Free blog ping

Friday 31 May 2013

Goodie bag paling praktikal and paling jimat


Bila merancang untuk buat majlis perkahwinan, semuanya berlegar-legar dalam kepala. Macam-macam yang difikir tambah pula bila majlis yang dibuat itu jenis bajet.. Semuanya mesti dirancang dengan baik daripada awal sehingga akhir. Namun dalam nak berbajet-bajet tu, terbabas juga... Apa-apa pun Kitty masih tetap rasa teruja sebab semuanya berjalan dengan lancar. Nak kata perfect, tidaklah sepenuhnya namun boleh dikatakan 80% puas hati. Alhamdulilllah....

Saja Kitty nak berkongsi cerita bagaimana Kitty cuba berjimat-jimat untuk majlis kahwin anak Kitty. Boleh percaya rasanya belum lagi dalam sejarah adat perkahwinan orang Melayu, majlis persandingan anaknya tiada bunga telur ataupun bunga pahar... Hahaha..tapi itulah yang berlaku. Bukannya tak nak buat ataupun tak mahu beli cuma rasanya bunga telur tu hanya adat saja. Bila majlis berlansung dan tetamu berjalan pulang berbekalkan cenderahati buatan sendiri, tak nampak signifikannya bunga telur tu...

Untuk tetamu pihak perempuan Kitty bernasib baik kerana makcik Kitty buatkan potpuri bunga dip. Itu yang mereka bawa pulang selain goodie bag berisikan kerepek pisang, maruku, kuih loyang (atau kuih goyang?), agar-agar kering, kuih bahulu, kuih kapal terbang dan juga kuih bangkit. Semuanya DIY. Kerepek pisang emak Kitty yang sponsor (buat sendiri) manakala kuih loyang, kuih bangkit, kuih kapal terbang dan kuih bangkit ditempah daripada orang Jengka. Adik Kitty pula sponsor maruku dan juga bahulu cermai. Untuk manis-manis mulut, agar-agar kering Kitty buat sendiri. Untuk sediakan lebih 1000 pek goodie bag bajetnya tak sampaipun RM1500...

Dari jumlah itu hampir 80% disponsor. Yang Kitty beli hanya beg kertas (Kitty guna paper bag goreng pisang warna putih) dan dolly paper. Reben kertas pelbagai warna memang ada dalam stok, so just habiskan yang lama. Hanya bila tak cukup baru Kitty beli.




So, inilah rupanya goodie bag Kitty. Paling ringkas, paling comel dan rasanya paling jimat. Di dalamnya Kitty masukkan tiga jenis kuih kering dipek kecil-kecil (kira-kira cukup sekali ngap aje..) lekat sticker dan dolly paper, bubuh reben kertas dan lepas tu stapler. Untuk siapkan lebih 1000 bungkus tu ambil masa tiga hari tiga malam jugalah...hahaha... Nasib baiklah ada buruh paksa yang membantu...

Alasan kenapa Kitty guna paper bag... Selalunya bila kenduri kahwin ramai yang akan membelanjakan ribu-ribu ringgit untuk bekasnya sama ada jenis botol kecil, kotak yang ditempah khas ataupun beli bag siap di kedai. Harga setiap satu mesti tak kurang RM1. Memang cantik dan nampak eksklusif tetapi lepas habis isinya orang akan campak buang. Part buang-membuang ini yang Kitty tak sanggup. Bagi Kitty, bekasnya tak begitu penting (tapi mesti nampak cantik dan comel). Yang penting isinya.

Apa-apapun semuanya terpulang pada individu itu sendiri. Senang cakap, majlis kahwin anak Kitty memang majlis bajet. So Kitty sediakan yang penting-penting aje... macam konsep tambang murah Air Asia yang tiada frills-frills tidak perlu...

Oh ye.. sebenarnya sebelum ni Kitty juga dah buat goodie bag guna kertas majalah. Kitty buat dalam 300 je sebabnya tak larat nak lipat and buat sorang-sorang. Itu yang beralih guna paper bag tu... Tak banyak pun yang tinggal masa lepas kenduri. Boleh dikatakan ngam-ngam aje.. Alhamdulilllah...
Kalau Suka LIKE le..

11 comments:

  1. Salam..

    Nak tanya...mana nak beli paper bag mcm tu yg color putih..? puas cari tp tak jumpa.. ;(
    kat kedai biasa ada tak jual dolly paper tu?
    share ye info..
    terima kasih banyak2... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Rashidah...
      Paper bag tu kitty beli kat 2Ply, klang, dekat pasar klang tu... Masa beli tu hari mmg banyak tapi bila pergi baru-baru tak nampak la pulak.. kalau tak ada boleh order kt dia org..
      Dolly paper tu ada dijual kt pasaraya..tapi kalau senang nk dpt cari kat kedai jual bhn cek... Byk pilihan n ada 2-3 warna...

      Delete
    2. Opps..typo error...kedai bahan kek ye...bukan cek...

      Delete
  2. Hai kak..dolly paper tu mahal x ek...

    ReplyDelete
  3. boleh tak bg num contact org yg jadi supplier paper bag . . sbb susah nk cari wrna selain wrna coklat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hnz ennterprise kad kahwin26 May 2014 at 20:27

      Kami pembekal colorful paper bag, 6 warna / putih / brown

      boleh survey facebook kami
      hnz enterprise kad kahwin

      Delete
  4. 0166686576 dia jual paper bag murah.. putih n brown

    ReplyDelete
  5. 0166686576 yati.. dia jual paperbag brown dan putih

    ReplyDelete
  6. 0166686576 dia jual paper bag murah.. putih n brown

    ReplyDelete
  7. hnz ennterprise kad kahwin26 May 2014 at 20:25

    Salam cik

    HNZ Enterprise Kad Kahwin pembekal brown paper bag / white paper bag / colorful kraft paper bag ( 6 warna).

    Boleh layari facebook kami

    https://www.facebook.com/hnzkadkahwin

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..saya jumpa yg kale putih, boleh dapat di chow kit, syarikat perniagaan wakim sdn. bhd..boleh google/waze

    ReplyDelete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping