Free blog ping

Monday 2 July 2012

Nasi Arab Temerloh

Mak dan bapa... masing-masing tengah lapar..

Ini dia lauk Nasi Arabnya.. (dari atas kiri): kari rusa, kari ayam  kampong, pajeri nenas, gulai kambing..

Memang lapar sungguh nampaknya sampai tak cukup lauk...order kemudian..  ayam goreng kampung dan pedal -hati ayam

Assalamualaikum dan salam Isnin yang gemilang..
Semalam Kitty dan hubby hantar emak dan bapa balik ke Jengka 23, Temerloh. Letih sungguh rasanya memandu berjam-jam. Selalunya dalam tempoh dua jam saja Kitty dah sampai ke rumah tapi semalam lama sungguh rasanya di jalan. Empat jam... mengalahkan masa raya pula. Ada kemalangan rupanya...

Yang buat Kitty rasa terkilan sikit sikap betapa tak prihatinnya sebilangan pemandu Malaysia ni.. Bila accident, kalau nak bergaduh atau bertekakpun tak perlulah di tempat kejadian. Alihlah kenderaan itu ke bahu jalan. Lepas tu bolehlah bertekak puas-puas.. Fikirkanlah mengenai pemandu-pemandu lain. Kitty tengok kedua-dua kereta elok saja.. cuma kereta Nissan Silphy (betul ke ejaannya ni?..) kemek sikit kat bumper belakangnya. Kereta Kelisa biru yang menyondolnya tak taulah rosak apa... Mana nak nampak maghrib-maghrib... hujan pula tu..

Bila terlalu lama di jalanraya kepala Kitty mula pening. Orang kata mabuk darat... Ish..ish..ish apala nak jadi kat Kitty ni...

Kisah tengahari - masa hantar bapa kami sengaja exit Temerloh sebab bapa nak pekena gulai tempoyak ikan patin dan sotong masak hitam di restoran Kamisah... yang sebelah stesyen minyak tu... Restoran tu memang famous. Sultan Pahang pun pernah singgah makan di situ... Kitty selalu juga singgah makan. Lauk-lauknya memang terbaik... Sedia aje duit seratus-dua untuk bayarnya.. tapi memang sedap dan sangat puas hati...

Kitty ingat lagi restoran tu memang tak buka Sabtu dan Ahad tapi sebab bapa teringin nak makan sedap, Kitty layan ajelah.. manalah tau restoran tu dah ubah waktu operasinya...Sah. Tutup. Jadi kami lalu saja. Kenalah cari tempat makan lain untuk isi perut..

Sebelum ni Kitty memang sudah pernah nampak banner Nasi Arab di tempat ni tapi tak pernah cuba... Jadi untuk makan tengahari, kami singgah makan di sini.

Selera sungguh bapa makan...
Berbeza sungguh dengan Nasi Arab yang biasa Kitty makan di Shah Alam. Nasinya berempah... lebih mirip kepada Nasi Bukhari. Lauknya juga bukan daging biasa tapi lebih kepada masak kari dan yang paling menariknya ada pajeri nenas... (Bilalah pulak Pak Arab makan pajeri nenas...) Apapun makanannya boleh tahan... licin semua nasi dan lauknya... kategori sedaplah tu... Kosnya empat orang makan sekali dengan air teh-O limau baru je RM32.00... 







Kalau Suka LIKE le..

3 comments:

  1. kat mana restoran nasi arab kat Temerloh ni?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana singgah. Gerai nasi arab ini dlm 3 atau 4 km sblm bandar temerloh kalau x silap dlm area sg gau jika drp simpang nk masuk ke kpg awah.. Depan gerainya byk jual nangka madu..

    ReplyDelete
  3. Rasanya kedai ikan patin sebelah BHP tu ialah SZ Rahmah. Satu potong ikan patin RM25. Tuanku Sultan Pahang pernah makan di kedai ini.

    Tak pasti kalau nama lainnya ialah Kamisah.

    ReplyDelete

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping