Free blog ping

Tuesday 8 May 2012

Mimpi teman wanita...



Terkedu. Tiba-tiba saja Kitty hilang kata-kata. Tak tau nak cakap apa bila anak lelaki Kitty bertanya: "Mak, mimpi teman wanita tu apa?"
Ha... Mimpi teman wanita? Kitty menoleh pada suami Kitty yang sedang asyik memandu. Kami berpandangan sesama sendiri. Tak faham.
"Akir dah ada mak we ke?" tanya Kitty, minta kepastian.
"Mana ada?" jawab anak Kitty yang belum pun masuk Tingkatan Satu.
"Habis, kenapa Akir tanya pasal teman wanita?"
"Ustazah yang kata... Bila mimpi teman wanita tanda kita dah besar..."
Kitty dan suami saling pandang-memandang. Kami mula faham.
"Habis, Akir dah mimpi teman wanita ke?'' Kitty senyum-senyum bertanya. Kitty cuit suami Kitty. Dia yang seharusnya memberikan penjelasan.
"Dah..."
"Basah ke tilam?..." Abahnya pula bersuara..
"Basah juga tapi sikit.."
"Akir mimpi apa?" Kitty cuba mengorek.
"Mimpi teman wanita la mak..."
"Lepas tu mandi tak?" tanya suami Kitty.
"Ustazah kata, bila mimpi teman wanita kena mandi wajib..."
"Akir tahu tak macam mana nak mandi wajib?.." suami Kitty bersuara lagi.
Kitty sengaja mendiamkan diri. Tak mahu nak masuk campur. Ada baiknya abahnya yang berikan penjelasan kerana ini isu orang lelaki.

Biarpun sudah lima tahun berlalu, peristiwa itu masih segar dalam ingatan Kitty. Sebagai ibu Kitty rasa terpempan, tak tahu nak jawab apabila persoalan begitu diajukan. Memang amat, amat mengejutkan. Satu soalan yang tidak dijangka. Dan Kitty mengaku, ketika itu Kitty memang tidak bersedia.

Anak sulung Kitty, bila menginjak akil baligh tidak pula Kitty tahu. Ketika itu Kitty hantar dia bersekolah di Matang, Sarawak. Yang perasan apabila suaranya pecah dan menjadi semakin garau.

Mengingatkan peristiwa itu, 'teman wanita" sering menjadi bahan jenaka Kitty dan suami.
"Bang... anak kita dah mimpi teman wanita!" Hahaha...

Kitty memang tabik pada ustazah sekolah agama yang mengajar anak Kitty tu! Bijak sungguh dia  memberikan penjelasan. Penjelasan yang Kitty rasa tersangat-sangat bersopan.

Pada Kitty pendidikan seks tidak lagi boleh menjadi isu 'rahsia' dalam rumahtangga. Anak-anak perlu didedahkan dan diberi penjelasan buruk dan baiknya oleh ibu bapa. Kitty rasa ia lebih baik daripada mereka mencarinya sendiri...

Anak bongsu lelaki Kitty belum lagi menunjukkan tanda-tanda akil baligh.. Kitty tengah tunggu apa pula yang menjadi bahan ceritanya kali ini...
Kalau Suka LIKE le..

1 comment:

Menarik di PING BUSUK

Free blog ping