Free blog ping

Friday 27 November 2015

ISTERI MERANA KERANA HARTA


Assalamualaikum dan salam Jumaat yang gemilang..

Saya mendoakan anda dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan Yang Maha Esa. Semoga apa anda usaha dan impikan menjadi kenyataan.

Baru-baru ini saya bertemu kembali dengan seorang sahabat yang sudah agak lama tidak berjumpa. Kali terakhirnya bertemu dengannya adalah pada tahun 2012. Ketika itu, dia menghubungi saya memberitahu mengenai kematian suaminya dan meminta saya membantu menguruskan pengeluaran pelaburan arwah suaminya dalam saham amanah.

Selepas itu, adalah beberapa kali kami bertemu. Waktu itu, dia sedang menguruskan hal pusaka arwah suaminya dan ada sedikit konflik dengan keluarga sebelah mentua. Tidak banyak yang diceritakan waktu itu. Mungkin dia masih bersedih dan berada dalam keadaan tertekan.

Kematian suaminya adalah sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka. Selepas suaminya mendapat VSS daripada kilangnya, pasangan ini membuat pelbagai perancangan bersama anak angkat yang mereka bela sejak kecil.

Mereka tidak dikurniakan zuriat dan pada anak angkatnya inilah kedua-duanya menumpang kasih.
Usia anak angkatnya ketika itu baru 12 tahun.

Pasangan ini memang sangat loving. Mereka umpama belangkas. Ke mana-mana saja bersama. Sejak berhenti kerja, suaminya yang akan menghantar dan mengambil dia dari tempat kerja.

Sepulangnya dari tempat kerja semua sudah tersedia. Makanan sudah di masak. Kain baju sudah berlipat dan rumah cantik berkemas. Sesekala apabila bosan makan di rumah, mereka bertiga akan makan di luar dan begitulah rutin hidup sahabat saya ini.

Malangnya kebahagiaan itu tidak panjang. Suaminya tiba-tiba sesak nafas dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Doktor mengesahkan suaminya meninggal kerana serangan jantung. Muda lagi orangnya. Baru 42 tahun.

Sememangnya, maut itu memang sesuatu yang pasti. Cuma masa dan ketikanya saja yang kita taida tahu..

Selepas kematian suami, dia jadi hilang arah. Sebelum ini suaminya yang buat semua perkara. Dia tidak tahu apa pun. Nasib baik, suaminya seorang yang teratur. Semua dokumen-dokumen penting diletakkan dalam fail khusus. Sedikit sebanyak ia meringankan bebannya untuk menguruskan pusaka suaminya.

"Sejak arwah meninggal saya mula rasa hubungan saya dengan keluarga mentua, tidak lagi serapat dulu. Rasa makin lama makin jauh. Mereka mula bertanya mengenai harta-harta arwah. Apa yang dia ada. Duit tunai, KWSP, rumah, tanah dan sebagainya.

"Mereka tidak tanyapun bagaimana hidup saya dan anak saya. Mereka minta saya uruskan pusaka arwah itu dengan segera. Jika tidak, mereka sendiri akan buat permohonan di pejabat tanah..."

"Dan yang sangat menyedihkan saya, apabila ibu dan adik-beradik suami menuntut bahagian mereka tanpa memikir dan mempedulikan saya dan anak saya. Memang anak saya tidak berhak mendapat bahagian pusaka arwah kerana dia anak angkat tetapi mereka boleh bermuafakat bagaimana untuk membantu kami yang hilang tempat pergantungan."

"Disebabkan harta, hidup kami jadi tidak menentu. Ibu dan adik-beradiknya mahukan bahagian masing-masing ikut faraid. Rumah yang kami beli bersama itu juga perlu difaraidkan kerana atas nama arwah. Masa itu saya rasa sangat tertekan...

Kecoh. Memang sangat kecoh, katanya. Sebagai waris faraid, isteri yang tiada zuriat hanya mendapat 1/4 bahagian pusaka suami dan 3/4 bahagian lagi pergi kepada ibu dan 4 adik-beradik suaminya.

Tidak banyakpun pusaka suaminya. Hanya RM700,000 termasuk rumah yang mereka diami dan sebidang tanah sawit di kampung selain sedikit simpanan tunai dan wang KWSP.

Daripada jumlah itu, dia hanya mendapat RM175,000 saja! RM525,000 lagi pergi kepada waris-waris faraid suami.

Rumah yang di diami sekarang ini pun nilainya waktu itu sudah RM250,000. Dia perlu membayar kepada waris-waris suaminya sebanyak RM75,000 bagi membolehkan dia memiliki rumah itu. Wang KWSP suaminya, dia tidak dapat satu sen pun kerana dia memilih untuk mendapatkan rumah. Jika tidak rumah itu perlu dijual bagi membolehkan pembahagian pusaka dibuat.

Allah hu akbar. Kasihan saya tengok dirinya. Dia kena struggle semula. Bagi membolehkan dia memiliki rumah itu, dia terpaksa cagar rumah itu ke bank. Hanya cara itu saja dia dapat membayar bahagian waris-waris faraid suaminya.

Daripada tiada hutang, dia kena buat hutang...

Mendengar ceritanya saja saya sudah rasa tersangat berat. Dia yang menanggungnya pasti lagi berat..

Hati saya berkata, seandainyalah suaminya MENGHIBAHKAN rumah mereka itu kepada isterinya ketika dia masih hidup dulu, tentu perkara ini tidak berlaku.

Tetapi itulah takdir... Harta peninggalan suaminya membuat dia merana.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana boleh mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, boleh hubungi, emel, sms atau whatapps:


         Puan Suraiya

         013 3311981

         suraiya@kausarwealth.com








Kalau Suka LIKE le..

No comments:

Post a Comment

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping