Free blog ping

Friday 26 December 2014

Azam dan keazaman

Ini antara matlamat yg tercapai lebih awal


Di pagi Jumaat yang barokah.
Ketika makan roti telur bersama anak bujangku di rumah, apa yang terfikir di kepala meluncur laju ke mulut.
"Syakir...apa yang Syakir nak capai 2015."
"Syakir nak beli handphone baru lah ma..." spontan dia menjawab.

"2015 ni banyak benda yang ma nak capai. Nak beli..... nak besarkan..... nak hijaukan....
"Jom kita pergi kedai buku....ma nak cari gambar-gambar untuk buat vision board."
"Apa vision board tu ma?"
"Syakir ingat tak gambar-gambar yang ma tampal dekat depan pintu bilik air dulu... Kan ada gambar Mekah dan Madinah; gambar kereta, spek mata, tempat menarik kita sekeluarga bercuti, beg tangan dan macam-macam lagi?
"Banyak yang ma dah capai...dah pergi buat umrah dengan abah dan atuk; kereta yang ma nak tu pun dah dapat dan benda2 lain yang ma tampal tu, banyak yang dah dapat....
"Tu pentingnya ada vision board. Kita buat matlamat dan kita nampak jelas apa matlamat yang ingin kita capai... Ia buat kita lebih fokus."
Penjelasan yang panjang lebar. Jelas dia mula faham.
Cuba kita ingat apa alim-ulamak pesan: Berusahalah kita bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya; dan beribadahlah kita seolah-olah kita akan mati esok hari.
Penjelasan paling mudah - urusan dunia dan akhirat perlu seimbang. Kunci utamanya adalah KESUNGGUHAN USAHA.
Melihat suasana beberapa negeri di Malaysia ini yang dilanda banjir, hati mula berbisik. Betapa pentingnya bagi umat Islam untuk berjaya dan kaya-raya. Ketika dilanda musibah ini, bantuan sangat-sangat diperlukan.
Dan alangkah beruntungnya mereka yang berharta kerana dapat menginfakkan sebahagian harta mereka kepada mereka yang memerlukan...
Bukan bermakna yang tidak berharta tidak boleh bersedekah... hulurlah mengikut kemampuan. Cumanya jika lagi ramai yang dapat ditolong, lagi banyaklah gudang pahala yang disimpan...
Apa-apapun, tingkatkan usaha dan tingkatkan iman....ki
ta hanyalah musafir di bumi Allah ini.
Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping