Free blog ping
Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

Popia Goreng Pisang



Ini dia.. seketul je yang tinggal dan sempat diambil gambar...

Salam.
Lately ni, bab makan-makan ni kitty banyak sangat terpengaruh dengan rancangan Foodtruck ataupun Streetfood yang disiarkan Unifi. Banyak idea-idea mempelbagaikan makanan yang boleh dicedok dan diadaptasikan kepada makanan tempatan. So, pagi ni kitty cubalah buat sarapan popia goreng pisang.

Masa balik Jengka, Aidil Adha lalu, emak kitty bekalkan pisang abu yang hampir masak. Sudah beberapa hari pisang abu tu terletak saja dalam bekas tak disentuh-sentuh. Nak buat cekodok, dah jemu. Pisang rebus, anak kitty tak lah pula berapa lalu. Kebetulan, kitty baru je beli kulit popia. Apalagi, mula fikir apa nak buat. Pagi ni untuk breakfast, terhasillah popia goreng pisang.

Nak buatnya senang aje.. Di sini kitty share kan bahan-bahannya...


Popia Goreng Pisang

Pisang (beberapa biji, kalau besar belah dua...)
Kulit popia
Sedikit kelapa parut campur dengan secubit garam
Gula merah atau brown sugar
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
1. Pisang dibuang kulit dan jika besar dibelah dua.
2. Ambil sekeping kulit popia, letakkan sedikit kelapa parut, brown sugar dan kemudian pisang. Balut seperti menggulung popia. Kitty suka letak kelapa banyak sikit, baru terasa ummphnya.
3. Goreng sehingga kekuningan dan garing.

p.s Teramatlah senang membuatnya. Anak lelaki kitty suruh patenkan resipi ni tapi kitty kata, tak payah. Kongsi saja idea ini dan sesiapa yang ingin mencuba, silakan dan tak perlu minta izin. Bagi yang nak copy n paste resipi tu... tolonglah sertakan linknya sekali ye...

Satu lagi, popia goreng pisang ni sedap juga dimakan dengan madu. Tapi jangan letak brown sugar. Drizzle je madu tu selepas digoreng... Kitty dah cuba, sedap juga rasanya....



Kalau Suka LIKE le..

Saturday, 12 May 2012

Lempeng kasih suami...


Bila my hubby keluarkan bakat terpendamnya.. Kitty memang sangat-sangat suka sebabnya boleh cuti masak! hehehe..
Sarapan pagi - lempeng kelapa dan sambal sardin

Otak masih berfikir apa yang ingin dibuat hari ini. Sarapan pun belum disediakan lagi. Nak makan apa agaknya? Semalam dah buat puding roti. Sebelum tu sarapan roti nan. Sebelum tu lagi nasi goreng, roti pita, roti telur... roti, roti, roti...Roti oh roti... Minggu ni memang minggu roti...

Di dapur, bunyi ketung ketang ketung ketang sudip berlaga dengan kuali. Ini mesti kerja hubby Kitty. Apalah agaknya yang dimasaknya pagi ni? Kitty dah dapat agak menerusi bau harum tepung... Mesti lempeng...(Hubby Kitty bab buat lempeng ni memang pakar. Kalau dia ke dapur waktu pagi... mesti tiga resipi ni - lempeng, cucur bilis ataupun nasi goreng!..)

Kali ini hubby Kitty masak lempeng kelapa. Hmmm... sedap baunya! Dah lama sangat tak makan lempeng kelapa. Selalu makan lempeng tepung aje cicah kari. Pagi ni cicah sambal sardin yang Ika buat semalam. Hubby Kitty cicah gula aje...

Bila bercerita bab makan ni Kitty teringat dekat arwah nenek Kitty sebelah bapa, Tok Kiah. Bersarapan di rumah Tok Kiah macam kenduri. Semua anak-anak dan cucunya akan duduk bersama sama ada untuk makan pagi, makan tengahari atau makan malam. Makan mesti sama-sama.

Untuk sarapan biasanya jenis goreng ataupun rebus. Tak kiralah menu apa pagi tu... lempeng, goreng pisang masak atau goreng pisang muda, nasi goreng, ubi rebus, goreng ubi, pisang rebus... Kalau pisang rebus mesti ada kelapa parut, manis atau masin. Ubi rebus pula sama ada dicicah dengan sambal bilis ataupun makan bersama ikan masin. Memang sedap sangat!

Yang membuatnya sedap sebab ada pencicah atau sambal. Ikan bilis akan ditumbuk bersama bawang merah, belacan dan cili padi kemudian ditumis. Tambah air asam, garam dan gula sikit. Memang cukup rasa tapi pedas...  Bila makan mesti meleleh-leleh air hidung Kitty tapi Kitty tetap tak tak boleh nak berhenti...

Dapat bersama seperti ini, selalunya selepas kenduri. Semua anak-cucu Tok Kiah dan Tok Ali akan balik berkumpul sehari-dua sebelum balik semula ke rumah masing-masing.

Kerja Kitty pagi-pagi, kait bunga cempaka yang kembang pagi. Kami (sepupu-sepupu) akan berlumba untuk dapatkan siapa yang paling banyak. Bunga itu akan diserah pada Tok Kiah yang akan diletakkan di dalam bilik tidurnya.

Kitty suka masuk bilik tidur Tok Kiah dan Tok Ali. Sudahlah semerbak harum bunga cempaka, cantik pula tu! Bilik Tok Kiah macam bilik pengantin! Kelambunya warna pink dengan ropol-ropol. Katilnya, jenis besi bertiang tinggi. Tidak ada siapapun yang dibenarkan masuk, apalagi melompat-lompat di atas katil!

Kamar tidur Tok Kiah dan Tok Ali adalah bilik larangan. Pintunya selalu tertutup. Kitty suka curi-curi masuk. Sekejap-sekejap, tak boleh lama-lama. Dan lagi, barang-barangnya tak boleh diusik.. Kalau usik, Tok Kiah mesti tahu...

Seingat Kitty, Tok Kiah dan Tok Ali sangat loving. Ke mana-mana mesti berdua naik vespa. Tok Kiah akan pakai cantik-cantik, lengkap bersanggul dan berkebaya pendek. Tok Ali pula, kemas dan segak. Pasangan yang sangat mesra.

Kitty masih kecil (ketika tulah... sekarang dah besar gedabak!...) dapat rasa Tok Kiah memang amat memanjakan Tok Ali. Makan-minum, pakaian dan penampilan, semuanya dijaga rapi. Kehadiran anak-anak menjadi pelengkap dan membuat hubungan mereka semakin erat.

Itulah kisah cinta Tok Kiah dan Tok Ali. Cinta orang dulu-dulu yang masih berbekas di hati Kitty...
Kalau Suka LIKE le..

Monday, 7 May 2012

Piza Pita Arab

Piza Pita Arab

Masa tengah belek-belek roti kat Tesco semalam, Kitty ternampak roti pita arab ni... Bentuknya bukan bulat tapi lonjong. Kitty teringat resepi kkida dalam blognya:(koleksi1001resepi.com) jadikan roti naan sebagai base piza.(Sebenarnya masa tu Kitty nak cari roti naan tapi sebab dah lupa... hehehe.. sambar saja mana roti yang nampak..). Sebelum ni, kalau nak buat piza makan sendiri, Kitty guna roti pita yang bulat tu... Tak pernah pula jumpa yang lonjong!

Balik rumah untuk makan malam, apalagi Kitty pun ensemble semuanya... Keju memang sentiasa ada stok. (Hehehe.. termasuklah keju yang Kitty beli kat Amsterdam tu.. dah setahun dah simpan dalam fridge. Nak makan rasa was-was... nak buang sayang pulak. So macam mana tu?) Kalau tak jenis keping, jenis parut. Taulah anak-anak Kitty ni memang suka sangat makan sosej ataupun burger.. Kalau ada keju, lagi la laju...

Keluar saja dari oven, anak Kitty yang bongsu, Farhat dah tunggu. Dia seorang saja habis sekeping. Kitty kongsi makan dengan anak perempuan Kitty, Ika. Balik saja Syakir (anak bujang yang akan ambil SPM tahun ni) dari tuisyen, lesap sekeping lagi. Tinggallah dua keping, untuk sarapan...

Pagi ni, kedua-dua orang anak Kitty tu bawa bekal pergi sekolah...


Bahan-bahannya:
Roti pita Arab (satu bungkus ada 5 keping)
Tuna mayonis dalam tin (Kitty guna Ayam Brand)
Sosej dihiris nipis (Kitty rebus dulu - kalau tak rebus pun tak apa)
Lada Bengala (satu biji cukup - potong dadu)
Tomato, potong dadu (sebiji pun cukup)
Cili sos
Sos lada hitam
Mayonis (tak bubuh pun tak pe..)
Keju
Sedikit serbuk oregano atau thyme

Cara membuatnya:
1. Susun roti pita Arab di atas dulang.
2. Sapukan sos cili dan sos lada hitam di atasnya. (Kitty picit aje guna botol. Kalau jenis paket, Kitty akan potong sikit kat hujungnya dan kemudian picit. Lepas guna,boleh terus simpan.)
3. Taburkan tuna, lada bengala, tomato, sosej, oregano ataupun thyme. (Kitty bubuh dua-dua sekali)
4. Picitkan mayonis (tak bubuh pun tak apa) dan parutkan keju. (Nak guna keju keping pun boleh.)
5. Kemudian bakar dalam ketuhar sehingga keju cair dan nampak sedikit keperangan.
6. Keluarkan dari oven dan boleh terus ngap... hehehe..


Rupanya sebelum masuk ketuhar..


Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping