Free blog ping

Sunday 29 November 2015

BOTOLKAN SAJA...

Assalamualaikum

Kitty doakan semua yang membaca blog Kitty ini berada dalam sihat sejahtera dan tercapai apa jua yang diusaha dan dicita-citakan.

Bagi yang sedang bergelut dengan perasaan, dilanda masalah ataupun berhadapan dengan cabaran-cabaran kehidupan baik keluarga, bisnes, anak ataupun kewangan, teruskan bertabah dan jangan putus harap. Banyakkan berdoa dan meminta petunjuk daripada Allah SWT. Insya Allah pasti akan ada jalan penyelesaiannya...

November 2015 hampir saja sampai ke penghujungnya. Cepat sungguh masa berlalu. Kitty rasa macam baru saja bertemu dengan Cik Januari, Februari dan juga Mac. Tak lama lagi dah nak jumpa Cik Januari lagi...

Bukannya Kitty tak suka jumpa Cik Januari... Cik Januari ni selalu buat Kitty rasa makin bertambah usia (Kitty tak nak cakap tua...hehe tapi memang dah tua pun!) Bermakna semakin hampir dan semakin pendeklah perjalanan Kitty kat dunia...

Dalam erti kata lain - sendiri mahu ingatlah bekal yang macam mana nak dibawa bila sampai waktu dijemput nanti.

Dalam meniti penghujung usia ini, Kitty doakan semoga kita sama-sama mendapat pengakhiran yang terbaik. Kitty cakap ni bukan untuk anda yang baya-baya Kitty aje tau... sebab mati tak kira usia. So, sama-samalah kita saling ingat-mengingat ye... jangan pulak rasa sentap bila baca post Kitty kali ini.

Jauh ke laut pulak Kitty melalut...

Oh ye... apa yang sebenarnya ingin Kitty kongsikan kali ini?

Ceritanya begini.. Menantu Kitty baru-baru ni bawa banyak ikan masin sepulangnya dari Sabah. Menantu Kitty ni orang Sabah. Asal Keningau. Kat rumah Kitty ni, jika lauk ikan masin memang tak berapa jalan. Kalau goreng ikan masin, masing-masing tengok aje... last-last Kitty yang tukang perabih.

So, apa yang Kitty buat? Kitty pun search resipi acar ikan masin dan terjumpa di blog Cik Mat Gebu. Resipinya di SINI

Kitty dah cuba, Memang sedap dan anak-anak Kitty yang banyak komen tu pun kata sedap. Banyak juga Kitty buat tapi cara penyimpanannya Kitty nak cuba cara canning. Untuk mengetahui caranya Kitty google aje... Rupanya banyak video-video Mat Saleh yang tunjukkan cara simpan makanan dengan cara pembotolan!

So, inilah yang Kitty buat...

Inilah acar ikan masin yang Kitty masak. Cumanya Kitty terlebih rendam ikan masin tu. Jadi rasanya dah kurang masin. Kitty guna ikan kurau yang dipotong kecil-kecil. Nasihat Kitty jangan rendam terlalu lama sehingga hilang masinnya.

Begitu juga cuka. Ikut saja sukatan yang diberikan kerana bila terlebih cuka, rasa pedasnya juga kurang menyengat. Jangan ikut silap Kitty kerana masa letak cuka tu, Kitty rasa acar Kitty pedasnya melampau. Tu yang tambah sikit lagi..

Sebelum nak botolkan, bersihkan semua botol-botol itu dulu sekali dengan penutupnya. Kemudian Kitty rebus botol kaca itu dalam air menggelegak. Penutupnya Kitty rendam dalam air panas saja.
Lepas tu boleh terus isikan dalam botol.


Kena rebus dulu untuk matikan kuman. Pastikan botol kaca tu not in direct contact dengan periuk ye..



Nak isi dalam botol tu gunakan sarung tangan sebab botol tu panas.


Akhir sekali Kitty rebus dalam pressure cooker selama 15 ke 20 minit. Tempoh merebus ni bergantung kepada saiz botol tu. Botol acar Kitty kecil aje.. so tak perlu nak rebus lama.

Yang nampak biru-biru kat dasar periuk itu adalah tuala kecil yang Kitty jadikan alas dasar periuk tu.
Sebelum itu, pastikan penutup botol tu ditutup ketat-ketat.

Jika betul caranya, simpan makanan cara ini tahan lebih lama, lebih setahun. Yang Kitty suka sebab ia boleh disimpan di luar dan bukan di dalam peti sejuk. Taklah penuh peti sejuk Kitty tu dengan macam stok makanan. Bila nak makan buka saja penutupnya. Senangkan?


Inilah rupa kejadiannya Acar Ikan Masin Kitty...


Pastikan bila dibuka penutupnya ada bunyi 'kerk'.. Itu menandakan ia tertutup rapat.


Ini salah satu cara untuk simpan makanan. Kitty dah cuba dan ternyata boleh simpan lama. So, sekarang jika fridge penuh, boleh botolkan saja...

Selamat mencuba!
Kalau Suka LIKE le..

No comments:

Post a Comment

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping