Mak dan bapa... masing-masing tengah lapar.. |
Ini dia lauk Nasi Arabnya.. (dari atas kiri): kari rusa, kari ayam kampong, pajeri nenas, gulai kambing.. |
Memang lapar sungguh nampaknya sampai tak cukup lauk...order kemudian.. ayam goreng kampung dan pedal -hati ayam |
Assalamualaikum dan salam Isnin yang gemilang..
Semalam Kitty dan hubby hantar emak dan bapa balik ke Jengka 23, Temerloh. Letih sungguh rasanya memandu berjam-jam. Selalunya dalam tempoh dua jam saja Kitty dah sampai ke rumah tapi semalam lama sungguh rasanya di jalan. Empat jam... mengalahkan masa raya pula. Ada kemalangan rupanya...
Yang buat Kitty rasa terkilan sikit sikap betapa tak prihatinnya sebilangan pemandu Malaysia ni.. Bila accident, kalau nak bergaduh atau bertekakpun tak perlulah di tempat kejadian. Alihlah kenderaan itu ke bahu jalan. Lepas tu bolehlah bertekak puas-puas.. Fikirkanlah mengenai pemandu-pemandu lain. Kitty tengok kedua-dua kereta elok saja.. cuma kereta Nissan Silphy (betul ke ejaannya ni?..) kemek sikit kat bumper belakangnya. Kereta Kelisa biru yang menyondolnya tak taulah rosak apa... Mana nak nampak maghrib-maghrib... hujan pula tu..
Bila terlalu lama di jalanraya kepala Kitty mula pening. Orang kata mabuk darat... Ish..ish..ish apala nak jadi kat Kitty ni...
Kisah tengahari - masa hantar bapa kami sengaja exit Temerloh sebab bapa nak pekena gulai tempoyak ikan patin dan sotong masak hitam di restoran Kamisah... yang sebelah stesyen minyak tu... Restoran tu memang famous. Sultan Pahang pun pernah singgah makan di situ... Kitty selalu juga singgah makan. Lauk-lauknya memang terbaik... Sedia aje duit seratus-dua untuk bayarnya.. tapi memang sedap dan sangat puas hati...
Kitty ingat lagi restoran tu memang tak buka Sabtu dan Ahad tapi sebab bapa teringin nak makan sedap, Kitty layan ajelah.. manalah tau restoran tu dah ubah waktu operasinya...Sah. Tutup. Jadi kami lalu saja. Kenalah cari tempat makan lain untuk isi perut..
Selera sungguh bapa makan... |
kat mana restoran nasi arab kat Temerloh ni?
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah. Gerai nasi arab ini dlm 3 atau 4 km sblm bandar temerloh kalau x silap dlm area sg gau jika drp simpang nk masuk ke kpg awah.. Depan gerainya byk jual nangka madu..
ReplyDeleteRasanya kedai ikan patin sebelah BHP tu ialah SZ Rahmah. Satu potong ikan patin RM25. Tuanku Sultan Pahang pernah makan di kedai ini.
ReplyDeleteTak pasti kalau nama lainnya ialah Kamisah.