Free blog ping

Friday 1 June 2012

Wow! Isteri ke Empatnya MJ5!


Petang semalam Kitty jumpa En Man. Saja duduk borak-borak sambil ambil salinan IC dan cap jari. Tiba-tiba En Man bersuara:
"Sekarang ni kalau nak buat loan kereta, susah betul... adik-beradik saja yang boleh jadi guarantor... Suami pun tak boleh.."
"Ya ke?.."
"Haah... my third wife nak tukar kereta...."
"Third wife?..." Melopong Kitty mendengarnya.. En Man ada berapa isteri?"
"Empat.."
"Empat? Biar betul En Man?... Seorang pun kadang-kadang tak boleh nak handle, ini pula empat... hebat tu!...
En Man hanya tersengih.
"Jadi, selama ni... saya datang jumpa En Man, memang En Man dah ada empat isterilah?...
Dia menganggukkan kepala. Sengihnya tak hilang lagi. "Dah cukup kuota..."
"Tak gaduh ke?"
"Tak. Masing-masing dah tahu.."
"Macam mana first wife En Man? Dia tak melenting ke?"
"Dia tak tahu. Setiap hari I balik rumah..."
"So, kalau balik rumah hari-hari, bagaimana isteri-isteri yang lain?"
"Pandai-pandailah...."

Kitty teringat En Man selalu cerita yang hobinya, memancing, main golf dan adakalanya buat bengkel atau seminar.... Ooo... itu dia alasannya... En Man bagi tahu semua isterinya dinikahi di sini bukannya di sempadan ataupun di seberang..

"Tak perlu dapat kebenaran isteri pertama ke?..."
"Tak. Buat saja permohonan di mahkamah.. tengok layak atau tak layak.. boleh aje kahwin..."

Mudahnya berkahwin lagi...

Untuk mengahwini isteri kedua, anak dara yang berbelas-belas tahun lebih muda darinya En Man hadapi sedikit kesukaran kerana ditentang keluarga isteri. Isteri ketiganya, anak dara tua manakala isteri keempat En Man sebut sebagai MJ5 (Mak Janda Anak Lima...)

Dua tahun En Man ambil masa untuk cukupkan kuota!

Cuma Kitty rasa kasihan pada isteri pertama... dalam senyap-senyap dia dimadukan. Bagaimanalah perasaannya bila dia dapat tahu?..

p/s: Kitty tak boleh nak komen banyak-banyak bab bermadu ni... Memang manis bagi lelaki tetapi banyak yang jadi racun bagi wanita... So, apa komen anda?...


Kalau Suka LIKE le..

3 comments:

  1. jom join nie.. saya tag awak.. http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

    ReplyDelete
  2. wow...yg ke 4 tu boleh tahan weii..
    tapi kesian kat bini pertama,xtahu apa2x..bini 2,3,4 xnak ke gtau ke,xpuas hati ke apa?.

    ReplyDelete
  3. adakalanye kena bagitahu.. adakala tak payah bagi tahu.. tengok situasi bini dia. kalau rasa kalau bagitahu lebih memudaratkan keadaan.. lebih baik diamkan saja...

    no 2 ke no 3 ke no 4,
    kengkadang tak semuanya tak berhati perut! tak semua nye patut digelar perampas!

    kini perempuan lebih ramai daripada lelaki..
    so, poligami akan lebih banyak berlaku,

    so perempuan kena siapkan diri dari segi fizikal dan mental!

    ^_^

    hidup bermadu tak semuanya madu bagi lelaki dan racun bagi perempuan!

    ReplyDelete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping