Free blog ping

Saturday 5 July 2014

Nak berniaga apa?

Nasi ayam

Salam Ramadan.
Alhamdulillah. Hari yg ceria dan tidak sesibuk semalam. Semalam Kitty perlu sediakan menu nasi ayam untuk santapn berbuka puasa anak-anak asnaf Unisel sebanyak 130 pek. Apalagi...bersilatlah Kitty di dapur bg menyiapkan juadah itu...
Ok.. apa cerita Kitty hari ni? Oh ye... bagi mereka yang baru mula nak berniaga ataupun mempunyai impian untuk berniaga pada masa depan, tentu sedang tercari-cari produk sesuai. Mencari produk yang serasi memang agak mencabar kerana tidak semua orang mampu bertahan ketika berdepan dengan cabaran memasarkan produk berkenaan.
Contoh paling dekat adalah diri Kitty sendiri. Kitty memang suka berniaga. Apa- apa saja yang Kitty boleh jual, Kitty akan jual. Ketika di sekolah rendah Kitty sudah pandai cari wang saku dengan menjual buah mempelam pada rakan-rakan sekolah. Kitty juga pernah jual snek seperti sagun ataupun kacang goreng bergaram yang Kitty hantar ke kedai di kampung. Setiap RM1 Kitty akan dapat 80 sen sebab pekedai akan ambil 20%.
Dan minat itu berterusan setelah bekerja, apalagi bila gaji diterima itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan sekeluarga.
Justeru, apa yang perlu anda fikirkan apabila ingin berniaga?
Pertama:
Apakah kemahiran anda? Jika anda boleh memasak, menjahit, buat kuih, seorang kreatif dan pandai membuat barangan kraftangan, semua itu boleh dijadikan modal perniagaan.
Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran itu tetapi mempunyai skil 'negotiation' dan bermulut manis, anda boleh menjadi 'orang tengah'...
Pendeknya, anda perlu fikirkan apakah kemahiran dan pengalaman anda dan gunakannya sebagai aset perniagaan anda.
Kitty masa mula-mula berniaga dulu sering tetcari-cari apakah bidang yang sesuai. Bermacam-macam bidang jualan langsung yang Kitty sertai tetapi tidak berjaya. Memang sangat-sangat tertarik bila mendengar ramai yang kaya raya dan ada yang sudah bergelar jutawan. Siapa yang tak nak jadi jutawan? Daripada pengalaman itu rumusan yang dapat Kitty buat adalah 'not everyone's cup of tea'. Jadi jika anda ketika ini masih lagi sedang mencari-cari bidang perniagaan yang sesuai, teruskan mencari. Insya Allah satu hari nanti pasti anda akan menemui bidang yang anda rasa sangat serasi, yang anda suka melakukannya.
Kedua:
Adakah anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal? Sanggupkah anda menghadapi cabaran-cabaran dunia perniagaan yang sering ada naik-turunnya? Sanggupkah anda berdepan dengan risiko kerugian dan pendapatan yang tidak menentu? Satu hari mungkin untung anda berlipat kali ganda, ada ketikanya zero! Cuba anda fikir dan timbang-timbangkan.
Apa-apapun pada Kitty berniaga ini seronok... Bidang yang sentiasa menguji tahap kemampuan dan daya intelek seseorang...
Cukuplah setakat itu dulu. Selamat berpuasa semua!
Kalau Suka LIKE le..

Friday 4 July 2014

cari duit

Salam Ramadan. Hari ini sudah masuk lima hari kita berpuasa. Alhamdulillah..Allah masih memberi Kitty peluang untuk menikmati keindahan dan rahmat bulan yang mulia ini.
Meskipun sibuk dengan projek-projek pra ramadan yang akhirnya terlaksana jua, kitty rasa sangat beruntung kerana tidak lama lagi keluarga kami akan bertambah besar dengan kehafiran generasi ketiga!
Tak sabar menunggu kehadirannya...
Ohh...apa yang ingin kitty kongsikan di sini mungkin bukan perkara baru bagi orang yang telah lama berniaga. Namun bagi yang baru berjinak-jinak tips ini mungkin boleh dijadikan panduan.
Beberapa bulan lalu, kitty diminta untuk buat tart nenas untuk dijadikan hantaran pertunangan sepupu kitty. Sejak itu bermulalah episod kuih tart. Promosinya bergerak dari mulut ke mulut serta media sosial seperti whatsapp dan juga fb. Ada kalanya sampai tak menang tangan utk penuhi permintaan. Sambil-sambal itu inilah peluang untuk mendedahkan pada anak2 kitty bahawa rezeki Allah itu ada di mana2 jika rajin mencarinya. Dan kerja yg tak perlu dipohon ataupun perlu menunggu interview adalah bekerja sendiri.
Bab bekerja sendiri ni memang sangat sangat sangat kitty suka. Siapa yang tak suka jadi bos? Tapi jangan pulak lupa. Bila kerja sendiri, kitalah bos dan kitalah juga kuli! Jadi sendiri mahu ingat jika mahu poket berisi...
Inilah projek tarts pra ramadan.

Kalau Suka LIKE le..

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping