nak beli cincin cari yang dalam lingkungan harga sekian-sekian. biar bersederhana dan berpatutan. tak perlu nak berhabis-habisan untuk beli barang hantaran  dan  majlis kenduri kahwin. mana-mana yang boleh jimat dijimatkan....

nilai wang sekarang makin kecil. 26 tahun dulu masa aku kahwin hantaran rm2500 je tapi cukup untuk majlis kenduri...tumbang sekor lembu lagi! Hantaran sekarang mesti 10k ke atas itupun masih tak boleh cover kos keseluruhan majlis...

macam manalah agaknya kehidupan 10 ke 15 tahun akan datang? aku tengok gaji diploma anak aku tak sampai pun 2k, tak banyakpun bezanya masa aku mula kerja 25 tahun dulu. kenaikan gaji ciput bergerak macam semut tetapi kenaikan kos sara hidup berlipat-lipat..  memang sangat-sangat mencabar tapi itulah cabaran hidup...

pesan untuk anak...biar sikit gaji tetapi berkat. carilah keberkatan atas segala daya usahamu..insyaallah Allah itu masih pengasih dan pemurah. jika ada usaha, doa, bertawakal dan redha pasti akan nampak hasilnya..

pencarian cincin tunang anakku belum muktamad lagi.. aku dah cakap pada anakkku belilah pada orang kita...sekurang-kurangnya duit-hinggit kita itu dapat membantu orang kita..rasanya itu lebih baik menyokong perniagaan sesama muslim...
Kalau Suka LIKE le..

3 comments:

  1. beli aje kat Habib... sempoi camner pun mereka mesti layan you la... tambah2 bawa anak teruna sebelah... mereka can for see you nak beli cincin tunang, nikah... and gelang tangan cucu ke... he he

    ReplyDelete
  2. beli kat Habib aje..mereka mesti layan ... tambahan datang dengan anak teruna, ada sale mendatang for cincin nikah, cincin risik and gelang cucu mendatang... he he

    ReplyDelete
  3. Thanks Acepaizah.... Lepas ni memang kena habib..tak terfikir pulak gedung emas tersohor tu...

    ReplyDelete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping