Free blog ping
Showing posts with label INSPIRASI. Show all posts
Showing posts with label INSPIRASI. Show all posts

Sunday, 6 May 2012

Apakah sebenar rahsia disebaliknya?

Gambar hiasan aje... 

Pening-pening lalat kepala Kitty tak hilang lagi.. Kitty kalau terlalu banyak fikir (maknanya fikiran berserabutlah tu...) mulalah timbul migrain. Sebenarnya dah lama juga Kitty tak kena migrain. Tapi bila dah duduk lama kat rumah, dia datang pulak! Betullah agaknya sebagaimana kata orang - Empty mind is the devil workshop!

Kitty tak naklah jadi devil... Nauzubillah.. minta Tuhan simpangkan dan moga dijauhkan! Cuma ada sedikit rasa sedih dan kecewa. Kitty akan rasa kecewa apabila sesuatu yang dirancang itu tak menjadi. Sebenarnya Kitty rasa rindu pada 'buah hati Kitty'. Lama sudah Kitty tak pegang stereng, apalagi nak round-round Shah Alam ataupun Kuala Lumpur.

Macam tulah.. Minda ni kalau tidak dihuni (occupied) mulalah datang fikiran macam-macam. Sebabnya terlalu banyak masa. Bila kerja, Kitty jadi sibuk. Fokus. Tak ada masa nak fikir bukan-bukan. Tapi kalau dah melepak berminggu-minggu kat rumah, otak dah hampir jadi frozen... Kalau makanan sejukbeku bila nak masak kena dinyahbeku.. Kalau kepala otak dah hampir nak beku, nak buat macam mana? Ini yang buat kepala Kitty jadi tak centre..

Untuk hilang rindu pada buah hati Kitty, Kitty, suami dan anak-anak (kecuali yang sulung, hari ni dia pergi outstation, Kalimantan lagi...) pergilah menjengah kat workshop. Bila sampai, tutuplah pulak.. Akhirnya kita orang pergi makan kat Pak Hailam Kopitiam, di Tesco, Shah Alam...

Pening kepala Kitty tak hilang lagi ni... Sejak balik umrah akhir Mac lalu, satu-persatu ujian yang datang. Berganti-ganti. Teringat kata-kata adik lelaki Kitty: Kita ni bila nak dekat dengan Tuhan, diuji macam-macam. Kitty dengan hal Kitty (Kitty tak mahu anggap ujian itu satu masalah tetapi satu lagi cabaran yang perlu di atasi...) dan dia dengan hal dia. Kami saling sokong-menyokong dan dorong-mendorong. Kitty rasa banyak baiknya dikelilingi orang-orang yang rapat dengan kita. Tidaklah Kitty tenggelam dalam perasaan sendiri..

Dalam pada itu, Kitty cuba menyingkap apakah rahsia di sebaliknya... Mesti ada hikmah, rahsia yang tersembunyi... Setelah menung-menung sendiri Kitty dapat rasa, hubungan Kitty dengan anak-anak Kitty menjadi lebih erat dan akrab. Lebih saling memahami dan menghormati terutamanya dengan dua orang anak remaja Kitty yang masih berada dalam zaman transisi. Remaja - zaman gawat yang penuh pancaroba! Mereka tidak mahu dilayan seperti kanak-kanak dan tidak mahu pula bertindak seperti orang dewasa. (Zaman yang buat ramai kepala ibubapa berpusing-pusing .. hehehe)

Nampaknya sekarang, alhamdulillah. Anak-anak remaja Kitty sudah semakin faham setelah Kitty jelaskan kenapa mereka tidak boleh buat begitu dan tidak boleh buat begini. Selain itu Kitty minta bantuan pihak ketiga - orang mereka kenal dan sayang seperti pakcik atau makcik untuk tolong menasihati mereka. Syukur sangat-sangat. Ternyata ada perubahannya. Kitty nampak mereka sudah semakin matang dan dewasa.

Dan satu lagi, Kitty sudah mula menulis semula... (Welcome back to me!) Agak lama Kitty meninggalkan bidang penulisan. I love writing. Tapi apabila meninggalkan dunia kewartawanan, Kitty jadi tiada tujuan untuk menulis. Kini Kitty kembali. Kitty hanya mengharap penulisan Kitty ini dapat membawa  kebaikan dan manfaat.

Dulu Kitty anggap knowledge is power. Sebenarnya ia tidak akan jadi power kecuali jika ia diguna bermanfaat kepada orang lain (harap manfaat yang baik-baik aje ye...).

Sign off now...
Jumpa lagi.




Kalau Suka LIKE le..

Friday, 4 May 2012

Di persimpangan pilihan...


Setiap kali berada di persimpangan, Kitty akan jadi buntu. Kena duduk sekejap, tunggu isyarat mana nak tuju. Bukan sekali atau dua kali keadaan ini berlaku tetapi banyak kali! Hari-hari pulak tu! Keadaan ini yang sering buat Kitty confuse. Mana satu nak pilih - kiri, kanan, depan atau belakang? Hendak tak hendak, Kitty kena juga buat pilihan... dan pilihan itu biasanya bersandarkan pada hati, perasaan dan fikiran. Tengok siapa yang kuat...

Persimpangan yang Kitty maksudkan itu bukan jalan raya, jalan kampung atau apa saje..  Tapi keputusan-keputusan yang perlu kita buat sehari-hari. Fikiran kita ni kan bercabang-cabang... Nak buat itu. Nak buat ini. Nak pergi situ, nak pergi sini. Macam-macam...

Macam orang main tarik tali.. tapi itulah hakikatnya. Setiap hari kita perlu berdepan dengan keadaan di mana memerlukan kita membuat keputusan. Nak buat, tak hendak buat, buat tak tahu, biarkan saja, ketepikan dulu ataupun lupakan saja, adalah keputusan yang kita ambil. Sebenarnya kita ada banyak pilihan... itu yang kadang kala Kitty tak faham apabila orang kata mereka tiada pilihan!

Dari apa yang Kitty pelajari menerusi pembacaan ataupun seminar-seminar yang dikendalikan oleh sifu-sifu Kitty, hendak atau tak hendak buat itu adalah penentu kejayaan atau kegagalan. Jika dia kata, tak ada masa, cari masa atau peruntukkan masa. Sibuk - tak munasabah 24 jam sibuk memanjang, mesti ada waktu yang dia tak sibuk. Tak cukup masa, kena tengok pula cara dia mengurus masa. Tak pandai, belajarlah. Tak ada duit (yang ini berat sikit, tapi jika dia bersungguh-sungguh dia pasti akan jumpa jalan bagaimana utk dapatkan duit).

Yang diberikan itu hanya alasan saja. Alasan untuk menyedapkan hati sendiri dan orang yang mendengar. Kitty membangkitkan perkara ini sengaja untuk mengingatkan diri Kitty. Bila diimbau balik, alasan-alasan seperti inilah yang menjadi hambatan pada kejayaan. Kenapa kita tidak begitu berjaya seperti orang lain, mungkin kerana kita tidak memberi sepenuh tumpuan, hilang fokus, mudah berpuas hati dan berasakan tidak perlu bekerja susah-susah, memadai dengan apa yang ada.

Jika sendiri kurang berjaya bukan salah orang lain tetapi diri sendiri. Orang yang berjaya merentasi laluan yang jarang dilalui oleh orang biasa. Menongkah arus. Seperti mana kata lelaki paling kaya dunia, Warren Buffet  mengenai: Market fluctuations present opportunities. "Be fearful when others are greedy and greedy when other are fearful."

Bahasa mudahnya, masa keadaan pasaran tengah menaik akan nampak berpusu-pusu orang masuk melabur tetapi bila pasaran merudum, mereka akan menjauhkan diri sedangkan masa tengah merudum itulah kesempatan yang seharusnya tidak dilepaskan untuk mengandakan pelaburan dalam tempoh tiga empat tahun akan datang!

Merintis denai yang jarang dilalui memang tampak sukar tapi Kitty percaya, jika ada matlamat, InsyaAllah, pasti akan berjaya!

Confuse Kitty tak hilang lagi ni...Jalan mana agaknya yang patut Kitty pilih? Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut kepala, ....(apa-apalah...)?

Adios!
Peace be upon you...
Happy thinking...



Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping