Free blog ping
Showing posts with label Kewartawanan. Show all posts
Showing posts with label Kewartawanan. Show all posts

Friday, 4 May 2012

Shooting dengan Datuk Siti...

Salam sejahtera dan ceria untuk semua...
Pengambaran berhampiran Brooklyn Bridge. Saja posing berlatar belakangkan Kota New York. Perhatikan Twin Tower.

Kitty rasa jadi wartawan terutamanya wartawan majalah memang seronok. Pertamanya dapat jalan-jalan ke luar negara...tak payah bayar...free! Semuanya ditanggung. Tapi bukanlah melancong saja-saja, makan angin dan tak buat kerja, banyak yang kena buat.

Masa Kitty pergi ke New York (kena check Jelita tahun bila), masa tu Datuk Siti baru saja dilantik menjadi duta Maybelline. Kitty ditugaskan buat liputan Siti di New York, tips kecantikan oleh Maybelline dan juga fesyen. Baju untuk fesyen, Kitty ambil daripada Radzuan Radziwill - baju kurung moden dan juga kebaya, label signature designer Radzuan yang suka bermain dengan renda dan labuci.

Untuk cari baju, Kitty memang kena hati-hati. Datuk Siti memang tidak suka pakai baju yang dedah-dedah. Kitty memang respect pada Datuk Siti yang sangat bersopan bila berpakaian, lemah lembut dan berpegang teguh pada tradisi ketimuran sehingga sekarang.

Datuk Siti ditemani kakak iparnya, Rozi dan abangnya, Ayie. Jelita pula, Kitty dan photographer, Ikram Ismail (sekarang buka bisnes fotografi sendiri). Kami ditemani seorang wakil Maybelline Malaysia. Rombongan ini turut disertai krew TV3 untuk dimuatkan dalam slot Nona.

Dalam penerbangan, Datuk Siti duduk business class. Kitty dan yang lain-lain duduk kelas ekonomi. Tak kisahlah duduk kat mana. Hotel pula memang hotel mewah. Datuk Siti di tempatkan di bilik khas berasingan daripada abang dan kakak iparnya. Ada satu kejadian berlaku di mana kumai siling bilik abang dan kakaknya tiba-tiba runtuh. Pihak hotel terpaksa menggantikan mereka dengan bilik yang baru.

Seingat Kitty masa tu di New York musim bunga. Matahari bersinar lembut dan tak begitu sejuk. Ada ketikanya hujan tiba-tiba. Kota New York ni, susun atur bangunannya berblok-blok. Senang nak cari. Bila pagi, sesaknya sama macam KL. Masa Kitty pergi tu Twin Towers New York Trade Center masih terpacak, teguh berdiri (kali kedua pergi sudah runtuh, yang tinggal saki-bakinya saja dan kawasan itu dijadikan memorial).

Bersama rakan wartawan ketika membuat liputan perjalanan konsert Datuk Siti yang ditaja sebuah syarikat bas. Jauh tempat assignment ni... Kuala Selangor.


Tugas wartawan terutamanya wartawan majalah, banyak peringkat. Bila buat penggambaran fesyen,  kena cari baju dengan menghubungi designer ataupun butik-butik terkemuka, cari aksesori (subang, rantai, skaf, kasut, beg tangan), booking model, cari tempat atau lokasi menarik, jika bermalam kena cari pula penaja penginapan dan makanan, cari mekap artis dan kena book photographer. Kalau lokasi tu di luar Semenanjung, Sabah atau Sarawak, kena cari pula penaja penerbangan. Selalunya MAS lah. Masa tu Air Asia belum ada lagi.

Biasanya sehari sebelum pergi outstation, kena ambil baju dari butik, kutip aksesori, confirm balik dengan penaja penginapan dan ambil tiket kapal terbang. Bila buat kerja ni, memang Kitty kena teliti supaya tiada satu pun yang tinggal yang boleh menjejaskan penggambaran. Sampai saja dilokasi, kena tengok tempat pulak.

Selalunya asignment tu tak habis di situ. Katakan penajanya pihak hotel, kena pula buat sedikit laporan mengenai hotel berkenaan - kemudahan yang disediakan, keistimewaannya dan makanan disajikan. Majalah mengenai wanita, mesti ada resipi. Kitty dan jurugambar akan ambil pulak gambar makanan beserta resipinya sekali.

Tidak terhenti setakat itu, kalau ada sesuatu yang menarik dan ada nilai berita tak kiralah mengenai sesuatu ataupun seseorang, Kitty akan buat interview lagi. Apa? Banyak kerja? Haah... memang banyak kerja...

Walaupun penat dan banyak kerja, ada satu yang menjadi kebanggaan wartawan. Nak tau apa dia? Nanti Kitty sambung lagi ye.....








Kalau Suka LIKE le..

Apa itu kewartawanan?

Ini masa Kitty ke New York bersama Datuk Siti Nurhaliza yang jadi duta Maybelline masa tu. Photographernya, Ikram  Ismail.
Comelkan Siti?

Untuk adik-adik yang meminati penulisan dan dunia kewartawanan. Sengaja Kitty nak kongsi kerjaya idaman yang pernah Kitty ceburi...

Pada Kitty dunia kewartawanan adalah satu dunia yang asyik, penuh cabaran dan sentiasa berdepan dengan kejutan. Dunia kerjaya yang perlukan kebijaksanaan berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai, berpengetahuan, bijak mencungkil rahsia, perlukan daya tahan, komitmen, disiplin tinggi serta mampu bekerja di bawah tekanan.

Dunia kewartawanan sentiasa membuatkan Kitty teruja. Diri  berasa amat amat istimewa kerana menjadi orang pertama mendapat maklumat sebelum disebarkan dan dibaca oleh orang lain! Bukan setakat daya tahan diperlukan, seseorang itu juga perlu kreatif menulis. Pendekatan penulisan perlu menarik. Berpengetahuan luas dan bijak bermain bahasa.

Seorang wartawan harus mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Bijak menyoal berasaskan prinsip 5W dan 1H(Who, What, Where, When, Why and How). Berpandukan prinsip ini, semua persoalan akan terjawab dan pemberitaan menjadi lengkap.

Pengalaman Kitty lebih kepada penulisan rencana khususnya rencana mengenai wanita dan kekeluargaan, fesyen dan kecantikan. Ketika di Majalah Jelita (editornya Rohani Pa’Wan Chik) tugasan yang paling Kitty suka adalah membuat rencana mengenai sesuatu topik yang dijadikan tema bulanan. Biasanya kami bekerja advance dua bulan untuk cari bahan. Untuk tema biasanya perlukan lebih 10 rencana. Apalagi bersilatlah kami menemubual, buat kajian dan penyelidikan supaya rencana yang dihidangkan kepada pembaca, padat dan tepat.

Biasanya untuk menyiapkan penulisan Kitty ambil masa lebih seminggu. Otak diperah sungguh-sungguh mengikut sub topik berkaitan. Kena fokus untuk siap. Dan bila siap, rasa sungguh lega… dan juga pening-pening lalat! Otak memang akan jadi tak betul. Biasanya dua tiga hari lepas siap hantar tugasan, Kitty rehatkan kepala. Bukan rehat tak buat kerja! Masih kena buat tugasan, kena cover assignment macam-macam – pelancaran kosmetik, album baru, tengok wayang,  pertunjukan fesyen ataupun jemputan pihak hotel untuk promosi makanan! Brurp! Memang Kitty akan sendawa, kenyang!

Kitty bermula buat majalah di Majalah Nona (Karangkraf) sebelum ke Jelita. Dua-dua majalah ini banyak keistimewaannya. Kitty anggap Nona, majalah orang kaya kerana di dalamnya banyak dipenuhi kisah-kisah selebriti, orang kaya dan ternama, datin-datin dan VIP. Tapi taklah semua cerita datin-datin ataupun anak-anak raja saja! Ia turut diimbangi kisah-kisah masyarakat yang terpencil dan terpinggir, fesyen, masakan, tips-tips kecantikan dan rencana-rencana kesihatan serta kekeluargaan.

Keistimewaan jadi wartawan? Memang banyak.... nanti Kitty cerita lain kali ye..



Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping