aku cuba menenangkan perasaannya. memang doktor kata harapannya untuk hidup hanya 30% tetapi itu hanya kata-kata manusia yang terbatas pengetahuannya. Allah maha mengetahui dan jika belum sampai waktunya, insyaallah dia akan selamat.
keadaannya memang teruk dan masih memerlukan alat bantu penafasan. tangan kanannya patah manakala bahagian paru-parunya ditebuk. namun ada beberapa kali tampak kaki dan tangannya bergerak-gerak yang memberi sedikit kegembiraan pada ibu dan ayahnya.
ramai saudara-mara yang datang menjengok. dan baru terasa rupa-rupanya begitu lama aku tidak menemui sepupu-sepupuku yang kini masing-masing sudah berkeluarga. pak anjang dan makda dari hutan melintang pun ada. begitu juga dengan sepupuku dan isterinya yang datang dari manjung.
kuasa Allah memang sukar untuk diduga rahsianya. namun jika niat kita adalah untuk menjalinkan silaturrahim, Allah akan permudahkan dalam apa jua cara. Alhamdulillah, aku dapat melaksanakan semua yang ku rancang hari ini.
aku sempat buat bank draf untuk simpanan tiga orang anak klienku, sempat buat submission di hq, sempat ke standard & chartered (tapi tak boleh nak buat bayaran visa sebab tak print confirmation slip dari web american embassy...nampaknya esok kena pergi lagilah ke standard chartered), sempat buat alignment kereta dan ziarah sepupu di hospital universiti...
sepupuku yang masih belum sedarkan diri...semoga Allah panjangkan hayatnya dan pulih semula seperti sediakala...amin
No comments:
Post a Comment